Assalamualaikum, maaf admin confession Butan banyak sangat.
-Untuk siri lengkap, “Roommate Dalam Selimut”,
(https://iiumc.com/?s=Roommate+Dalam+Selimut).
-Untuk siri yang lain,
(https://iiumc.com/ayah-rambutan/).
(https://iiumc.com/cerita-seram-rambutan/).
Ini sambungan dari confession Mak Rambutan, (https://iiumc.com/mak-rambutan/).
Hi, nama aku Rambutan. Aku seorang perempuan berumur 20-an, tinggi 153cm, berat 56kg, muka lawa la macam Sizuka.
1.
Hari tu ada yang tanya dekat komen,
“Mak kau tak kacau kau lagi ke?”
Gila tak kacau, dahlah serumah. Aku kalau tengah bergayut dengan boifren aku, aku perhati je ada kaki dekat depan pintu bilik. Bila aku buka pintu, beliau buat-buat laa sapu sampah la mop lantai la, selalu beliau macam tu sampai nipis lantai depan bilik saya.
Kadang-kadang beliau lupa bawa mop,
“Mak nak check je kau hidup lagi ke tak. Bukan nak dengar kau bergayut dengan boifren kau pun.”
2.
Suatu Jumaat, mak ajak aku ke pasar malam.
Semua sedia maklum, pasar malam memang sesak, parking pun memang penuh memang kena rebut-rebut. Mak pulak ada fobia dengan parking sebab baru-baru ni abang aku bergesel dengan kereta lain dekat parking, masa tu abang bawa mak.
Mak suruh aku cari parking yang kosong petak kiri kanan. Aku pusing-pusing dekat 30 minit, makin penuh kereta adalah. Mak suruh jugak aku cari. Aku cari yang jauh sikit dari pasar malam, jauh banyak sebenarnya dah lah depan jirat cina, merentas desa aku nak ke tapak pasar.
Sampai pasar, aku dengan mak dah tercungap-cungap kepenatan. Mak dah tak larat jalan, mak duduk dekat gerai, mak suruh aku belikan taufufa. Aku pun pusing pasar malam, beratur nak beli taufufa. Aku cari gerai yang terbaik, aku beli panas-panas. Sampai je dekat mak,
Mak: Bukan yang ni Butan, mak nak yang ada sayur kangkung ada fishball tu.
Aku: Itu yongtaufoo. Mak cakap taufufa.
Mak: Eh mak cakap yongtaufufa la tadi.
Aku penat panas geram semua ada, tapi aku bersabar sebab tak nak masuk neraka. Neraka lagi panas kan.
“Butan, sebelum mak mati, mak nak sangat makan yongtaufufa.”
Aku lemah kalau mak aku cakap macam tu. Walaupun mak aku gunakan ayat ‘mak mati” tu secara konsisten sejak aku darjah 1. Aku tetap gelabah bila mak cakap macam tu.
Aku pun cari la yongtaufoo, sampai dekat mak, aku tengok habis taufufa beliau telan. Mak cakap mak kenyang, mak ambil yongtaufoo tu, mak hulur rm30 kat aku.
“Nah Butan kau makan la apa kau nak, mak nak balik nanti bapak kau bising keluar lama-lama”
Mak balik jalan kaki, sebab rumah aku lagi dekat dari tempat aku parking tadi
Alang-alang mak dah bagi duit, aku belanja la cacing dalam perut aku. Hampir sejam aku lepak makan dekat situ. Perut kenyang hati girang la kan.
Masa nak balik tu aku baru teringat, aku parking jauh, lepas tu aku teringat aku parking depan jirat cina.
Aku call ayah aku, aku buat-buat menangis supaya ayah simpati. Ayah pun setuju nak ambil aku dekat pasar. Dari kejauhan, aku nampak ayah tiba naik motor. Tapi memang menyirap betul aku masa tu. Kenapa mak aku ikut?
Memang jelas dan nyata, takda ruang untuk aku atas motor tu. Ayah dan mak cakap nak teman aku sampai tempat parking. Alhamdulillah memang mereka teman. Sampai ke kereta, aku buka pintu. Tiba-tiba mak jerit,
“Butan, jangan pandang belakang!!” Vrooommmm, mereka berlalu meninggalkan aku dengan lambaian mesra dan hilai tawa.
Menggelupor aku masuk kereta, tangan menggigil, hampir menangis. Aku baca ayat kursi ulang-ulang. Nak masuk kunci, kunci jatuh pulak. Menggelabah raba-raba kunci. Aku dah berimaginasi macam-macam dah. Tapi aku seorang yang kuat, aku dapat lalui semua tu.
Aku selamat balik, aku merajukk dengan mak ayah! Aku tak tegur mereka selama 12 jam hmm. Itu pun ayah yang tegur aku dulu, ayah tanya kenapa lampu kereta pecah sikit. Iye aku yang salah masuk gear semalam. Aku nak reverse tapi masuk gear 1.
Tapi bukan salah aku kan? Salah mak ayah tinggalkan insan lemah bersendirian dekat depan jirat cina.
3.
Pada pagi Ahad, aku masakkan sarapan dekat rumah, tapi mak tak makan. Aku nampak mak baring, aku tengok TV. Kemudian aku ajak mak masak tengahari, mak senyap je. Aku siapkan masak tengahari, aku ajak mak makan,
Mak: Mak sakit gigi ni. Kau makanlah dulu.
Aku: Jom Butan bawa ke klinik.
Mak: Mak tak larat, kaki mak sakit.
Aku tak senang duduk, risau tengok mak sakit lagi-lagi sakit gigi sebab sakit gigi ni dia punya sakit suuppp naik ke atas. Mak pun dah tak ceria macam selalu, makan pun tak.
Aku pergi bilik. Aku tengok duit cash yang aku ada, ada rm350. Aku tak tahu berapa kos untuk baiki gigi mak aku dekat klinik gigi private. Aku terus paksa mak aku pergi klinik.
Aku drive ke klinik, tak ramai dalam tu sebab klinik dekat kampung kan, dekat kampung dorang cabut gigi guna benang je. Sementara tunggu giliran, aku hulur rm300, aku minta izin nak ke bank sebab takut tak cukup duit.
Mesin ATM buat hal, aku terpaksa cari bank yang jauh sikit. Sampai-sampai, tengok beratur dkt ATM. Balik dari keluarkan duit, jalan jem sikit menghala ke klinik tu.
Aku pusing ikut jalan lain. Aku bawa perlahan sebab banyak kereta, tiba-tiba mata aku terpandang seseorang yang amat aku kenali iaitu mak Butan sendiri. Jauh juga la dari klinik tadi.
Aku parking, mak senyum-senyum sambil buka pintu belakang. Ada seorang lelaki pekerja kedai tolong angkatkan barang mak, letak dekat seat belakang. Sel otak aku tak berhubung lagi masa tu, terkebil-kebil.
Aku perhati je mak sengih-sengih. Mak duduk seat belakang, mak pegang barang yang beliau beli tadi erat-erat.
“Butan, mak baru nak call kau. Mak pinjam duit kau tadi ye, mak beli set pinggan mangkuk ni.”
Aku masih terkebil-kebil. Bukan ke mak sakit?
Aku drive balik, dalam perjalanan aku perhati je mak aku bermanja-manja dengan pinggan mangkuk beliau. Dipeluk-peluknya kotak tu dengan kasih sayang. Beliau intai-intai dalam kotak tu lepas tu sengih-sengih.
Aku tengok senyuman mak, aku nampak elok je gigi beliau. Kaki pun elok je jalan jauh-jauh.
Balik rumah, mak bertambah ceria bila nampak satu set pinggan mangkuk ayah beli. Mak ceria sangat dekat dapur tu. Aku pun cerita kat ayah semua yang terjadi,
Ayah: Mak kau tu bukannya sakit, dia merajuk ayah tak nak belikan set pinggan semalam. Ayah belikan juga hari ni sebab mak kau tak nak bercakap dengan ayah.
Aku: Takpa lah ayah, asalkan mak gembira.
Ayah: Tapi ayah beli pinggan setiap minggu dekat mak kau.
Aku: Itu bukan beli pinggan, itu beli sabun percuma pinggan wahai ayah.
*Moral cerita ni, kau beli la apa bini kau nak selagi yang dia mintak tu masuk akal. Sebab orang perempuan ni, selagi dia tak dapat barang yang dia nak, mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena.
4.
Mak aku ada ramai anak angkat, tapi bukan anak angkat yang ada surat semua tu. Anak angkat secara tak rasmi sahaja.
Anak angkat mak sangat ramai, dulu masa sekolah, separuh budak kelas aku adalah anak angkat beliau. Kalau dekat kampung tak payah cerita lah, berterabur adik beradik angkat aku di mana-mana. Tidak mengira bangsa, umur dan jantina.
Aku tak kisah dan tak cemburu dengan keadaan ini sehinggalah pada suatu hari, mak menjadikan musuh ketat aku sebagai anak angkat beliau.
Masa aku dengan mak terserempak dengan si Joyah musuh ketat aku tu, dia cium-cium pipi mak mak aku, peluk bagai lepas tu jeling-jeling dekat aku. Aku rasa macam nak cubit je Joyah ni sampai tercabut daging dia.
“Mak buat apa dekat sini? Datang dengan siapa?”
Tak guna punya Joyah, dia ingat aku yang berdiri ni batu bersurat ke apa.
Balik tu aku mengamuk,
Aku: Mak, mak tahu kan Joyah tu musuh Butan! Kenapa?
Mak: Ala kau ni Butan..
Aku: Mak lupa ke dulu dia pernah rampas boifren Butan? Butan tak kisah sangat pasal lelaki tu sebab dia tak hensem. Tapi sekarang dia nak rampas mak pulak dari Butan. Kalau mak takda, siapa nak masakkan kari untuk Butan lagi.
Mak: Over la kau ni. By the way, nanti mak bagi kau resepi.
Aku merajuk, lepas tu mak janji tak nak ada hubungan dengan Joyah lagi.
Sejak tu aku ketatkan peraturan kalau mak nak ambil anak angkat. Aku buat interview, tahun ni ada dua orang aku interview untuk jadi anak angkat mak.
Ada 2 ujian yang calon kena lulus untuk jadi anak angkat mak. Pertama sekali, aku akan bawa calon ke kedai makan. Kalau calon belanja, calon lulus ujian pertama.
Ujian kedua ialah soalan,
“Kenapa awak nak jadi anak angkat mak saya?”
Calon yang menjawab dengan bernas akan diserap menjadi anak angkat serta-merta.
Skema jawapan:
Saya nak jadi anak angkat mak awak sebab anak kandung mak awak sangat comel. A++
-Maaf sebab Butan tak add korang kat Facebook, Butan ada buat fb baru yang real tapi Maria dah add. Nantilah sambung pasal Maria. Hari tu Maria ada tulis confession dekat iiumc ni tapi tak ingat tajuk dia, dia suruh kitorang like kan. Aku dah like dah. Maria, jika baca tolong like, aku dah like kau punya hari tu.
– Rambutan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit