Assalamualaikum dan Hai. Terima kasih kepada admin IIUM Confession approved cerita ni. Nama aku A. Ini kisah aku yang selamat berkahwin sebelum fasa PKP bermula. Umur aku 25. Penjawat awam (dalam kontrak).
Fast forward, sepanjang pertunangan semua berjalan dengan lancar walaupun terkadang emosi dan perasaan sering terganggu well shaitoon memang tak suka kita nak dirikan masjid. Keluarga suami sangat sporting tak da masalah sikit pun. Ibu mertua pun baik sangat.
Ini tentang mak aku. Yes mak aku sendiri. Semasa bertunang mak aku macam biasa anak sulung nak kahwin macam excited la. Semua benda mak aku dah siap susun atur.
Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Majlis menyambut menantu ditangguhkan sebab pkp. Mungkin aku kahwin terlalu “awal” atau tergesa- gesa membuatkan keadaan mak aku sekarang macam dingin dan semua benda aku buat nampak salah.
Oh lupa. Suami aku belum kerja tetap lagi. Mungkin yela orang kata cinta m4ti sebelum kahwin. Aku terpaksa beli kereta import sebab aku kerja di Utara yang ambik masa dalam 6 jam untuk sampai tempat kerja.
Aku dengan yakin beli dan kahwin sebab simpanan aku cecah 20k. Jangan soal mana aku dapat duit sebab dulu aku jadi dropship dan aku dapat biasiswa. Jadi aku simpan banyak.
Selepas kahwin macam aku cakap satu satu penyesalan aku rasa. Huhu. Dahla kahwin awal mungkin sebab tu mak aku tak sempat nak merasa kesenangan dari anak sulung dia sendiri walaupun keluarga kami ni sederhana. Serba cukup sebab mak aku sendiri berkerja dan ayah aku pun masih bekerja.
Aku ulang aku pekerja kontrak bila bila dasar boleh berubah dan diberhentikan. Huhu. Suami aku dah banyak buat interview tapi nasib tak menyebelahi kami lagi.
Awal perkahwinan memang semua nampak indah. Suami okay je tapi tu la aku rasa kusut semacam sebab perangai mak aku. Dah nama pun lepas kahwin kena ikut suami. Suami dan aku sama tempat sama negeri.
Jadi aku anggap senang nak balik sebab memang jarak rumah kami tak sampai 20km pun. Adik aku hantar whatsapp bagitahu mak aku dah start bebel anak dia ni seakan dah lupa dengan mak sendiri. Tak call atau pun whatsapp. Mungkin sebab mak aku dah terbiasa.
Keluarga kami setiap apa yang ko buat pergi mana semua kena cerita detail dengan mak. Yes tu mak aku. Dia pendengar yang setia.
Aku ingatkan perkara ni tak lama, biasa lah masih di awal perkahwinan. Tapi perkara ni berlanjutan bila adik aku post dekat status whatsapp “Bila dah bahagia jangan lupa mak ayah” . Aku terus macam salah kah aku dah kahwin? apa sebenarnya diaorang nak? Kenapa?
Aku mengadu dengan suami dan aku tak sangka aku menangis teruk sebab perangai mak aku dan adik aku. Sebab hal tu aku call mak aku , aku whatsapp mak aku. Respon dia macam biasa sampailah aku balik rumah mak aku.
Mak aku macam dingin. Apa aku buat semua dipertikaikan even aku tolong masak kat dapur. Semua benda nampak salah. Tapi bila depan suami mak macam pandai pulak berlakon macam tak ada apa yang berlaku.
Sekarang ni masih berlanjutan. Mak aku tanya suami aku dah dapat kerja belum? Tempoh pkp ni semua orang tahu. Nak kerja pun susah. Sebelum kahwin mak pernah bagitahu tak kisah kerja apa pun, asalkan ada tanggungjawab nak sara isteri dia nanti.
Mungkin sebab aku penjawat awam suami kerja biasa ke mak aku jadi camtu? Tapi sekarang sebaliknya. Mak aku siap bagi peringatan duit simpanan aku jangan pernah kacau atau kongsi dengan suami walau keadaan susah macam mana sekali pun.
Siap pesan lagi emas kalau nak bukak simpan elok elok jangan bagi suami nampak. Lepas dengar mak cakap macamtu, langit bagai nak runtuh. Kenapa mak perlu cakap macamtu? Adakah mak nampak aku macam sengsara?
Bila aku fikir balik, adakah mak aku tak redha dengan perkahwinan aku? Sepanjang sebelum kahwin aku pun lupa tanya mak, betul ke dia nak lepaskan aku ? aku anak sulung pulak tu. Tipu kalau aku cakap aku tak menyesal.
Mungkin aku terikut dengan trend sekarang kahwin muda. Tengok sepupu aku semua dah kahwin. Belum tengok kawan kawan lagi. Sekarang aku doakan cepat covid ni berlalu sebab aku dah tak tahan nak hadap semua ni. Bila aku kerja aku jadi busy jadi tak ada masa fikir semua benda ni.
Hari raya pertama haritu aku pelok mak kuat kuat. Apa yang aku nampak dekat mata dia. Dia seolah tak redha dengan perkahwinan aku. Nampak berkaca.
Dalam kepala aku mungkin mak risau sebab covid jadi suami aku tak dapat bekerja. Bila tak bekerja tak dapat la suami nak bagi duit. Tapi suami aku ada je simpanan dan aku dah siap susun. Baju raya pun kami pakai baju nikah haritu.
Doakan mak aku macam biasa. Mak aku dulu happy sangat aku dah kahwin. Tapi sekarang aku nampak mak aku macam tak happy. Aku jadi takut gais. Sebab aku tahu redha Allah adalah redha ibu bapa. Aku coba nak tanya mak aku tapi belum ada kekuatan kenapa mak bersikap sedemikian.
Mak nampak okay bila aku ada dekat rumah mak. Bila aku balik ke rumah suami, aku dapat rasa mak macam marah marah dan tak suka bila aku balik rumah suami. Huuu. Tersepit nya gais. Ke aku yang over thinking?
Terima kasih sudi baca.
– Puan A (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit