Mak Saya Kata Saya Anak Celaka, Anak Derhaka

Assalamualaikum. Saya Siti. 28 tahun. Penganggur. Baiklah saya mula kan cerita. Saya ada enam beradik. Saya anak kedua dan tunggal perempuan. Dibesarkan dalam suasana keluarga yang anak lelaki adalah segalanya.

Ayah telah meninggal semasa saya berusia 6 tahun. Selepas itu saya hidup dengan nenek. Nenek dan atok saya sangat sayangkan anak lelaki mereka.

Apa sahaja kemahuan pak teh, nenek saya turutkan. Kasihan mak saya dan adik beradik perempuan lain. Sentiasa dipinggirkan. Termasuklah mak saya.

Saya. Sejak dari kecil juga seperti dipinggirkan. Sejak kecil mak selalu paksa saya belajar sungguh2. Paksa saya duduk asrama. Saya antara anak yang banyak kena marah dengan mak.

Masa kecil, saya ada nampak, mak buat buku asb kat adik beradik saya, tapi nama saya tiada. Saya sangat berkecil hati. Dihadapan saya mak selalu puji abang.

Mak selalu puji adik2 lelaki saya. Tapi mak sangat jarang puji saya. Kalau orang tanya pasal saya, kebanyakkannya mak banyak diam. Saya terasa hati.

Tindakan mak tu buat saya jadi pendiam. Saya rasa rendah diri. Selepas habis tingkatan 5, saya kerja pasaraya. Mak tak pernah kisah saya makan ke tak, ada duit ke tak.

Mak pernah jeling saya masa saya balik kerja, saya buka tudung saji didapur. Ya. Saya terasa hati. Sejak tu, saya akan beli nasi masa tengah hari, nasi dan kuah sahaja. Sebab saya tak cukup duit.

Kuah saya asingkan dengan nasi sebab nasi tu saya makan dua kali. Tengahari dan petang. Saya paling suka kalau kat pasaraya ada McDonald datang. Sebab biasanya pekerja pasaraya akan dapat kupon percuma.

Pernah a&w datang ke pasaraya tempat saya kerja, saya dapat set 1 burger dan 1 air. Saya simpan makan petang dan masa makan saya menangis sebab dah lama tak makan sedap. Saya rindu arwah ayah saya.

Tak lama, Mak saya ambil keputusan kahwin baru. Saya bergaduh dengan ayah tiri saya. Dan ini membuatkan hubungan saya dengan mak saya semakin renggang.

Masih saya ingat ayah tiri saya cakap, “kenapa kau tak mati jer masa lahir, hidup menyusahkan aku” dia hempas tv arwah ayah saya. Hempas meja kecil arwah ayah saya yang masih saya simpan di dalam bilik saya pada waktu itu.

Saya jalani hidup saya dengan selekeh, muka hitam, dan kotor kerja di pasaraya. Saya dapat rasakan mak saya malu ada anak seperti saya. Tapi Alhamdulillah, dengan kerja begitu, saya dapat kumpul duit sendiri. Saya nekad, saya nak sambung belajar dengn duit tu.

Tak lama lepas tu, adik saya accident. Dimasukkan ke hospital. Saya naik teksi ke hosp. Adik saya terpaksa dipindhkan ke hospital besar kerana kecederaan serious di kepala.

Disini, mak saya cuma melawat seketika sahaja di hosp. Adik beradik lain juga begitu, saya saja yang ikut adik saya naik ambulance ke hospital besar.

Bukan rezeki saya nak sambung belajar, saya terpaksa guna duit simpanan saya untuk tanggung sepenuhnya perbelanjaan saya dan adik saya di hospital.

Saya mengeluh. Dimana mak, dimana ayah tiri saya, dimana abang saya, dimana keluarga lain. Saya terasa hati. Tapi saya redha duit saya digunakan. Nanti saya perlu kumpul lagi.

Kemudian, saya sambung stpm sahaja. Akhirnya saya berjaya dapat masuk uitm. Degree. Semasa ini, hubungan mak dan saya baik2. Alhamdulillah.

Saya grad dan dapat jadi assistant lecturer di ipts. Hubungan saya dengan mak semakin bertambah baik. Gaji saya 2000. RM500-600 setiap bulan adalah untuk mak.

Hutang penapis air mak saya bayarkan juga. Saya seronok berbakti kepada mak saya. Setiap bulan saya balik, saya akan belanja adik bongsu saya makan fastfood yang sedap2. Mak sangat sayang kat adik bongsu saya. Saya tak kisah tak beli baju baru setiap bulan.

Kawan2 seusia saya bercuti ke jogja sabah singapore atau korea pun saya tak rasa apa2 sebab saya gembira mak sayang saya dan apabila awal bulan mak sentiasa akan tanya bila saya nak balik kampung.

Saya juga banyak sedekahkan RM100 setiap bulan bila dapat gaji atas nama mak dan arwah ayah.

Pada tahun 2017, ipts tempat saya kerja dilanda krisis top management. Banyak perubahan berlaku dan contract kami para assistant lecturer tidak akan direnew.

Waktu yang dinanti telah tiba. Saya kehilangan kerja. Waktu ini susah untuk cari kerja. Jadi saya ambil keputusan untuk sambung master. Saya apply ptptn. Dapat loan 10k.

Masa 1st semester, gpa dan cgpa saya 3.90. Dan waktu ni saya perlu cari sv.

Dengan suasana university baru, saya pick 1 DR ni. Mula2 dia baik. Tapi lama2, dia suka rendahkan saya. Suka nampak saya mcm bodoh. Dia pernah cakap saya lembab dan takkan ambik student mcm saya lagi.

(Dia tak pernah ajar saya bagaimama untuk jadi researcher yang baik, yang dia tahu, dia akan puji saya jika saya tak buat salah dan kerja siap) dan master saya gagal masa saya nak hantar thesis. Saya merayu dan dia tetap gagalkan saya. Saya rasa sedih dan tak guna.

Kawan sepengajian saya tukar tajuk in 3month, lepas viva, dan lulus master. Saya? Yang 1setengah tahun buat kajian, digagalkan begitu saja.

Tapi sample kerja saya supervisor saya ambik. Dia kata sample kerja saya tu dia kata boleh bawa ke phd dan sangat bagus. Tapi saya telah digagalkan di saat akhir. Saya kecewa, down. Dan saya menangis hari2. Mengapa hidup saya begini.

Saya balik kampung, sehingga kini, mak dan keluarga saya tak tahu bahawa saya seorang yang gagal master.

Rezeki saya tiba2 covid19. Alhamdulillah semua konvokesyen dibatalkan dan syukur. Kalau tak mcm mana saya nak jawab saya ni gagal dan tak konvo.

Untuk tampung perbelanjaan saya, saya jadi dropship. Tapi dropship ni macam saya kena keluar duit pula.

Dan akibat krisis kewangan ni, mak makin lain. Saya tak boleh tegur nasihat atau marah adik beradik lelaki saya, nanti mak akan buat muka kepada saya. Baru2 ini saya ada marah adik saya sebab dia hilangkan barang saya.

Mak saya marah saya dan cakap saya anak derhaka dan anak celaka. Saya sedih. Sangat sedih. Kenapa saya pula yang nampak jahat. Mak saya sikit pun tak marah atau nasihat adik saya.

Mak saya kata “kau bawak je barang tu masuk dalam kubur kau nanti”. Dan mak campak duit ke lantai sebagai ganti adik saya hilangkan barang saya.

Saya sedih sebab dah banyak kali kalau saya nak pinjam rm10 ke berapa kat mak saya, mak saya suka campak duit tu ke lantai dan saya kutip duit tu. Saya sedih. Seperti hinanya saya.

Tapi ustazah asni mansor ada kata dalam ceramahnya, seorang anak tak boleh terasa hati dengan ibunya sebab ibu tu syurga.

Tapi saya tertekan. Sedih. Disaat saya perlukan mak saya sebagai kekuatan seperti mak2 kawan2 saya, saya perlu kuat sendiri.

Sekrang saya tinggal sorang di rumah. Keluarga saya bercuti ke pantai timur dan sekarang sedang transit di cherating. Seronok melihat orang berduit bercuti. Saya teringin juga nak bercuti.

Tapi saya malu nak ikut sebab saya orang tak berduit sekarang. Saya nak sangat Makan sedap2, bercuti, beli barang mahal2 seperti abang saya, adik2 saya.

Saya nak minta bantuan semua, boleh tak, saya nak anda semua doakan saya berjaya lagi? Lepas ni saya nak pk diri saya dulu.

Boleh? Kalau dulu saya utama kan mak saya, nanti bila saya ada rezeki lagi Allah bagi, saya ada duit, saya nak beli baju baru, nak beli kasut baru, nak beli shawl baru semua dulu boleh kan?

Dulu masa kerja saya tak berkesempatan nak cantikkan diri. Sebab mak saya awal bulan, tengah bulan, akhir bulan selalu minta duit.

Tapi sejak saya dicelakakan, di derhakakan, saya dah tawar hati. Nanti kalau saya dah ada rezeki, saya akan jalan kan tanggungjawab saya, tapi untuk saya lurus seperti dulu, mungkin tidak.

Saya juga ada hati dan perasaan. Lagipula saya anak perempuan, biarlah anak lelaki mereka pula yang melebihkan mereka. Saya kan anak celaka, anak derhaka.

Saya rindu arwah ayah saya. Semoga saya dapat jumpa arwah ayah saya. Dan jika saya berkahwin nanti, saya berharap saya dapat suami dan keluarga mertua yang sangat baik supaya saya dapat menumpang kasih mak mertua saya.

Dan untuk anak2 saya, saya nak layan sama rata. Tanpa mengira anak lelaki atau perempuan.

Sekarang saya nak kena mula dari bawah semula. Semoga urusan saya dipermudahkan Allah swt. Dan Allah dengar apa yang saya mahukan. Saya kadangkala dah mula ada rasa putus asa.

Saya bimbang jika sebab mak selalu cakap yang tak baik sumpah seranah saya menjadi sebab hidup saya susah sekarang. Saya minta sangat Allah tak dengar sumpah seranah mak saya.

Lepas ni kalau saya ada duit, saya nak bercuti, nak makan sedap2, nak beli baju2 handbag2 yang branded.

Mereka tak boleh nak buat2 sedih depan saya sebab semasa mereka gembira, saya tak ganggu mereka. Bila tiba waktu saya gembira, mereka perlu faham saya dan tak ganggu saya.

– Siti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *