Mak Suka Anak Tak Ke Sekolah

Assalamualaikum. Aku Suri, seorang surihati sang suami. Yang struggle buat semua perkara tanpa bantuan suami, yang sangat berdisiplin dan mempunyai visi setiap hari hariku.

Mak suka anak tak datang sekolah. Itulah tajuk aku. Tapi bukan ditujukan khas untuk aku, tapi untuk kawan aku.

Yelah dulu salah aku jugak kenapalah aku bagitahu dia aku boleh buat surat cuti tak hadir sekolah.

Tapi kan, aku tengok makin lama, makin dia suka pulak gunakan khidmat aku sediakan surat sebab anak dia tak datang sekolah. Kebanyakannya setiap ISNIN.

Hai dikkkkkkk… Monday blues ka?????? Baru sekolah, ni kalau kerja ni, tak kena hempok, kena buang kerja la jawabnya.

Aku ni kan, sejenis mak yang sangat tegas bab anak tak datang sekolah tanpa sebab. Sampaikan anak aku selalu tanya, kenapa kitaorang tak boleh ponteng mama?

Aku selalu jawab, nak tengok orang tu hargai mak ayah dia belikan kelengkapan sekolah, tengoklah macam mana dia perform datang sekolah.

Kalau rasa nak ponteng, tak perlu ayah korang kerja keras untuk cukupkan keperluan korang pergi sekolah. At least kalau tak cerdik, sekurangnya ada ilmu yang korang dapat.

Tapi setiap masa saat dan ketika mama tak putus doakan korang diberikan kemudahan, kecukupan dan kebijaksanaan dalam menuntut ilmu.

Tolong hargai ayah dan berilah yang terbaik untuk ayah. Alhamdulillah semua anak anak perform setiap tahun…

Berbalik tajuk aku, kawan aku ni sejenis yang suka menyuruh aku sediakan surat tak hadir anak dia. Kalau tak sihat, kenapa tak pergi klinik kan.

Aku selalu jugak tanya, demam kenapa tak pergi klinik? Dia jawab, ubat ada lagi. Kadang tu kan, pening kepala je pun.

Haishhhh takkanlah sebab tu tak nak hadir sekolah. Nak tak nak aku taipkan jugaklah suratnya. Pastu alasan datang bulan.

Aku dulu selagi sihat, jangan mimpi la nak ponteng. Kalau demam pun, paling lama 3 hari, then wajib hadir ke sekolah. Punyalah mak aku tegas bab ni.

Sebab ni jugak mak aku dapat Anugerah Ibu Pendidikan daripada DS Najib. Tahniah mak dan Al-Fatihah mak.

Lagi satu, anak aku sakit perut pun dia nak jugak pergi sekolah. Kadang aku rasa, aku kejam dengan anak. Sampaikan aku tanya anak aku, nak tak pergi klinik? Kita ambik ubat.

Anak aku sendiri menolak sebab katanya adik sakit perut, bukan sakit tangan sampai adik tak boleh menulis kat sekolah.

Lepas tu aku tengok anak aku bawak minyak urut pergi sekolah. Aku tanya berkali-kali, kalau tak okey janganlah pergi sekolah. Then anak aku kata, takpa mama, adik oklah.

Bila dah hantar sekolah, aku wasap jugak guru kelas tolong tengokkan anak aku.

Cikgu Balas anak Puan dah okey Puan.. hurm… kadang kan aku rasa macam anak aku ni takut nak bagi tahu keadaan diri dorang.

Ni aku menaip ni sebabnya aku bengang juga harini bila kawan aku suruh taipkan surat cuti anak dia. Takkan setiap Isnin sakit. Hurmmmmm…

Aku tak baca pun mesej dia. Aku biarkan tergantung sepi je. Sebab aku pun baru balik dari jauh. Penat drive 500km pun tak hilang lagi.

Aku ni kawan yang kejam ke? Aku bukan sejenis nak sound orang. Cumanya aku sangat berharap, jika anak tu sakit, bawaklah ke klinik berhampiran. Biar doktor merawat.

Jangan biasakan anak tak hadir sebab yang remeh. Didiklah anak tentang disiplin, hormat waktu sekolah dan sebagai orang tua, wajib kita perbetulkan jika anak salah.

Untuk anak anak harini, hargailah dunia persekolahan, sebab ada ramai anak anak yang nak bersekolah tapi tak mampu sebagaimana kita yang dapat peluang ni …

Aku menulis ni sebab aku penat kot drive, walaupun bergilir drive dengan suami… Hahahaha..

Aku doakan anak anak semua, jangan remehkan ilmu dan dunia persekolahan ya.

Mak ayah dah do the best. Dan buat mak mak, janganlah ikutkan sangat Monday blues anak tu ya… Tegaslah sikit..

– Surihati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Hi anon, may you have the courage to write back what you wrote here to reply back to your friend text. Jangan takut hilang kawan, but be firm on the value you hold.

  2. cikgu aku dulu, dia kata masa sekolah la anak dia nak boleh ponteng pun, esok dah kerja tak boleh. ><

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *