Assalamualaikum W.B.T,
Kisah bermula masa aku menuntut di universiti awam di Lembah Klang. Aku jenis tak minat bercinta sebab aku pernah gagal bercinta masa di Matrikulasi sebab ex-gf aku curang . Inilah wanita, lelaki baik hangpa reject dan permainkan. Bila kena game, hangpa cakap “semua lelaki sama” huhuhuhu.
Ok sambung balik, seawal tahun 1 di universiti, ada seseorang wanita minat dekat aku. Macam mana aku tahu? Biasalah pompuan, dia bgtahu besfren dia, besfren bgtahu dkt orang lain sampai la ke telinga aku.Tapi aku xde la perasan sangat, so aku dengan beliau memang buat biasa2 la. Tapi memang aku agak rapat la dengan geng-geng beliau termasuklah dengan beliau.
Entah macam mana, classmate mula kenen-kenenkan kami. Akward juga tapi aku buat rilekslah disebabkan bukan dia ada confess pun kan. So aku anggap gurau or just minat-minat biasa je la. Kalau member-member lain selalu tanya sebab orang selalu kenenkan kami.
“kau suka tak dekat Husna? (nama panggilan dia)”
Mungkin itu silap aku kut. Mostly aku jawab ala-ala gini “jujurnya, dari segi sikap, budi pekerti, memang dia ada ciri-ciri yang aku suka”. Tetapi, masalahnya aku tak yakin kalau dia orang yang tepat atau tidak. Maklumlah umur 20 tahun masa tu bagi aku bab-bab jodoh ni kita kalau tak pikir panjang kita mudah menerima tanpa fikir panjang. Masalahnya budak2 ni boleh bagitahu jawapan aku ni kepada si Husna ni, membuatkan dia rasa aku telah memberi harapan untuk dia tunggu.
Masalah yang sebenar buatkan hati aku tertutup pada si Husna ni adalah keluarga aku sendiri. I’m not sure why, mak ayah aku mahukan menantu mereka orang dekat2 iaitu orang utara sahaja yang mana si Husna ni orang johor jadi memang out of list la kan. Bila si Husna ni tahu hakikat yang sebenar, dia jadi sedih. Bila dia jumpa aku, dia normal. Tapi bila dia dengan classmate perempuan yang lain, dia mula menangis frust dan sebagainya.
Perkara ini berentetan sehinggalah dia akhir pengajian. Serius aku cakap, aku tak contact lansung dia melalui phone, mesej2 bagai cuma jumpa depan-depan aku bercakap macam biasa kawan-kawan lain. Memang aku layan Husna dengan baik sama macam orang lain juga. Lepas tu dia akan menangis mengadu dekat kawan-kawan lain. Aku jadi kesian sebab kawan2 lain cakap dia banyak reject orang lain sebab tunggu aku. Katanya sudah istiqarah. Ahh sudah.
Sehinggalah pada akhirnya dia confess dekat aku. Nahhh, disinilah silap aku. Disebabkan simpati tak nak dia rasa down, aku cakap ayat aku pada tahun 1 dulu, yang beliau ni ada ciri-ciri aku nak, in fact disebabkan kenen-kenen ni aku jadi tertarik la jugak dekat dia. Tetapi aku tetap cakap terus terang yang family aku memang tak mau calon orang jauh. Jadi tak payah la tunggu aku. Move on la cari orang lain. Dia cakap dia redha. Tapi tak lama lepas tu, housmate aku cerita dia menangis frust tak lalu makan bagai.
Pada masa yang sama, aku tak sampai hati. Aku kesian. Jadi aku nekad untuk bersemuka dengan mak ayah aku bagi memberitahu hal yang sebenar. Aku cakap aku mahu peristerikan si Husna ni. Sebab masa tu aku percaya baik kahwin dengan orang yg setia dengan suka dekat kita kan dari kahwin dengan orang kita tak pasti. Aku nekad untuk usaha pujuk mak ayah dulu tapi aku tak beritahu pada si Husna takut dia simpan harapan lagi.
Keputusannya. Hampa. Actually, mak ayah aku takdelah reject kaw-kaw. Mereka pujuk aku cakap fikir baik-baik. Ayat mak aku cakap:
“Abang fikir baik-baik masa depan, betulkah abang suka dia atau sekadar simpati semata-mata?”
Katanya, “mak bukan nak halang jodoh. Tapi mak fikir yang terbaik untuk abg, mak kenal abg jenis macam mana. Tapi andaikata abg tetap juga nk pilih dia, mak terima ja”
Perkataan dia seolah-olah mengizinkan. Tapi dari segi nada dan riak muka, jelas aku nampak mak masih harapkan aku untuk tidak meneruskan niat tersebut. Aku solat istikharah agar diberi kekuatan kepada aku. Akhirnya aku buat keputusan untuk tidak meneruskan niat aku. Aku jadi tenang dan tak kecewa dengan ketentuan ini. Aku sedar selama ni mak tak pernah halang keputusan aku, nak belajar mana, nak kerja mana tapi kali ini buat pertama kalinya dia tak setuju bab kahwin dengan orang jauh ni.
Biar apapun alasan mak, aku tetap tak kuat untuk mengecewakan beliau. Aku tahu, kalau aku teruskan mak tak kan benci aku dengan isteri, tapi jauh dari sudut hati dengan segala pengorbanan yang mak bagi untuk aku, aku tak mau mak kecewa walaupun sedikit. Biarlah orang pandang aku anak emak. Biarlah orang pandang mak kolot.
Kepada Husna, aku minta maaf sebab kita tidak berjodoh. Kita tidak couple bahkan tidak bercinta dan juga tidak contact lansung tapi maaf seandainya aku terbagi harapan tanpa aku sedari setiap kali kita berjumpa. Maaf kalau bagi kamu, aku tidak cukup berusaha. Moga kamu redha dan bertemu dengan orang yang tepat jauh lebih baik dari aku. Aku? masih single sibuk bekerjaya dan tak mau fikirkan cintan cintun lagi dan jangan risau aku tak kan jadi kunyit. huhu
Pada akhirnya kita kena sedar, cinta tak seharusnya memiliki. Yakinlah ianya hadir untuk menguji untuk jadikan kita insan yang lebih baik.
– Shahrul
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit