Dah lama jugak sebenarnya aku dan adik-beradikku memendam rasa. Makin dibiarkan, makin menjadi-jadi perangai mak tiri kami tu. Ok lah baik aku start cerita dari awal.
Abah aku berkahwin dengan mak tiri aku selepas setahun mak aku meninggal. Keputusan untuk berkahwin tu kami adik-beradik semua terima dengan berlapang dada sebab kami fikir kami tak selalu bersama abah kami.
Lebih baik ada isteri yang boleh menjaga makan-minum, pakai abah, itulah fikiran kami. Pemilihan abah pun kami tak masuk campur, walaupun pada mulanya kami berasa agak pelik kerana jauh benar taste abah kali ni.
Memang jika dibandingkan jauh langit dengan bumi la dengan arwah ibu kami. Nak dijadikan cerita, berkahwinlah abah kami dengan seorang perempuan dari negeri utara.
Jujur cakap, kami dari awal memang tak begitu berkenan. Pernah jugak aku bertanya depan abah apa yang menarik minatnya terhadap mak tiri aku tu.
Jawab abahku, dia sanggup datang ke rumah kami tinggalkan keluarganya, dia pandai masak, datang dari keluarga yang miskin dan berniat nak belajar mengaji.
Alasan yang murni-murni semuanya. Tapi sepanjang pemerhatian aku, dari awal lagi aku tak suka dengan sikapnya yang suka mengadu kesusahan keluarga supaya abahku menabur duit.
Orang cakap bila berbudi, kita berbahasa…tapi selalunya hanya one-sided di pihak kami.
Maksudnya, hanya abahku menghulur duit, buah tangan kepada keluarga mak tiriku tapi takde satu apa pun yang dihulur dari sebelah keluarganya.
Tapi abahku akan cepat-cepat menepis dengan mengatakan bahawa mak tiriku dari keluarga yang miskin. Seolah fakir papa kedana apabila abahku gambarkan.
Tapi setelah berkahwin dengan abahku, mak tiriku suka menggambarkan seolah-olah keluarganya dari golongan berpangkat dan berduit.
Realitinya, kelakuannya tak ubah seperti rusa masuk kampung apabila masuk dalam keluarga kami. Dining manner pun dah out, belum lagi bab-bab lain. Sejak berkahwin dengan abahku, barulah mak tiriku merasa kesenangan.
Itupun setelah diberi duit, barang kemas, mulutnya masih lagi mengadu yang duit belanjanya tak banyak. Dalam diam, di belakang abahku dia mengatakan abahku kedekut dengannya dan hidupnya susah. Dah diberi kesenangan pun tidak bersyukur, hmmmm……
Fast forward, setelah abahku berkahwin dengan mak tiriku ini, kami mula mendapati bahawa mak tiri kami ni sangat-sangat-sangat-amat-
Nak pegang penyapu tu memang rasanya tak la. Mop jauh sekali. Masak? Langsung tak!
Awal-awal dulu, kami diberitahu mak tiri kami pandai sangat memasak.. sampai level boleh buat katering! Tapi bila kami rasa apa yang dimasak, hmmm memang jauh api dari panggang!
Tapi takpe, kami diamkan. Tak pandai boleh belajar, fikir kami.
Namun begitu, setiapkali kami memasak… mak tiri kami langsung tak menjengah. Nak belajar masak, atau menolong jauh sekali! Kalau datang pun, pura-pura busy sebab abahku menyuruhnya turut sama ke dapur.
Bukan setakat itu sahaja, bila dah makan.. mak tiriku memang mengelak untuk membasuh pinggan. Basuh periuk kuali apatah lagi! Adikku sendiri pernah nampak mak tiriku membuang terus sahaja periuk kuali pinggan dek kerana taknak mencuci!
Kalau abahku saudagar minyak, ok la nak buat macam tu. ni macam dah over sangat pulak. Perangai pemalas mak tiriku dicampur pulak dengan perangai pengotor yang aku memang hilang kata-katalah! Pengotor level macam mana?
Level kucing berak, kencing kat rumah tapi dia takkan bersihkan. Muntah kucing atas karpet, dia buat tak nampak. Taik kucing even depan pintu bilik dia sendiri, dia akan cover dengan tisu dan lintas tanpa rasa geli.
Lantai melekit-lekit, dengan sisa makanan yang dilempar ke lantai konon nak bagi kucing makan. Sinki sampai berlumut. Periuk sampai bercendawan, berulat dan akhirnya ulat-ulat tu sendiri mati kering! Level tahap sampai pakai selipar dalam rumah ala-ala orang putih!
Pelik, untuk seseorang yang kononnya rajin beribadah, bertahajjud, berpuasa sunat, soal taharah pun tak lepas! Pokok-pokok arwah mak kami, semuanya mati!
Mak tiri kami mula-mula je berlagak macam rajin nak siram. Bila kami dah balik ke rumah masing-masing, dibiarkan pokok-pokok mati kering.
Kawasan halaman rumah, memang tak dibersihkan dan penuh dengan daun-daun kering.
Jiran-jiran di kawasan rumah abahku tu, dah sedia maklum dengan perangai pemalas dan pengotor dia tu. Hairan betul! Muka mak tiri kami tu memang tebal betul tak lut dengan peluru apa pun!
Oh ya, mesti korang tertanya-tanya kan, berapa umur mak tiriku ini? Dia lebih muda daripada abahku 10 tahun, jadi kalau nak cakap sakit penat sangat atau uzur sangat sampai tak boleh pegang penyapu tu..memangla sangat-sangat tak logik!
Hari-harinya dihabiskan dengan sembang di telefon, menonton drama-drama korea, main fb tiktok whatsapp. Bila bab makan, lajuuuu je.
Tapi bila bab kena bersih, tetiba dia tu seolah-olah orang kurang upaya. Rasanya orang kurang upaya pun lagi bertenaga dari mak tiri aku tu!
Mak tiri kami ni cuma rajin kalau keluarga sebelah abah kami atau kawan-kawan abah datang melawat. Masa ni lah boleh tengok lakonan terhebat!
Tiba-tiba rajin nak bancuh air, terpaling suka bersedekah makanan, terlalu penyayang sampai depan-depan tetamu nak mandikan dan suap kucing-kucing makan!
Terlalu peramah, sampaikan kalo orang luar tu boleh tertipulah! Tapi, walaupun perangai dia sebegitu..kami tak pernah tinggikan suara, menegur dengan kasar!
Pendek kata, kami ni boleh diibaratkan tutup sebelah mata je. Sebab apa? Sebab abah kami. Kami fikir mak tiri kami dah sah-sah jadi mak kami jugak. Apapun kekurangannya, kami cuba berlapang dada….sehinggalah, dia start perangai baru!
Apa perangai baru dia? Tiba-tiba dia aktif ber fb, whatsapp, masuk group-group mengarut. Siap jadi admin pulak tuh! Dulu macam takde kawan, tiba-tiba kawan-kawan dia ada satu Malaya! Setiap hari duk menyembang kat telefon.
Siap jadi motivator, penyelesai masalah rumahtangga orang! Apa yang disembang setiap hari kami pun tak tau…
Tapi, bukan kawan perempuan sahaja yang dilayan, kawan lelaki pun sama! Entah dari mana muncul, Abang Jamal, Abang Wan.. free betul sampai boleh borak kat phone hari-hari?
Takde keje ke? Takde bini ke yang curiga? Yang kawan perempuan pulak, janda ke free sangat menyembang tiap waktu?
Berhenti break pun konon sebab nak solat. Lepas tu sambung lagi. Tak cukup dengan itu, tiba-tiba saban masa kami diberitahu yang dia ada reunion dengan kawan-kawan lama.
Reunion tu, boleh dikatakan hampir tiap bulan la ada perjumpaan. Kenduri kawen anak kawan pun hampir setiap bulan gak! Korang rasa logik ke tak logik?
Ni dah jadi, dia lah terpaling mempunyai kawan seantero malaysia! Dek kerana dia sakan nak bersosial, abah kami pun dia abaikan.
Makan-minum dah confirm-confirm tak terjaga, sakit abah tu..dibiarkan. Depan kami, dia bermuka-muka konon paling caring, paling ambil tahu, siap sendukkan makan bagai.
Di belakang kami, abah kami dibiar tido berseorangan. Dia sibuk bersosial dengan kawan-kawan baru yang muncul dari perut bumi.
Bukan kami tak pernah bertanya atau menasihatkan abah, tapi abah memilih untuk bersabar. Kami juga banyak kali terlintas nak tanya secara berdepan dengan mak tiri kami, tapi acapkali niat kami terpaksa didiamkan kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.
Kami berpendapat, abah lah yang sepatutnya menegur isterinya. Sekiranya kami berbuat demikian, pasti abah akan terluka. Tambahan pula, mak tiri kami sememangnya pelakon handalan yang pandai bermain airmata.
Sekiranya perlu dipilih antara kami atau mak tiri, kami yakin abah akan memilih mak tiri kami.
Kelakuan mak tiri kami seolah-olah dah mula nak pasang pasangan spare.
Yelah, abah kami pun dah tua, berpenyakit… sekiranya abah kami meninggal, harta abah akan jatuh ke tangannya. Dia mula melayan lelaki-lelaki duda di FB, berkelakuan seola-olah dia masih lagi single.
Serius sakit mata dan hati kami menengoknya! Mustahil abahku tak perasan dengan perubahan sikapnya. Dia dah mula melaram, beli baju-baju baru, siap start diet sebab nak pasang badan. Disebabkan alasan dietnya lah, dia sengaja tak beli makanan abahku.
Dah la tak masak, nak beli makanan pun malas! Ku amati, abahku banyak menjeruk rasa, menyibukkan diri dengan mengaji dan mendengar kuliah agama. Dipersetankan semua itu, janji mak tiriku masih sanggup duduk bersamanya.
Kadang-kadang, abahku menangis berseorangan. Sedih bila kami melihatnya begitu, tapi semua ini bertitik-tolak dengan pilihan abah sendiri.
Wahai abahku, kami sebagai anak-anak tak pernah mendoakan pengakhiran rumahtangga abah berakhir dengan perceraian. Kami cuma mahukan seorang isteri yang boleh menjaga abah dengan sebaik-baiknya dan seorang ibu yang menyayangi, menerima kami seadanya.
Wahai mak tiriku, fokuskanlah tumpuanmu pada abahku sehingga akhir waktunya. Syurgamu bukan pada kawan-kawanmu. Syurgamu di rumah suamimu. Kamulah yang seharusnya mencorakkan sama ada ingin mengubah rumahtanggamu menjadi syurga atau sebaliknya.
Kami sekadar melihat, membantu selagi boleh tapi jauh di sudut hati kami, kami nak seorang figura yang betul-betul ikhlas menjaga abah kami dan menerima kami sebagai anak-anak. Bukan sekadar wayang untuk mengelabui mata orang ramai.
You can fake it, but how long can you fake it? Kami mohon agar pembaca mendoakan kesejahteraan rumahtangga abahku, doakan agar mak tiri kami berubah, dan doakan juga agar hati kami terbuka untuk menerimanya dalam family kami.
Moga kepura-puraan berubah menjadi ikhlas dalam menggalas tanggungjawab! Sekian, luahan dari anak yang banyak memendam rasa.
– Pemendam Rasa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit