Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih admin kalau post luahan saya ni. Saya dah tak tahu nak luahkan pada siapa. Mungkin Allah gerakkan hati saya untuk confess kat sini. Hope ada yg di luar sana sudi memberi semangat n pendapat.
Saya anak perempuan, dalam umur 20-an dan masalah saya berkaitan dgn mak saya. Sebelum ni banyak confession anak yg rasa tak dihargai oleh mak kan? Lebih kuranglah macam masalah saya. Saya rasa macam depress bila teringat apa yang mak dah buat pada saya. Kalau fikir pasal mak je, mesti menitik air mata ni. Kalau difikirkan, memang hidup sy ni banyak menangis drpd happy… Masa kecil dulu sy selalu kena marah dgn mak. Masa zaman darjah-darjah dulu, perkataan 'bodoh' tu senang je keluar drpd mulut mak ke saya. Bila sy ada gaduh dgn abang, mak suka marah sy depan adik-beradik. (sekarang sy tahu, parents supposely jgn marah anak dpn siblings lain. Ianya sgt memberi kesan in future) Sehinggakan, sy menjadi mudah marah, mudah melawan cakap mak, mudah nangis. Emosi sy sgt tak stabil walaupun pd usia yg muda. Orang lain kecik2 happy2 jer. Saya banyak nangis senyap2 dlm bilik. Bila ingat balik.. mak pernah hempuk mainan ke perut sy masa kecik sbb pecahkan kaca almari. Sdgkan saya masih kecil masa itu dalam darjah 1… Menangis teriak sy masa tu tapi mak teruskan marah.
Masa sy darjah enam, sy pernah rasa nak bunuh diri, sebab sy tak tahan. Pernah duduk dalam bilik, gelap, menangis sambil pegang gunting. Tapi nasib baik masih waras, sy tak jadi nak bunuh diri. Semua benda salah di mata mak. Masa saya darjah-darjah dulu, saya tak pandai :') Mak suka merendahkan sy. Suka compare saya dgn jiran. Ada subjek yg saya fail, mak tak bagi sy semangat pun, malah bg sy rasa down. "Hmm macam mana paper matematik kamu? Fail?". Padahal time tu tak jawab lagi pun dapat apa. Tapi mak dah teka siap2, kata fail pulak tu (dah la kata2 ibarat doa) Sedih sgt rasa. "kamu tengok kawan (jiran), dia boleh kenapa kamu tak boleh? Benda senang pun takboleh buat…" Ada sekali saya terbagi pecah satu garfu mahal mak (sbb tetamu baru balik, saya angkat semua pinggan sudu ke singki, terjatuh satu garfu tu) mak marah2 "Ee kenapa kamu ni bodohh sangat?? dia ingat murah agaknya benda ni???" Sy memang terkebil2 time tu, bukan niat sy memang nak bagi pecah pun. Dengan air mata bergenang saya pun kutiplah sisa2 kaca kat lantai tu. Sambil duk dengar lagi mak membebel dari jauh.
Sebaknya masa taip ni ya Allah…
Sepanjang sy dewasa sampai sy sekolah menengah, no one knows about this. Semua benda sy pendam sorang2. Keluarga sy ni tak macam keluarga orang lain. Kiteorang tak banyak happy2 sembang.. cakap i love you, i miss you semua tu, memang mimpi lah nak cakap. Memang terasa 'gap'nya…
Masa saya form 4, saya ingat lagi pagi tu, saya tak tahu kenapa mak marah saya tiba2 sebab tak iron baju adik. Sedangkan selalunya memang mak yg ironkan… So sy memang tak expect apa2 pun. Kemudian tak semena mak terus marah sy and compare sy dengan anak orang lain. Ayat mak masa tu memang sgt mengguris hati. Saya tak mampu nak taip kat sini. Ya Allah.. Tuhan je yang tahu betapa sedihnya saya waktu tu… saya menangis masa nak bersiap ke sekolah, dalam kereta masih menitis2 air mata. Ayah sy drive, tapi dia diam je dalam kereta. Bila nak turun kereta, saya salam cepat2 ayah, tak minta pun duit belanja, tak cakap pun balik pukul berapa. Memang dah tak kisah apa nak jadi hari tu.. Memang muka saya basah masa tu, sy terus turun kereta lepas salam. Bukan nak kurang ajar, tapi sy memang sebak time tu. Tak mampu fikir apa dah. Saya tak masuk perhimpunan sebab nak paksa stop daripada menangis.. Masuk kelas kawan sy nampk saya nangis. Bila dia tanya kenapa, saya cuma gelengkan kepala je. Malulah sy nak cerita dekat org pasal mak sendiri. Wallahi, kata-kata mak sangat mengguris hati. Sepanjang hari sy tak boleh fokus. Air mata mesti nak menitis.. bnyak kali mak compare saya dgn ank org lain.. sedangkan saya, anak, tak pernah compare mak dengan mak yg lain. Kemudian, masa bulan puasa, saya stay up study sampai sahur, time nak jamah sahur. Mak perli2 sy tidur lambat buang masa main game, online sampai ke pagi… mmg rasa mcm bodoh sgt time tu. Elok2 nak sahur dah kena tuduh tiba2. Terus sy tak jadi sahur. Saya masuk bilik, sy menangis sepuas2nya. (hati tisu)
Bila dah masuk menengah atas, alhamdulillah saya makin cemerlang dlm exam. (emosi agak stabil la kot) Selalu juga top ranking. *berkat usaha dan doa mak ayah juga :'( Sy bukanlah teruk sgt sampai hisap dadah ke tak jaga aurat ke, couple ke.. Saya jaga je solat. Saya normal dan masih dlm hijrah nak jadi lebih baik. Tapi mak suka tak beri perhatian akan apa yang sy cuba buat. Kalau sy cerita pun, mak tak dengar sepenuh hati, tak macam sy dengar cerita mak… Sekarang sy belajar course yg agak tough, memang sgt memerlukan semangat tapi… jarang dengar mak puji sy atau beri sy semangat (sy selalu husnuzon bahawa mak doakan sy senyap2) :')
Sy bnyk kali fikir nk jumpa causelor di kampus utk sesi kaunseling, tp hati kata tak payahla, nanti ok la tu. Semua perasaan je.. Kadang2 kenangan masa sy kecik2 selalu kena jerkah bodoh, kena marah, kena pukul, datang dalam fikiran. Kadang2 masa sy study, tiba2 teringat pasal tu, sy mesti termenangis. Terus tiba2 rasa tak semangat nak study. Rasa macam takde faktor nak study hard. Org lain study hard nak bg parents syg n bangga. Saya?.. mcm xde beza pun. Ada sekali tahun ni, masa lepas solat subuh, anak jiran (di tempat sy sewa sekarang) menangis teriak2 dgr mak dia marah dia, air mata sy terus gugur, sy sebak sgt. Tetiba teringat macam mak buat kat sy dulu :'( Sy takboleh dengar atau tengok anak org nangis teriak. Nanti sy rasa sebak.
Sekarang bila adik sy dah besar, mak lebihkan adik pula. Kadang2 sy rasa mcm sy ni tak wujud je. Allah.. Sy banyak terasa dgn mak saya. Moga Allah ampuni sy dan mak. Saya bnyak kali bersedih. Kadang-kadang saya nak mati je rasa. Banyak kali jugak suicide thoughts dtg dlm fikiran. Sekarang pun suicidal thoughts masih ada. Penat simpan dlm hati. Orang selalu ckp, mak pun manusia biasa, taklari dari buat silap. Ya. Mmg betul. Tapi tu lah… susah sgt nk lupa kata-kata mak yg menyedihkan dan mengguris hati saya.
Bila tengok orang lain boleh je call mak tiap2 hari. Sembang macam2 on the phone, saya rasa mcm.. how i wish I can do that too..tp terlalu aneh utk buat mcm tu kat mak sy. Lgpun sy xde modal nak cakap apa. Selalu kalau call pun, tanya khabar, buat apa, dekat mana, nak exam call minta restu.. Mostly tak pernah lebih 3 minit… Mmg tak mesra mcm org lain yg sangat open bila sembang dgn mak :'(
Kadang2 saya rasa takut nak berkahwin, takut apa yg mak sy buat pd sy, saya terikut and buat semula pd anak sy. (Nau'zubillahiminzalik) Tapi kadang2 sy rasa andai sy jadi ibu nanti, sy nak betulkan apa yg salah mak sy didik sy (yg mudah marah2 dan compare anak) supaya anak sy rasa bahagia dan tak lalui tekanan perasaan mcm sy… Saya taknak anak sy nangis dlm bilik, pegang gunting mcm sy pernah buat dulu.. :'(
Allah… ampunilah aku..
Sorry kalau confession ni panjang tapi at least sy dah luahkan apa yg terbuku dlm hati. Sy sangat sygkan mak! Sy selalu doakan mak. Selalu doakan agar mak hargai sy mcm anak2 yg lain.. Mak lah syurga saya. Moga Allah lembutkan hati mak. Walaupun mak sy suka marah2, tp deep inside, sy selalu minta agar saya 'pergi' dulu. Sy tetap rasa sy tak boleh hidup tanpa syurga saya.
Buat kalian yg sama situasi mcm saya, tiada lain kekuatan selain doa. For girls, tolong… one day bila dah jadi ibu, mak, ummi, amma etc, please jangan sesekali bandingkan anak, jgn jerkah2 anak waktu dia kecil (sbb anak kecil akan ada emotion trauma bila dia dewasa) jangan sebut bodoh atau bahasa kasar depan anak, jgn tegur kesalahan anak dpn adik beradik lain, malu dia nanti and cuba sangka baik dgn anak sebelum tuduh apa2.. Meskipun seorang ibu boleh membanding2 kan anak tapi percayalah, perasaan seorang anak tu takkan pernah membandingkan ibunya dgn ibu yg lain… Plz appreciate each other..
– Seorang anak
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Sedihnya.. kehidupan kita jauh berbeza.. harap awk dpt bersabar.. teruskan berdoa.. awk seorg yg kuat!
Confessor.. Sy doakan awak kuat. Terus kuat.. InsyaAllah *sape potong bawang sini
Sedihnya huhuhu
Bersyukurlah anda masih melihat mentari skrg berbanding sesetengah yg baru melihat dunia telah dibuang merata….bantu ibu anda dng berdoa agar allah melimpahkan kurnia dn rahmatnya kpd anda sekeluarga..amiinn…
Sabar… nanti Allah akan bagi awak kebahagiaan.. Amin..
Air mata sy mglir tym baca ni…qawwakillah…
orang dulu2 lagi lah… kalau kau pempuan adik ramai…. salah orang jadi salah kita….salah kita memang la salah kita. sampai otak ni dah freeze.
Haha.. Hoih ni mmg sadis betul ni ??
apa boleh buat …zaman tak menyebelahi. maka kita berbaik baik lah dgn binatang2 dan pokok2? ?
Eyfah Subri