Mak The Stronger Avengers

I think in my life, mum was the strongest avengers. Bukan hulk bukan thor. Mum is the first person bukak result Ct scan (scan untuk tengok dalam badan kita). Mak membaca  awal awal dengan nada yang bimbang tapi sampai ujung ujung ayat.. mak diam.. mak tak bersuara. Tiba tiba terdengar esakan mak.

Aku tanya mak, “ada apa baca sampai sedih sangat?”. Mak kata tak ada apa. Tak guna aku belajar tinggi tinggi tapi tak baca result Ct scan tu. Walaupun ayat dia memang benar2 kena guna Oxford dictionary, google dan kamus biology, tapi tak apa lah aku nak jugak tahu.

Mak berat hati nak cakap. Mak teresak esak tak berhenti. Mak seorang nurse. Jadi mak paham bahasa sains ni. Abah pon menunggu apa yang aku nak terangkan sebab mak tak sampai hati nak cakap. Aku baca. Ya ada tulis pasal ketulan. Dekat lebih kurang bersaiz 10cm dekat paru paru. Wau ketulan. Aku tak bole berfikir. Aku masih lagi tak faham. Sebiji ketulan tu bersama anak anak kecil ketulan yang bersepah di paru paru kiri aku.

Aku yang berumur 22 tahun ni sangat blur sebab aku tak paham apa yang cuba mak nak sampai. Reaksi abah hambar. Mata abah berkilau kilau. Aku mencelah antara mak dan abah kat tengah tengah kereta. Mak pandang aku dan kesat air mata. Mama cakap mama nak berhenti belajar post basic dekat hosp Sungai Buluh sebab nak jaga aku. Aku tanya kenapa ni . Ada batu ke dalam paru paru aku? Aku salah makan ke ? Benda ni ke yang menerangkan kenapa aku sesak nafas sejak masuk hospital kelmarin?

Mak ada jantung berlubang. Mak ada darah tinggi. Mak menyumbang rezeki terbesar dalam keluarga. Hasil titik peluh mak adalah hasil kerja kerja keras mak. Mak cepat penat. Umur mak dah 45 tahun. Mak tak boleh tension. Mak tak bole stress. Mak tabah sangat. Saat aku tanya dia, mak hanya cakap tak ada apa kakak. Kakak rileks je.

Ya aku ada barah. Cancer darah. Mak aku luluh hatinya bila dia dengar aku cancer. Mak orang yang pertama nak jaga aku. Berebut dia ngan abah aku nak jaga aku. Aku pulak bergaduh ngan mak suruh sambung belajar. Bukan apa, aku tak nak dia bazirkan usaha, tenaga, penat dan lelah dia untuk aku. Aku tak sampai hati nak susahkan mak. Kalau mak tak kerja sapa nak tanggung keluarga. Aku bersyukur ayah masih ada dan menyara keluarga. Tetapi aku tak mahu membebankan mak ayah aku.

Tabah nya hati seorang mak pabila dia cerita pensyarah dia ajar dan menyebut cancer. Mak usap dada nya dan menangis. ALLAHU. Kawan kawan nya turut memberi bahu untuk mak.Mak pernah berdoa sewaktu aku tiada semangat nak hidup mengenangkan cancer yang aku hidapi. Mak kata ” kalau la bole pindah kan sakit ni kepada aku. Aku sanggup tanggung ya Allah”.

Mak menyambut semua pelawat yang melawat aku dengan senyuman yang tak pernah lekang. Dalam hati nya aku tak bole bayangkan macam mana dia menangis dan merintih. Mak tidur di hospital untuk menjaga aku. Mak menjaga aku seperti anak kecil. Indahnya dan mulianya hati seorang ibu merawat aku yang terlantar sakit pada waktu itu.

Tanpa sedar . Aku juga menangis sambil menyedari. Indahnya hikmat Allah datangkan sesuatu penyakit ini. Mungkin selama ini aku merasakan mak tak memahami aku. Mengongkong aku. Berkira dengan ku. Buat mak, kakak kuat sebab mak. Kakak kuat sebab kakak tak nak tengok mak sedih sorang sorang. Kakak nak buktikan dekat mak yang kakak akan sihat dan akan bahagia kan mak. Semoga Mak ditempatkan kedalam syurga  Allah. Doa kakak untuk mak tak kan pernah putus .

– Nabilahesham

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *