Mak Orang Gaji Tak Terbayar

Mak awak jaga anak awak waktu awak pergi kerja, satu sen pun awak tak hulur. Dah lah awak duduk menumpang pula tu dekat rumah mak awak. Jaga anak bukan setakat siang hari je, kalau awak overtime sampai jam 10 malam, sampai jam 10 malam lah mak awak kena hadap anak awak. Awak menumpang duduk rumah mak awak pun awak tak ada keluarkan satu sen langsung juga. Baik untuk beli apa apa barang, untuk bayar apa apa bil atau apa pun.

Makan minum awak dengan suami pun mak awak yang keluar duit. Kalau keluar sama sama pun begitu. Hari Isnin-Jumaat kerja siang malam siap buat overtime, tak cukup itu hari Sabtu-Ahad pun buat overtime lagi. Anak awak mak yang jaga juga. Hidup mak awak ni dah macam kena atur dengan jadual kerja awak. Semua hal awak mak nak kena akur. Tapi awak tak fikir langsung pasal dia.

Kalau awak ada kat rumah pun awak tak kisah sangat pasal anak awak. Awak biar mak awak yang kisahkan untuk jaga anak awak. Kain baju anak awak mak awak yang bersusah payah basuh, segala hal ehwal anak awak mak awak yang kena uruskan siang malam. Apa fungsi awak dengan suami awak? Kerja dalam rumah pun awak tak pernah kisahkan. Sampah dalam rumah; sisa makanan, lampin pakai buang anak awak dan lain lain suami awak tak ada kisah langsung nak pergi tolong buang. Celik mata pergi kerja balik kerja makan tidur. Awak buat mak awak macam hamba abdi..

Pagi pagi awak pergi kerja tak kisah pun pasal makan minum mak awak. Seharian dia jaga anak awak yang nak melekat sentiasa sampai dia tak kisahkan makan minum sendiri, awak kalau makan fikir isi perut awak je. Tak pernah tanya nak kirim makan ke apa. Awak tak kesian langsung ke? Awak betul betul buat mak awak macam orang gaji tak berbayar. Hina betul awak buat mak awak kan. Bila salah cakap sikit awak sentap sendiri, tegur sikit awak masam muka tak boleh nak terima langsung. Dalam kepala asyik fikir negatif. Kenapa buat mak sendiri begitu wahai anak?

Mak awak lah yang bersengkang mata siang malam buat macam macam benda. Bila awak dengan suami teringin makan apa apa dengan mak awak juga lah yang awak sibuk minta buatkan. Bila nak ditolong apa apa pun sama. Awak giat menerima dari tangannya tapi tak pernah nak memberi kembali. Mak awak ibu tunggal yang sangat lembut hatinya, baik budinya, berbakti orangnya.

Dalam diri mak awak penuh kasih sayang melimpah ruah, terlalu pemurah sampai buat sesuatu tanpa balasan, dada penuh berlapang tak pernah mengeluh walaupun dah diinjak injak oleh anak sendiri. Tak sayangkah awak dengannya? Tak kesiankah awak dengannya? Mak awak penat, sedih, kecewa dengan anaknya sendiri. Tapi sepatah pun dia tak pernah bersuara sebab dia taknak anak dia tersentap, sebab dia tahu anak dia tak boleh terima teguran, sebab dia tahu anak dia kepala angin. Awak tahu tak isi hati kecilnya itu?

Tolonglah sedar diri cepat wahai anak. Tolonglah kesiankan mak awak itu..

– Anak Mak Juga

Hantar confession anda di sini ->Ā www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *