Hi semua. Salam lebaran diucapkan untuk semua pembaca. Aku seorang wanita dan masih belum berkahwin.
Based on tajuk aku tu, aku dah rasa semua pun dah lali sangat dengan aduan mengenai mak mertua tak suka dengan menantu ni.
Aku dah naik muak dan menyampah dengan situasi macam ni yang mana menakutkan aku sebagai wanita yang belum berkahwin ni, nak berkahwin. So hari ni aku nak share pendapat aku mengenai hal ni.
Sekarang ni apa yang aku peratikan, rata2 drama mlayu ke realiti ke terlalu banyak la kes mertua tak suka menantu. Tak berkenan la konon nya dengan menantu ni.
Mungkin tak menepati citarasa, ada pilihan lain or memang tak sanggup nak berkongsi kasih sayang anak lelaki nya dengan si isteri.
Bagi la menantu baik macam mana bidadari pun tetap mak mertua tak suka. Bagi la yang rajin buat kerja, mengemas rumah, pandai jaga cucu, sanggup kongsi duit untuk kos sara hidup (susah senang) dengan si suami a.k.a anak lelaki dia pun masih tak boleh jugak terima si menantu.
Sampai ada yang bercerai berai. Putus hubungan. Why la?
Serius aku sungguh2 tak faham perangai mak2 yang begini. Walhal dia pun seorang menantu. Is it dia pun dapat layanan yang sama then balas dekat menantu? Or dia takut anak lelaki dia abaikan dia?
Kalau anak tu tunggal tu aku boleh la agak2 nak faham. But kalau anak ramai tapi masih tak juga suka si menantu tu, sebab takut kurang kasih sayang anak. Itu aku rasa macam agak tak faham lah.
Aku faham mertua itu pangkat nya adalah seorang ibu. Memang patut dihormati dan ditaati. Sebab aku pun sayang sangat pada mak aku.
Tapi bagi pendapat aku lah, ibu lah seorang yang patut tunjuk contoh yang baik pada menantu dan anak2. Lebih2 lagi yang mengenali diri sebenar si menantu adalah sang suami means anak lelaki dia lah.
Kalau anak lelaki dia rasa menantu or pasangan yang bakal nak dijadikan isteri itu bukan lah orang yang baik, buat apa awal2 lagi dia terima orang tu jadi pasangan dia.
Disini aku akan lebih kan pada situasi dimana menantu yang tiada silap apa tetapi masih juga tak disukai mertua sampaikan ada yang sudah bertahun2. Tapi kenapa?
Kenapa tak boleh nak terima pilihan si anak tu sampai sanggup buat hidup anak orang lain pulak rasa tunggang langgang? Kalau menantu sejenis yang hati kuat , tabah dan sabar sentiasa dalam ujian macam tu, sungguh aku respek.
Tapi macam mana pula dengan menantu yang di uji secara mental sampai berlaku penceraian? Adakah membuli, menguji menantu itu satu kepuasan untuk para2 mertua yang diketegorikan dalam mertua yang aku sebutkan tu?
Sungguh aku terkesan dengan situasi yang macam ni. Kalau dah benci tu macam2 gaya, kata dan cara di buat untuk buat sang anak benci dan menyampah pada pasangan mereka. Sampai ada yang sanggup pergi ubat kan anak sebab konon nya menantu dah buat guna2 pada anak mereka.
Belum part yang suruh anak bercerai or carikan wanita lain untuk anak mereka kahwin lain. Ya Allah. Sampai macam tu sekali. Sekali lagi aku nak tanya kenapa macam tu wahai ibu2??
Ada yang ibu2 bertudung labuh, yang tak tinggal solat dan mengaji tapi juga berperangai begitu. Sungguh aku takut dengar pengalaman dari orang sekeliling.
Allah tempat kan darjat seorang ibu itu tinggi. Syurga dibawah tapak kaki ibu. Tapi kenapa ibu2 buat anak seolah2 terpaksa pilih antara ibu atau pun isteri. Isteri itu amanah Allah.
Jodoh yang Allah dah tentukan dari si anak dari dalam rahim. Kenapa ibu2 nak berperangai seolah2 menidakkan apa takdir yang Allah dah tentukan.
Aku tau rata2 yang aku baca dalam coNfession ni yang bermasalah dengan ibu mertua is yang beragama islam.
Islam pernah ke ajar kita untuk membenci manusia yang bergelar menantu?? Yang memberi zuriat pada anak dia. Pewaris keturunan nya. Islam ajar kita ke untuk memecah belah kan satu hubungan?
Pernah fikir tak perasaan si menantu dan si anak juga perasaan cucu2 nya? Tolong beristighfar wahai ibu2 mertua. Bersihkan hati kalian.
Aku rasa aku lebih banyak bertanya dalam ni daripada memberi pendapat. HAHAHA. Tapi aku makin tak faham bila mertua tak suka anak menantu, sang adik beradik si suami mesti akan join sekaki tak suka menantu.
Part ni aku paling menyampah sekali. Kau sebagai anak pun tak boleh nak tengok masalah dalam keluarga kau, tapi masih ada masa nak tengok kehidupan orang lain.
Dah tau kalau ibu kau tu tak suka menantu, kau kena la nasihat. Suruh dia buka mata hati. Jangan judge anak orang sampai berlebihan.
Didikan memang semestinya tak pernah sama, dah menantu tu anak orang lain. Jangan sampai terbawa2 perangai si ibu tu dengan sokongan ntah apa2 kau lagi. Aku tak boleh blah betul dengan kes macam ni.
Menantu dah elok2 , hat lain pulak jadi batu api. Kalau sungguh la si menantu bukan orang yang baik2 , nasihat la anak lelaki. Suruh dia nasihat bini dia sendiri. Bukan hak kau untuk masuk campur. Faham ke tidak?
Jangan baik hati nak ganti tempat sang ketiga yang bertanduk itu nak pecah belah kan hubungan. (syaitan ye kawan2).
Aku tak nafikan segelintir saja yang mertua berperangai macam ni. Tapi bila aku tengok topik cerai berai, mesti ramai yang akan komen salah satu punca is mertua yang tosik. Ada yang makan hati sampai bertahun2. Sampai dah nyanyok pun masih nak buat perangai tak suka menantu tu.
Takkan nak tunggu Allah bagi balasan macam dalam drama tu. Tiba2 jatuh sakit then stroke. Lepas tu menantu jaga barulah lah feeling2 nak insaf. Kemon la. Ubah la mentality wahai si ibu mertua.
Kadang2 mereka lupa, meraka mahu dihormati tetapi mereka sendiri tidak menghormati takdir yang Allah dah tentukan.
Jodoh tu rahsia Allah wahai ibu mertua. Kita tak pernah tahu si anak tu akan dapat pasangan yang macam mana. Buang lah sifat ingin dengki dan dendam pada menantu tu. Menantu tu juga ada mak ayah.
Apa mak ayah nya tak sedih ke jika anak perempuan mereka yang mereka jaga diperlakukan macam tu. Macam mana pula kalau kifarah tu ada, yang mana anak perempuan ibu diperlakukan sama macam ibu buat pada menantu nya. Fikir2kan lah.
Satu je aku nak cakap. Wahai ibu, tolong lah tunjuk contoh yang baik. Bagi izin pada menantu untuk berkongsi kasih dan sayang yang ada.
Sungguh menantu itu hanya sekadar menumpang kasih dan berhasrat ingin jadi sebahagian daripada keluarga tu. Dia sanggup tinggalkan keluarganya untuk si suami.
Tapi bila dah jadi hak milik, mereka diuji secara mental. Itu belum kes yang menantu tak dapat balik rumah mertua dan mertua nak anak asyik balik rumah nya saja. Perangai nya yang bukan2.
So aku mintak sangat2 wahai ibu2 mertua yang dikasihi dan disayangi. Jangan lah berperasangka buruk pada menantu. Tolong lah turunkan ego. Simpan dalam diri tu yang menantu tu juga dah jadi anakmu dan dah jadi sebahagian keluarga mu.
Jangan la layan dia macam orang luar dan buat dia tersisih. Bagi aku, anak menantu tu sayang pada ibu2 mertuanya. tapi mereka tak diberi pilihan dan peluang sampailah ada yang dah tahap sukahatilah nak jadi apa.
Dah tak heran dah. Dan nanti adalah yang bersuara cakap itu ibu, hormat,taat, masa mereka tak lama. Tapi kalau si ibu mertua itu sendiri tak bagi peluang macam mana menantu nak jalankan tanggungjawab sebagai menantu yang baik?
Lepas tu anak lelaki jadi mangsa. Jangan jadikan syurga bawah tapak kaki ibu itu sebagai tiket untuk memecahbelahkan rumah tangga si anak. Jangan jadi punca pada terjadinya salah satu perkara yang Allah murka which is penceraian lah.
Serius ini semua menakutkan aku. Aku doakan semoga semua dan diri aku sendiri yang belum berkahwin dapat bakal mertua yang baik dan dapat menerima kita semua seadanya. Dan pada yang dah dapat mertua sebaik2 manusia. Alhamdulillah rezeki.
Dan pada yang alami masalah diatas, aku doakan Allah bagi petunjuk pada mereka yang perlukan petunjuk.
Mari kita sama2 berdoa ya. Aamiin. Maaf andai penulisan aku ni ada yang terkasar bahasa. Aku sungguh cuma tak faham kenapa berlaku benda2 macam ni. Dan aku sangat sayang ibu aku.
Sekian…
– Sis yang takut (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sebak saya baca.. terkenang kisah silam saya 12thn yg dulu. Pendekkan crita, 1th lebih lepas cerai, ibunya meninggal. Seblum meninggal, bapanya sebok carik saya. Katanya isterinya nak berjumpa ngn saya. Mcm biasa la, da nak meninggal baru tau nak carik minta maaf. Selepas 6thn, bekas suami confessed yg perasaannya ngn saya tak berubah. Itu lah kehidupan. Anak2 saya ade 3 dan yg paling kecil masa tu baru 7bulan. Saya anak yatim piatu jadi takde sesiapa yg bleh bantu saya jaga anak2 jika mereka bersama saya. Memang bekas nakkan ketiga anak lelaki saya kerana dier anak lelaki tunggal. Dan memang kluarganya suka masuk tangan jadi memang la dorang nakkan hak penjagaan anak2 saya.
Terima kasih atas penulisan ini. Akhir kata untuk c bekas dan kluarganya, Fikir dalam2 sebelum melakukan perkara yg boleh hancurkan masa depan dan kehidupan orang lain lagi2 mengenai emosi. Hanya Allah swt saja yg akan membalas…
Aku juga tertanya2. adakah aku ini tidak disukai atau aku manusia yg berperangsaka. nauzubillah. tak perlu aku cerita . pastinya aku yg berdosa. biarkn hidupku ini, kuserahkan pada Allah swt
Dalam mencari2 jawapan…bagaimana untuk mengatasi masalah mertua tak terima menantu..terjumpa nukilan ini…Allahu…smua cerita ini bukan sekadar drama tp reaiti. Wp sesukar manapun…wanita yg bergelar meantu harus hadapi smua ini..dapat mertua yg baik..Alhamdulillah rezeki dan hargailah…tp yg senasib dgn sya…bertabahlah dan panjatkan doa pd Allah..mengadulah dan mohon lah pd Dia…hanya Dia yg Maha Memahami. Sya pn tak tau mana silap sya..mertua tak pernah kenal dan tak nak berjumpa sya..sejak kawen sya tak pernah kenal rupa mertua. Dia tolak sya dan memfitnah sya..sebelum sya menikahi anak beliau lagi. Disokong pulak dgn anak2 yg lain lagi megeruhkan keadaan. Sya kawini anak beliau yg kematian isteri…jaga anak2 tiri dan syg mereka mcm anak2 sya sendiri..tp masih tak dapat terima kehadiran sya. Katanya..sya tetap org luar…Allahu..berat dugaan Mu Ya Rabbi…tp aku yakin segala dugaanMu ini pasti ada hikmahnya. Smg aku tetap diberi kesabaran untuk menempuhi segala dugaan ini. Yg pasti kena sabar dan redha. Masih mencari cara2 dan usaha2 terbaik utk menghadapi semua ini. Smg Allah memberi petunjukNya. InsyaAllah.