Mak Mertua Perfectionist II

Untuk part I, (https://iiumc.com/mak-mentua-perfectionist/).

Assalamualaikum… Terima kasih atas semua nasihat dalam previous confession. Cumanya nak cakap kat sini, saya ni takde lah pengotor.

Rumah saya duduk before kahwin sangat spotless dan wangi. Habuk sebiji pun takde.

Dan bab-bab masak ni saya rasa saya orang yang terer masak. Sebelum kahwin dulu suami selalu puji masakan saya. Rakan-rakan sekerja pun selalu puji masakan saya sedap.

Plus, sepanjang saya duduk rumah mertua, saya lah tukang kemas rumah tu.

Dan suami saya tak pengemas orangnya, bilik dia tak kotor tapi tak kemas, barang berterabur… Standard bilik orang bujang.

Berbalik kepada semua comment sebelum ni, sebenarnya bukannya saya tak tahu, tapi saya bukan jenis yang strict follow rules dan saya tak suka imposed rules saya kat orang juga.

In other word, just like my mother too, I like to give freedom to everybody.

Even kat tempat kerja, walaupun saya boss, saya takde la imposed benda pelik-pelik kat staff, kita pandai-pandai la beza apa yang penting dan apa yang kita boleh let go.

Contoh, sebelum ni saya basuh baju saya akan asing pakaian dalam, baju putih dan baju biasa.

Baju kerja campur dengan baju biasa sebab kita duduk sorang dulu, kita nak jimat electric plus air and baju perempuan biasa tak bau sangat.

Tapi saya kena tegur dengan mertua sebab campur kain sembahyang dengan baju kerja je. Aduh.

Pada yang tanya kenapa tak keluar dari rumah tu, jujurnya bila saya kenangkan bila yang mak mertua ni start picks on me, cari salah, critic cara saya buat kerja adalah bila suami cakap dia tengah cari rumah sewa.

Ye, saya pujuk suami pindah dan suami tanpa bincang dengan saya pergi inform mak dia… So bila mak mertua tahu, mak mertua tak bagi kami keluar dari rumah tu.

Itulah ceritanya…

Masalahnya, bila kami cari rumah sewa, saya kena fikir ikut spec suami sebab dia dibesarkan berbeza.

Kalau ikutkan saya ni duduk rumah flat pun okay. Tapi suami kena ada aircond, water heater, wifi etc,

Pokoknya rumah kena yang proper dan dia dah cakap nak duduk kejiranan yang okay sahaja (tak ramai orang, tenang, tak ada jenayah dalam bahasa mudahnya kejiranan kayangan).

Berbalik kepada selepas dia tahu kami nak keluar, setiap kali saya masak tak ikut piawaian dia (contoh hidang makanan takde buah), dia akan comment.

Bila masak ramen pun kena tegur, kenapa makan mee segera, tak elok untuk kesihatan.

Bila masak nasi goreng, kadang style kita nak cepat kita goreng je ikan bilis dengan bawang, mak mertua tak boleh… Dia cakap salah, kena goreng ikan bilis sampai garing dulu.

Bila saya masak mee dan masukkan telur dalam tu, dia cakap tak boleh juga… Nanti mee rasa hanyir. Kena goreng dan hiris halus telur.

Akhirnya untuk mengelakkan stress sebab takut nak masuk dapur dan guna alatan dia, saya ambil langkah ajak husband makan kat luar, pun kena tegur kenapa selalu makan kat luar.

Yang cakap ayam kena rendam gandum, saya pun tahu tapi takde lah rendam ayam dengan gandum sampai 2 jam, dan biasanya ikan saya rendam gandum juga sebab itu yang kakak saya ajar. Tak ada salah pun kalau tak pakai asam dan garam.

Beli ayam kat supermarket rasanya yang ramai-ramai comment pun kebanyakan beli ayam kat supermarket juga sebab tu je yang open lepas kita balik kerja.

Basuh beras piawaian dia pula lain macam bersih, plus saya dulu duduk rumah sorang rumah takde water filter (minum biasa guna air botol mineral), so dah terbiasa masak nasi guna air paip biasa.

Mana la saya tahu kena marah sebab tu je. Mungkin kita terbiasa hidup dengan apa yang ada depan mata maklum lah kita orang kampung…

Ayah mertua ni orang berjawatan tinggi kerajaan, kaya tu tak lah tapi orang kata hidup senang.

Saya sebenarnya tak nak jadikan apa-apa issue, tapi penat bila balik je rumah rasa stress. Rumah tu tak rasa tempat yang tak comfortable untuk tinggal.

Sebelum kahwin, saya suka masuk dapur cuba macam-macam resepi masakan. Kita masak sekadar nak having fun.

Sekarang rasa dapur tu tempat penilaian juri. Potong sayur salah, potong bawang salah, cara buat sup salah.

Masak western je la tahan sikit dia punya condemn tu. Bila balik je rumah, jadi breakdown.. Teringat dekat mak sendiri.

Suami ada juga tanya, saya jawab saya rindu zaman bujang. Saya hidup bahagia je dulu, saya tak kacau orang, orang tak kacau saya… Entah, mungkin dah terbiasa hidup sendiri kut. Duit saya pun cukup je.

Sekarang, balik kerja pun saya akan cuba balik selewat yang mungkin. Dalam seminggu tu minggu 2x je yang balik awal.

Hari-hari lain saya ajak suami pergi jogging or masjid, so bila balik rumah dah lewat kurang sikit rasa stress.

Cuma weekend je tak boleh elak. Weekend saya akan cuba bangun seawal pagi kemas rumah mana yang patut (supaya tak terserempak dengan mak mertua, kalau tak nth apa lagi yang kena comment).

Sejujurnya saya kesian dekat dia sebab dah 60-an, at least kalau saya kemas dia just touch up sikit apa-apa yang dia tak berkenan je.

Saya dah cadangkan dngn suami untuk ambil orang gaji lepas kami keluar nanti, tapi suami kata rumah ni dah banyak bibik dulu, tapi semua lari.

Ada yang tanya, husband tak tolong dekat rumah?

Husband saya tak pernah memasak seumur hidup, tapi dia cuba membantu saya basuh-basuh pinggan semua yang berakhir dengan jelingan dari mak mertua.

Saya faham perasaan ibu-ibu termasuk ibu mertua, dia jaga anak dia dengan sempurna dari kecil, of course dia nak orang yang jaga anak dia kemudian at least treat anak dia sama macam dia buat.

Tapi boleh tak dia bagi saya ruang untuk buat something independently rather than micromanage macam tu?

And I’m not the mother to your son, I’m his wife. Please differentiate the roles.

– Orange (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *