Mak Pak Zaman Sekarang

Assalamualaikum. Maaf ye awal awal lagi akak nak cakap ni bukan confession sangatlah, ni sebenarnya bebelan akak kepada parents zaman sekarang ni. So kalau korang rasa macam kisah KRT, mohon tekan back dan teruskan baca confession lain yang lebih ‘ilmiah’ ya. Eh, akak tak bitter, akak cuma malas nak baca komen berbaur begitu. Pada yang interested nak teruskan pembacaan, akak terhutang masa dengan korang sebab sudi baca bebelan akak. Laki akak pun dah malas nak layan akak membebel.

Ok macamni, akak ni dah nak dekat 40 tahun, anak 4. Akak ni suka la jugak bersosial media ni semua, kalau tak, takkan akak tau kewujudan iiumc ni kan. Tapi gitulah, takdelah sampai akak obses nau nau dengan telepon pintar, pintarkah anda ni. Akak bukan apa, akak geram sebenarnya nengok perangai mak bapak sekarang ni, time nak ambik ‘perfect family portrait’ tu eh kemain si bapak dukung anak, si mak cium pipi anak, tapi lepas je dapat gambar yang dikehendaki, ditolak nya anak tu ketepi.

Budak tu melalak panggil dia pun, ado dia kisah? Nan hado dik. Pastu post kat social media caption semua nak “anak syurga mama papa” je. Haiyoo adik, kakak, abang, pernah dengar tak ustaz cakap apa? Anak syurga tu gelaran untuk anak yang dah kembali ke rahmatullah lah awak. Nape awak doakan anak awak macamtu? Cakap anak soleh solehah sudahlah awak.

Kesian aku nengok anak anak ni. Mak bapaknya gila likes kat social media, anak anak ni macam props je dibuatnya. Dah setel ambik gambar, lantak kaulah. Pandai pandai nak hidup. Bila anak nangis mintak makan, di tengkingnya budak tu. Mata dan tangan kau, melekat kat smartphone. Si bapak sibuk main game. Si mak kalau tak layan krt, gosip, pakai modal buat bisnes online dik, sebab tulah tangan berjahit dengan telepon.

Eh kalau bisnes kau semaju itu, sampai takde masa langsung nak berenti reply mesej customer untuk bagi attention kat anak, mengalahkan Alip Sukeri lah kekayaan kau. Ni aku tengok, sendu jugak. Letaklah telepon tu sekejap mak ayah, bagi attention kat anak ni hah. Kang dah tua, anak taknak layan, kau buat cerita sedih. Abis kau ingat anak kau ni copy paste perangai sape?

Budak budak ni ada perasaan. Perlukan bonding antara anak dan parents untuk pembangunan EQ dia. EQ anak bagus inshaaAllah IQ dia bagus. Tak payah kau buang duit hantar tuisyen beribu sebulan. Luangkanlah masa untuk anak korang. Entahlah, akak geram nengok mak bapak jenis malas nak layan anak ni. Belum part kat rumah orang kau sibuk selfie sana sini sampai anak kecahkan rumah orang pun kau tak sedar.

Halo sister brader, kita ni dah jadi mak bapak, perangai tu pun biarlah berubah sama. Jangan body dengan berat je berubah eh. Akal pun kene upgrade sama. Bak kata mak mertua akak, kau kalau dah berkeluarga, dah ada anak, kena jadi orang dewasa, pikiran kena matang, jangan perangai kau dengan anak takde beza.

Sejenis mak bapak yang nak me time setiap masa ni pun aku geram jugak. Anak kau baru umur 5, 6 bulan, kau heboh nak me time siang malam. Nak dating dengan laki, konon nak hangatkan rumahtangga. Anak ni kau tinggalkan kat rumah mak ayah. Dah terkial kial lah orang tua ni bangun malam jaga anak kau yang menangis sebab nak bau ketiak mak dia. Mak bapak dia ‘me time’ berdua pergi vacation sana sini. Eh kau, anak baru sorang, baru lepas pantang, takkan dah hambar rumahtangganya.

Golongan ayah ayah jangan nak jadikan alasan eh, bini baru beranak, kurang layanan, modal nak menyundal kat tiktok. Baru beranak kan, sama sama fokus kat anak tu tak boleh ke? Apa kau ingat rumahtangga ni semata layanan atas katil dengan sweet talk je semua? Nak hangat sangat kan? Tak buat tanggungjawab sebagai mak ayah, lepaskan pada orang lain tanggungjawab tu, hah, kau hangatlah berdua kat hell o esok.

Akak tak cakap salah nak dating, spent time berdua, honeymoon laki bini. Memang perlu. Tapi tengoklah keadaan dik, anak kau perlukan perhatian kau lagi ni hah. Kalau anak tu dah besar sikit, oklah nak tinggal. Ini budak tu siang dengan malam pun belum reti beza, kau dah buat dia camtu. Lagi satu aku tak berkenan pesen suka tinggalkan anak kat rumah mak bapak ni. Kalau kau rasa kau perlukan masa berdua dan me time, akak rasa mak bapak kau yang dah uzur tu lagilah perlukan semua tu. Haih. Entahlah nok.

Akak harap akak ada masa lagi untuk teruskan bebelan, tapi malangnya laki akak dah bising suruh masak. So. Adios. Sampai sini sahaja dulu ye. Ada rezeki kita jumpa lagi. Daaaa.

– Bedah

Hantar confession anda di sini ->Ā www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *