Saya stress sangat sangat dengan family saya. Family saya broken family, ayah pernah buat hal dulu dengan janda, ibu dah isi surat mohon fasakh tapi tak hantar ke mahkamah sebab nenek atuk semua pujuk suruh baik baik.
Since that day hubungan dengan ayah tak okay. Dah lah ayah memang sebelum kes tu, ayah tak pernah puji anak sendiri, anak org lain, sepupu lain semua dipuji puji. Ayah jenis garang. Garang yang cepat naik tangan.
Saya nak tanya salah ke saya nak kahwin? Dan saya cuma nak mintak luahkan sahaja sebab saya rasa macam mak ayah saya sendiri tak faham saya sedangkan saya cuba jadi anak terbaik mereka.
Saya anak sulung, ada 4 orang lagi adik bawah saya. Gaji ayah RM2.8k. Gaji saya RM2900, RM850 saya buat asb sebab mak saya suruh.
Dulu saya bagi RM500 saya bagi kat ibu suruh bahagikan sama rata tapi ibu last last cakap ngan adik saya macam ni, “kakak kau tu dulu tuisyen sampai ratus ratus, ni dah keje nak bagi RM500 pun berkira”
Sentap matt sebab dia cakap kat adik saya bukan saya. Bulan seterusnya terus saya bagi RM900 cakap duit ni duit minyak kereta, duit api air duit bagi kat ayah semua, ibu bahagikan sama rata.
Untuk pengetahuan pembaca semua, saya masih tinggal dengan ibu ayah sebab ibu saya protective.
Dia tak bagi saya duduk rumah sewa sebab tempat keje dekat je dengan rumah mereka. Jadinya saya maaih duduk sekali dengan ibu ayah. Kereta pula dah booking tengah tunggu sampai.
Ingin saya tekankan di sini. Dari dulu sejak saya darjah 4 saya tak pernah dicium oleh ibu saya tak pernah dipeluk oleh ibu saya.
Tapi bila dah besar ni saya faham, mungkin kasih sayang dia cara lain. Sebab mak saya selalu gak tolong masakkan breakfast untuk saya sebab saya tak sempat buat breakfast.
Tapi salah ke saya seorang anak nak rasa ciuman dan pelukan ibu?
Mak saya jenis protective, dia akan call banyak kali sampai angkat, call kawan jugak banyak kali sampai kita rasa terganggu padahal kita dah bagitau dah sampai mana lepas tu balik tu kita akan call.
Entahlah saya buntu. Okay sambung untuk kahwin pulak..
I adore him so much more than my father. Pernah tak dengar quotes yang father supposed to be her daughter’s bf. But i dont have that.
My bf sekarang ni sangatlah sabar. Dia sangatlah memahami situasi broken family saya tapi saya yang kesian tengok dia.
Bayangkan masa raya first year kami bercinta tu. 3 tahun lepas. Mak saya sikit pun tak jenguk dia kat ruang tamu. Tapi saya tau mak saya bukanlah tak suka kat dia sebab mak saya tanya saya apa makanan fav dia dan masakkan sekali.
Tapi sebagai tetamu mestilah kita rasa tersinggung kan kenapa mak dia tak nak jumpa aku hah macam tu. Ayah pun borak macam nak tak nak je.
Lepas tu entahlah benda tu berlarutan sampai sekarang.
Saya cuma nak halalkan hubungan ni je. Family dia sangatlah menerima saya dengan sangat baik. Berbeza sangat dengan family saya sendiri.
Tapi alhamdulillah bf saya faham situasi saya, dia tak memaksa pun cuma dah bercinta kan, goalnya mestilah kahwin.
Lepas tu kalau kami dating pun tak pernah dating malam sebab mak tak bagi even bawak adik pun. Kalau dating biasa pun kul 4 5 petang dah kena balik.
Lepas tu nak kata mak saya ni tak suka, kadang tu tak jugak, hari tu saya tertinggal handbag, saya ingat nak suruh grab je amek, tapi dia yang cadangkan suruh bf saya yang amek. Lepas tu microwave dia bagi, mak saya guna sampai sekarang.
Kalau mak saya tak suka, dia memang akan tak nak kait langsung dengan orang tu, tapi kali ni saya tak tau macam mix signal sangat mak saya ni.
Lepas tu entahlah betul ke eh mak saya ni dia macam dalam fasa tak merelakan lagi anak dia nak kahwin?
Tapi macam mana kalau dia datang pun mak ayah saya buat tak tau je. Saya penatlah macam ni, saya pun nak ada life saya.
Entahlah kadang tu saya nak cium peluk mak saya pun dia tepis tepis. Ayah lagi jangan cakap, kitaorang memang jarang bercakap even 1 rumah.
Family bf saya pulak lain, sangatlah happy go lucky jadi kadang kadang tu saya faham je kalau bf saya tak leh faham kenapa family saya macam ni.
Dan akhirnya baru baru ni mak saya cerita dekat adik saya yang dia tak suka saya bercinta dengan boyfriend saya sebab saya keje gomen, bf keje kilang. Jadi patutnya saya boleh dapat yang setaraf dengan saya.
I meant like whatttt ya Allah tak sangka mak saya pun berfikiran macam tu. Dia kemain kutuk tengok drama melayu yang mak mak dok pandang harta time anak bawak bakal menantu but end up dia pun sama.
Bukan saya tak cuba bercinta dengan orang yang gomen jugak tapi memang tak boleh. Dah pernah ada ex pun keje gomen. Keserasian takde.
Tapi yang mak saya pandang cuma duit je. Saya cuma nak bahagia je. Saya tau cinta tak boleh bagi perut kenyang tapi bukannya lelaki tu jobless atau gaji tak tetap. Kadang tu gaji dia dekat 4k kalau rajin buat ot, lagi tinggi daripada gaji saya sendiri.
Saya stress sangat sangat. Saya cuma niat nak halalkan hubungan ni je. Dia betul betul nak halalkan hubungan ni. Bawak saya jumpa family dia, family dia sangatlah baik dengan saya last last family saya yang layan dia macam ada takde je. Sedih saya.
Saya tau punca ni pun sebab mak saya cakap dengan adik saya. Bukannya cakap dengan saya. Saya setiap kali nak cakap isu ni mak saya larikan diri. Jadi macam mana kami nak berbincang. Saya penat sangattt.
Sekian itu sahaja luahan hati saya terima kasih. Tolong doakan hati ibu ayah saya dilembutkan untuk saya boleh berkahwin dengan bf saya. Saya plan nak kahwin tahun depan tapi kalau macam ni macam mana…
– Anon (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit