Untuk part I, (https://iiumc.com/mak-saudara-yang-toksik/).
Salam dan hi semua. Saya rasa terpanggil nak jawab soalan kepada comment comment pada post sebelum Ini.
Saya memang bersungguh tak mahu perkara yang terjadi kepada saya ni terjadi kepada “kanak-kanak” yang membesar macam saya.
Ada comment yang kata saya bertanggapan negatif sahaja. Mungkin saya salah menggunakan ayat “rasa” tu. Dalam post ni saya nak ceritakan kenapa saya panggil dia toksik:-
1. Di kampung, apabila tiba masa untuk makan ramai-ramai, dia yang selalu nya akan memanggil ahli-ahli keluarga lain untuk makan.
Tapi sejak dari kecil, saya dipulaukan sedangkan nama-nama sepupu2 lain dipanggil satu persatu termasuk adik-beradik saya yang lain.
Duit raya pun saya dipulaukan, tapi saya tidak pandang semua itu cuma siapa sahaja yang tidak rasa terkesan dipulaukan sebegitu rupa?
2. Berkenaan berbisik tersebut, kalau dah mereka sambil merenung saya dan sambil berbisik, apakah perkara lain lagi yang boleh mereka bincangkan?
3. Makcik saya lagi sorang tu pun turut mengatakan perkara buruk tentang saya kerana makcik toksik utama yang ni batu api mula dahulu.
Sewaktu saya kecil, pernah ada situasi hanya ada saya dan dua orang makcik ni sahaja, dan mereka memang mengata tentang saya.
Sumpah saya tak bohong, walaupun saya kecil waktu tu, tapi saya sudah berada di tahap yang saya boleh faham apa mereka katakan tentang saya.
4. Yang saya maksudkan tidak tahu bergaul itu adalah di kalangan ahli keluarga. Saya rasa trauma dan sangat malu, seolah-olah kepada semua ahli keluarga saya di buruk-burukkan.
Saya okay sahaja bergaul dengan orang luar malah saya dikenali sebagai seorang yang peramah oleh sesetengah orang.
5. Untuk pengetahuan, anak-anak makcik tu sendiri benci akan maknya kerana mulutnya yang terlampau toksik.
Habis semua menantu-menantu dia termasuk menantu kepada anak buahnya dicanangkan cerita-cerita buruk.
6. Pernah sekali kami berkumpul beramai-ramai termasuk ahli keluarga daripada belah bapa saya,
Makcik toksik itu datang kepada saya dan bertanyakan tentang sepupu belah bapa yang berpakaian kurang sopan pada waktu itu, betapa benci dan malasnya saya nak layan dia masa tu, nak mengata orang sahaja kerjanya.
Kepada yang comment yang pernah melalui perkara yang sama, yang beri nasihat, terima kasih banyak-banyak atas comment anda. Saya sangat menghargai dan malah saya berasa lebih tenang selepas membaca comment2 tersebut.
Ada yang menasihatkan supaya melepaskan perkara ini dan jangan berdendam, saya terima nasihat tersebut inshaAllah.
Kepada yang menuduh saya hanya bertanggapan negatif dan sebagainya, mungkin anda tak pernah melalui perkara ini, jadi mudah untuk anda berkata sedemikian.
Alhamdulillah syukur anda dibesarkan dengan suasana yang positif dan tidak toksik.
Apa-apa pun, saya masih nak nasihatkan semua agar berhati-hati bila berkata, bila bertindak, jaga hubungan sesama manusia tidak kiralah sesiapa pun.
Saya sendiri berazam tidak akan lakukan perkara yang sama terhadap anak-anak buah saya, saya janji tidak akan melebihkan sesiapa dan akan layan semuanya sama rata sebab saya tidak mahu mereka lalui apa yang saya rasa.
– Siti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit