Mak Mertua Talam & Tak boleh Pakai

Hai, Assalamualaikum warga IIUM Confession. Nama aku Ica. Aku nak meluah pasal MIL aku yang talam ni…

Masalah ni bermula lepas aku nikah dengan anak lelaki dia. Sebelum nikah tak ada masalah. Dia pun setuju, so aku fikir memang takkan ada masalah lah.

Aku nikah bulan 5, kami bergaduh besar bulan 7. Dalam masa 2 bulan je dia buat aku hilang sabar. Mulut dia nauzubillah, teruk..

Depan aku dia sibuk mengata orang lain, tapi belakang aku, apa je yang dia tak fitnah? Nama aku ni hari-hari meniti kat bibir dia. Benda aku tak buat, dia cakap aku buat.

Masa tu suami aku tak banyak backup aku. Memang banyak berendam air mata la setiap kali meluah. Last-last kami laki bini yang bergaduh. Setiap kali meluah, end up mesti bergaduh.

Lepas aku mengamuk bulan 7 tu, baru suami aku start backup aku sebab aku ada bukti yang mulut mak dia tu macam puaka tanah.

Bila suami aku dengar segala bukti tu, MIL aku terus backup diri sendiri sebab suami aku ni dah macam naga time tu… Terlalu marah.

Lepas aku mengamuk, dia insaf kejap, lepas tu buat balik. Dah banyak kali aku mengamuk tapi tak insaf juga perangainya. Jenis liat macam tiub getah. Dan dia suka mencuri barang kami laki bini.

Duit laki aku simpan banyak, tahu-tahu dah surut. Dia masuk bilik ambil senyap-senyap. Bila laki aku dah mengamuk, baru dia mengaku. Memang kecewa teruk laki aku.

Ramai yang cakap kami laki bini biadab, kurang ajar. Tapi manusia kan… Dia tak tahu betapa lama kita bersabar dengan manusia macam ni.

Benda ni berterusan sampai lah sekarang, dan aku pun dah ada anak. Sekarang aku slow sikit sebab dah ada anak kan… Sekarang ni anak aku pula kena.

Depan saudara-saudara lain kemain laaa panggil anak aku. Punya nak tunjuk dia tu nenek yang terpaling penyayang la kononnya. Anak aku itu, anak aku ini.

Bila dah balik rumah, anak aku nak main dengan dia pun dia buat tak tahu. Dia banyak palau anak aku, tapi dah nama pun budak, dia tetap pergi kat MIL aku.

Aku memang tak bagi anak aku dekat dengan MIL disebabkan perangai dia macam tu.

Dan pernah dua tiga kali muka anak aku tiba-tiba luka lepas duduk dengan dia. Katanya kena kuku anak aku sendiri, tapi kuku yang melekat kat kulit anak aku tu kuku orang dewasa. Nak tuduh pun tak boleh sebab tak ada bukti kukuh.

Sekarang ni aku banyak buat hal sendiri & memang tak bercakap dengan MIL aku kalau tak ada benda penting. Hari-hari aku buat perangai berangin sebab tak nak dia tegur aku. Hati ni dah tawar nak bertegur sapa dengan dia.

Bab makan pun kami laki bini dah beli asing dari dia. Sekarang dia tak berani nak bising depan-depan sebab dia takut dengan laki aku. Sebab laki aku marah dia buat perangai macam tu & tak reti-reti nak insaf.

Dia selalu bercakap kat belakang je. Dia meluah kat FIL aku, yang FIL aku pula bercerita kat kami. Haha. FIL aku tak ada masalah. Dia okay. Yang bermasalah tu cuma MIL aku. Setakat tu jelah kot.

Ibu-ibu kat luar sana, tolonglah jadi mertua yang baik kalau nak menantu jadi baik. Kami menantu-menantu hantu ni ikut perangai mertua.

Kalau mertua baik dengan menantu, anak korang pun senang hati. Tapi kadang ada juga menantu perangai macam hantu tapi dapat mertua baik hati.

– Ica (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Mak mentua hang tu…. hangpa duduk asing la, ni dah mcm musuh duduk serumah, dendam mendendam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *