Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih admin sekiranya cerita ini disiarkan. Tujuan perkongsian ini adalah tak lain tak bukan untuk luahan dan perkongsian pendapat dari rakyat marhaen yang saya percaya yang membaca ni cerdik pandai dan berfikiran terbuka.
Begini, saya dah berkenalan setahun lebih dengan teman lelaki (N). Kami berasal di satu bandar kecil di Pahang. Kami tinggal berdekatan dan asal dari kawasan yang sama. Dia dah jumpa mak ayah saya. Dia kerja supplier kat KL. Hujung September ni dia akan berhenti disebabkan tidak lagi selesa di situ dan juga dia buat keputusan untuk cari kerja, stay, settle di tempat kelahiran kami.
Kekeliruan dan punca sakit hati datang dari mak saya. Ada masa mak saya akan berbunyi “takde ke lelaki yang lagi elok” “kalau ada peluang cari la lelaki yang lagi baik” “contoh depan mata, kawan kau tu… putus dengan pakwe lama (6 tahun) sebab dia jumpa lagi baik (cikgu)” “cari la yang kerja tetap (kerajaan)” “nanti kau jumpa yang lagi baik, tinggal je dia tu”
Ayat-ayat yang menyakitkan hati ni keluar sebab N cuma ada motor dan banyak lagi hal pasal dia yang saya tak ceritakan pada keluarga sebab taknak dia dihina. Saya akui, dari segi kewangan, N tak ada begitu banyak pendapatan. Dia jujur, dan saya tahu mengenai situasi kewangan dia. Tapi dia tidak pernah merungut dan meminta duit saya dan ada sisi baik dia yang lain bila berkenaan duit dan keluarga dia.
Pada saya, N sangat baik dalam menjaga saya, tapi mak la terutamanya yang tak pandang baik dia, tapi pandang kestabilan wang seseorang. Berdebat dengan mak memang cuma menyakitkan hati sebab mak cuma nak bukti dan kalau bertekak memang sentiasa mak je nak menang.
Kemudian, alasan yang selalu mak bagi, “dia bukan nak kahwin pun, dia nak main-main je”. Padahal keputusan dia nak balik kesini tu pun atas keputusan kami berdua, cuma saya tak cerita pada mak yang dia nak kerja sini sebab mungkin dia akan dihina dan buatkan saya sakit hati dan membahas hal yang sama.
Saya yang bersetuju nak hidup sederhana, dan dekat dengan mak yang ada masalah kesihatan sebab saya anak tunggal dan dia pun menjaga mak dia. Saya dan N memang ok dengan majlis yang biasa, tapi mak pula tipikal mak Melayu tak nak kenduri yang sederhana, rancangan mengalahkan saya ni anak Dato’.
Saya pula bukannya terdesak nak kahwin sekarang. Saya tetap nak stabil kerja dulu, kumpul duit, dan capai impian saya. N sendiri yang suruh saya capai impian. Cuma, mungkin sebab kami kerap berjumpa dan keluar, tu yang mak selalu bising. Dah memang N je yang selalu ada, teman saya kemana-mana. Nak harapkan kawan perempuan ke? Diorang pun sibuk dengan hidup masing-masing.
Saya tak nak tergesa-gesa kahwin untuk tutup mulut orang tua, kemudian, bila ada komitmen atau ada anak, timbul konflik, mereka yang menunggu kami untuk ada masalah tu yang paling kedepan menunding jari pada kami yang mengatakan kami gatal nak berkahwin awal.
Saya dah awal-awal bagitahu N, saya nak kerja, capai impian dan rancangan untuk ada anak tu mungkin dalam beberapa tahun kedepan lagi. Saya pun buat macam-macam supaya N benci saya tapi kami tetap cari sesama sendiri sebab dah jadi support system masing-masing. Kisah hidup dan konflik keluarga yang kami hadapi lebih kurang sama. Kami saling memahami. Jujur, saya selesa dan boleh cerita apa saja dengan N.
Tapi saya tahu, ini hanya penilaian saya sebagai manusia yang kekurangan. Cuma, saya memang tak boleh kalau ada manusia yang hanya pandang duit, harta, pekerjaan sebagai penjamin hidup. Ya, dia boleh tanggung saya lebih baik jika gaji dia banyak, tapi hinakah, dan patutkah saya tinggalkan dia hanya sebab dia miskin atau takde kereta/rumah semua?
Letih nak jelaskan, nak tukar mentaliti mak.
Jadi, bantulah saya, beri pendapat apa yang sebaiknya saya buat?
– Diana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit