Assalammualaikum semua.
Aku Siti. Aku baru bersalin July lepas. Anak pertama. Alhamdulillah anak cukup sifat. Harini genap anak aku 2 bulan.
Aku tak tau nak luah kat sapa. Aku sedih. Aku rasa aku seorang mak yang gagal. Boleh dikatakan anak aku tak pernah kenyang menyusu direct feeding.
“Cik B” aku besar. Puting “Cik B” aku pun besar. Anak struggle sangat nak menyusu. Kesian sangat dekat anak. Dari anak nangis berlapar, aku kenalkan botol susu dekat dia.
Dari sisi yang lain, alhamdulillah susu meriah bila pam. Tapi.. rezeki anak aku tak lama. Hari ke 29 pantang aku kena chicken pox teruk. Aku quarantine dalam bilik asing.
Dr tak bagi anak minum susu badan takut ada jangkitan cecair chicken pox masa proses pam.
Susu badan aku buang. 21 hari quarantine anak minum susu formula sedangkan dia perlukan khasiat susu badan aku. Sedih aku weh. Sayang sangat nak buang tapi nak buat macam mana.
Tapi yang lagi sedih bila aku dah sembuh tapi susu badan aku “kering”.
Aku pam 30 minit dapat 10ml je. Bayangkan la sebelum sakit pam 30 minit dapat 90ml. Mana la aku tak down.
Macam-macam aku ikhtiar dah. Aku sampai nak putus asa sebab ibarat takda hasil. Tapi kesian la dekat anak aku kan.
Aku tetap pam walaupun hasilnya menghampakan dengan harapan nanti susu aku akan kembali meriah seperti sedia kala.
Emosi aku macam roller coster. Susah nak keep positive tapi serious aku cuba sedaya upaya.
Doakan aku please? Mana tau ada doa yang akan diangkat. Aku tau perjalanan aku jauh lagi.
Moga aku tak lagi rasa aku seorang mak yang gagal.
– Siti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Puan Siti, keep on positive thinking and berdoa, letakkan pergantungan dan pengharapan sepenuhnya serta berdoa kepada-Nya …amalkan zikir2 untuk penenang hati.
Boleh join Fb or Telegram groups like The Jedi Family untuk berkongsi dan mendapatkan nasihat serta pandangan mereka yang berpengalaman dalam membimbing penyusuan serta mengatasi pelbagai halangan berkaitan. Dapatkan milk booster yg pelbagai bentuk seperti cookies atau milk shake, atau beli dan rebus daripada kedai singseh Cina (kurma merah, dll.) Insya-Allah …..puan teruskan berusaha ok tapi jangan sampai stress!
awk bole amalkan mkn sayur sawi jepun, lobak putih.. masak bening.. utk sy sendiri menjadi susu alhamdulillah ..
milk booster dulu sy minum momma pregolact.. awk bole request sample dulu tgk serasi x and bole try byk lagi milk booster di pasaran.
utk ilmu penyusuan bole tgk ig talksyusu.. maybe masalah susu drop ni awk bole dm tnya kak syud kat ig tu.
sementara tggu susu meriah, if tgk ank xkenyang xdosa pon mix fm dlu.. nti kalau susu da banyak bole fully df semula okey.. jgn stress2 nti susu makin drop.. jgn terlalu fokus nak susu byk, kawal emosi dulu.. stress ni jahat bole kacau susu kite
Makan durian sis. Keep stimulating. Pump every 2 hours. Sebab susu badan ni keluar ikut demand. Even keluar sikit pun tak apa. Jgn pam lama2 (lebih 40 minit) nanti luka. Lepas pukul 12 mlm hormone prolactin (hormone pencetus keluar susu) tinggi. Time ni susu keluar bnyk. Tapi timing pump kena jagalah.
Masa pam tu kena fikir seronok2 je. Pam la smbil tengok cerita Korea ker.. Tgok gambar/video anak ker.. Makan coklat ke.. Tak boleh stress2. Hormone stress tu yg akan bantutkan pengeluaran susu tu.
Cara lain mommy boleh buat power pumping. Yg ni boleh Google. Mommy boleh tgok jgk cara baby latch yg betul. Sebab kalau tak latch betul susu tak keluar habis, baby pun tak kenyang.
Banyak kan minum air masak and mommy tak leh penat2 sgt tau. Ambik supplement untuk breastfeeding mom and makan mkn yg berkhasiat. Tak mau stress2 ya mommy.❤️❤️ Semua perempuan yg beranak dan bersalin ada susu badan. Cuma kena cari ilmu dan praktis. Mommy kan baru anak first. So tak apa.. Pelan2 ya.
You know what. My husband sejenis suami yang menyalahkan saya tak cukup susu berserta MIL. I dont give a f, saya beri susu dua2 anak sampai umur mereka 2 tahun. Sikit pun sikitlah. You need that bonding with them. Keep on doing it. Nak suruh keep positive susah, sebab kita selalu fikir negative. Just keep on moving, keep on doing. Berdoa mcm tiada hari esok.