Mak Mertua M40 Selera T20

Assalamualaikum. Nama aku Bunga (bukan nama sebenar). Aku dah kenal suami aku lama sebelum kami berkahwin. Sebelum kahwin, aku ada jumpa mak mertua tapi jarang.

Tapi walaupun jarang jumpa, aku dah dapat kenal pasti yang mak mertua aku ni seorang yang tak mesra dengan orang, ego tinggi dan agak pandang rendah dekat orang yang tak berpendidikan. Mungkin sebab dia berkerja sebagai guru besar di sebuah sekolah kerajaan.

Masa aku kenal suami aku ni, aku tak tau yang dia agak berada sebab dia nampak biasa2 je. Pakaian pun selekeh je. Aku tau pun bila aku sampai rumah dia dan nampak rumah dia agak besar.

Pendekkan cerita aku pun berkahwin dengan suami aku empat tahun lepas. Pada awal perkahwinan, aku duduk bersama mak mertua. Maka bermulalah episod didera secara mental oleh mak mertua aku.

Aku berkerja sebagai seorang guru. Gaji memang cukup tapi aku memilih untuk membeli kereta kancil secondhand sahaja. Sebab aku nak simpan lebihan gaji aku. Aku suka tengok amaun yang banyak dalam akaun aku walaupun selepas aku dah bayar semua hutang.

Minggu pertama kahwin, mak mertua dah persoalkan kenapa aku pakai kancil je. Dia kata kawan2 cikgu dia walaupun muda-muda dah pakai honda dah. Aku diam aja mendengar.

Dan hari-hari berikutnya kami asyik bersembang tentang topik yang sama. Mak mertua tak habis2 bercerita pasal kenalan dia yang kerja hebat2 dan pakai kereta besar. Sedangkan kenalan yang dia ceritakan tu takda apa2 pertalian pun dengan dia.

Orang yang dia banggakan tu samada kawan masa sekolah, bekas murid dia, jiran dan sebagainya. Pendek kata, punyalah gigih dia bercerita pasal kenalan jauh dia tu dekat aku sebab nak merendahkan aku yang datang dari keluarga b40 ni.

Dia tak boleh nak berlagak pasal anak dia yang lain sebab semua anak2 dia semua tak menjadi kecuali suami aku.

Lagi satu, mak mertua aku sentiasa nampak aku ni macam seorang yang tak tau apa2. Setiap apa yang aku cakap mesti dia tak percaya sedangkan info tu dah keluar berita dah pun. Dia nampak aku ni macam orang yang tak tau apa2 sebab mak ayah aku tak berpendidikan.

Benda ni berterusan hari2 ya. Setiap hari sembang dengan dia mesti topik yang lebih kurang sama. Sembang pasal rumah sapa paling besar, kereta sapa paling mahal, gaji sapa paling besar dan sebagainya.

Kenapa aku kata ni penderaan emosi? Aku stress dengar benda yang sama hari2. Aku tertekan dibanding bandingkan dengan orang lain sedangkan aku ada hak uruskan kewangan aku ikut cara aku.

Sampaila satu hari aku dapat tau yang sebenarnya mak mertua aku ni susah rupanya. Susah sebab banyak hutang. Tolak hutang kereta yang lima biji tu dan hutang rumah, baki gaji dia ada berapa je sampai kena pinjam duit dari orang lain.

Sebab nak sangat tunjuk dekat orang luar yang dia hidup senang, dia sanggup berhutang luar kemampuan. Orang kata ‘biar papa asal bergaya’. Berbeza dengan mak ayah aku. Kedua dua mereka kerja biasa-biasa sahaja.

Kereta pun ada satu. Duduk pun di pangsapuri kecil. Tapi saving masing2 dah lebih rm20k. Jadi lepas tau perkara ni, aku terkejut. Dia sendiri dah hadap masalah hutang sebab keinginan dia nak hidup mewah.

Tapi kenapa dia nak suruh orang lain hidup macam dia. Bukan ke kalau kita dah buat kesalahan kewangan, kita nasihat orang lain untuk tak jadi macam kita. Dia pulak lagi nak galakkan aku dan suami pakai kereta yang kami tak mampu.

Cakap pasal suami aku pulak, dia pun lebih kurang mak mertua aku. Tak pandai manage duit. Seminggu sebelum masuk gaji duit dia dah habis. Jadi aku la yang tanggung dia.

Selain dari tu, barang2 keperluan aku dan kos perubatan pun aku yang bayar sendiri sebab duit suami sentiasa tak cukup sebab dibebani personal loan.

Lepastu nak beli benda bukan2 yang luar dari kemampuan dia. Aku yang kena pantau perbelanjaan dia untuk elak dia jadi macam mak dia.

Lagi satu, setiap bulan mesti mak dia pinjam duit dia walaupun dia dah bagi duit bulanan dekat mak dia (lebih dari duit yang dia bagi aku ya).

Sekarang ni dah empat tahun kami kahwin. Alhamdulillah, personal loan suami dia dah habis bayar. Dan aku banyak tolong dia manage duit dia.

Kami pun dan duduk di rumah sendiri dan alhamdulillah perbelanjaan kami cukup. Cuma kami belum dikurniakan cahaya mata. Minta para pembaca doakan kami ya.

Mak dia pulak sampai sekarang mintak duit dia untuk tanggung adik beradik lain yang menganggur dekat rumah tu.

Kalau aku cerita dekat orang, sapa sangka seorang guru besar yang pakai kereta hebat2, duduk dalam banglo sebenarnya susah dan takda duit simpanan langsung.

Jadi, sekarang ni bila aku nampak orang yang pakai kereta hebat2, beg mahal2, atau kerja hebat2, aku dah tak heran dah.

Sebab dalam ramai2 yang hidup mewah macam tu mesti ada ramai jugak yang sebenarnya hidup berhutang macam mak mertua aku untuk tunjuk kat orang dia hidup senang.

Nasihat aku, biar orang nampak kita pakai kancil asalkan dalam bank kita ada berpuluh ribu ringgit. Hiduplah secara bersederhana agar tak susah di masa hadapan.

Kadang2 aku teringin jugak nak dapat mak mertua penyayang dan lemah lembut macam orang lain. Yang boleh bawak kongsi masalah dan bergurau.

Sebaliknya mak mertua aku tetap sama macam empat tahun lepas. Sentiasa serius bila sembang, kuat menunjuk dan mengagungkan orang yang kaya.

Apa2 pun, aku masih bersyukur sebab mak mertua aku bukan jenis kuat fitnah, mengumpat atau melagakan orang macam mak mertua dari neraka yang korang cerita dalam iium confession.

Pendek kata, ada seorang ustaz ni berpesan bahawa kita menantu ni tak perlu usaha kuat sangat untuk jadi anak yang baik. Itu tugas anak mereka.

Kita hanya perlu jadi menantu yang baik. Dalam erti kata, tak perlu la nak puaskan semua kehendak mak ayah mertua kita sebab itu bukan kerja kita. Semoga segala urusan kita dipermudahkan.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *