Assalamualaikum semuanya. Harini rasa terbuka hati nak cerita perkara yang dah lama sangat terpendam, umur aku sekarang dah 25 tahun.
Korang ada tak mak saudara atau saudara mana-mana lah yang korang rasa toksik sangat dan benci korang tanpa sebab?
Ya, aku ada. Aku perasan benda ni sejak aku kecik lagi. Aku first sedar masa umur aku lebih kurang 7 tahun (masa tu kau dah boleh nilai orang tu suka kau ke tak),
Ada seorang makcik aku ni jeling dekat aku setajam-tajamnya, aku masih ingat benda tu secara jelas sampai sekarang, sumpah tak bohong.
Masa tu yang ada dekat sekeliling hanya makcik tu, aku dan anaknya (sepupu aku). Tak tahu kenapa tapi dia memang nampak benci dekat aku daripada aku kecil.
Mungkin masa tu dia fikir aku masih kecil dan tak ambil serious atas pandangan serong dia, tapi dia silap, benda tu aku akan ingat sampai aku tua.
Dia hanya berpura-pura baik dengan aku bila ada mak ayah aku atau adik beradik aku di sekeliling. Setiap kali aku balik kampung untuk beraya atau sebagainya, aku memang benci nak hadap dia.
Dan bukan dia sahaja, ada mak saudara aku lagi seorang pun aku rasa seolah-olah dia benci dekat aku,
Kalau nampak mereka berdua berdekatan, memang aku cuba elak, sebab aku tahu confirm mereka akan kutuk pasal aku.
Aku pernah nampak benda ni depan mata aku sendiri, dorang pandang aku, sambil berbisik.
Bukan itu sahaja, aku pernah nampak juga makcik aku tu cerita buruk pasal aku dekat seseorang yang baru sahaja jadi ahli keluarga terbaru kami.
Benda ni aku hadap memang dah lama, dan aku tak pernah cerita pada siapa-siapa, termasuk ahli keluarga terdekat aku.
Aku serious tak tahu apa yang aku buat sampai dia benci sangat, sejak aku kecil kot?
Salah satu faktor kenapa aku tak pandai/ takut nak bergaul dengan orang adalah disebabkan dia, makcik aku yang toksik ni, disebabkan dia aku jadi tak yakin nak bergaul dengan orang sekeliling.
Susah nak terangkan, tapi ini lah yang aku lalui sampai sekarang. Dengan kehadiran dia, aku rasa macam gerak-geri aku sentiasa diperhati.
Oh tambahan lagi, makcik aku memang jenis suka mengata orang tak kira siapa pun, ada sahaja cari salah orang seolah-olah dia sahaja yang betul dekat dunia. Aku benci sangat sangat perkara ni.
Yang menyedihkan lagi, dia ada menghadiri kelas agama, mengaji dan sebagainya, tapi sayang, perkara tu tak dapat bantu perbaiki akhlak dia.
Bila dah besar ni, aku jadi benci yang teramat dekat makcik aku tu
. Aku tak fikir langsung dah nak ambil hati dia, sebab aku berdendam dengan dia, disebabkan dia jadi salah satu punca aku jadi cepat resah dan sukar bergaul dengan orang.
Aku cemburu tengok orang lain yang ada hubungan baik dengan makcik-makcik saudara mereka seolah-olah seperti kawan sendiri. Tapi aku tak dapat lalui semua tu.
Bayangkan, dulu setiap kali aku nak balik kampung atau aku tahu akan bertemu dengan dia, aku berdoa agar dia dilembutkan hati untuk tidak benci aku dah,
Aku yang berumur masih mentah masa tu kena berdoa benda-benda macam ni, cuba korang bayangkan?
Tapi sekarang memang aku sudah tidak heran, nak benci pun benci lah,
Yang penting aku aim nak berjaya dalam hidup bahagiakan mak ayah aku, aku tidak terhutang budi atau jasa walaupun sedikit pun dengan dia.
Maaf kalau penulisan aku tidak seberapa jelas, aku cuba.
Akhir kata, aku nasihatkan kepada korang di luar sana, tolong lah jangan jadi toksik dengan ahli keluarga sendiri malah sesiapapun, lagi-lagi tanpa sebab.
You never know what harm you can do on these people.
– Siti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit