Mak Yang Pilih Kasih

Assalamualaikum semua, luahan ni dah lama aku nak tulis, luahan yang meruntun jiwa aku sejak 30 tahun lebih.

Aku Natrah, anak ke 5 dari 6 adik beradik. Aku ada 2 abang, 2 kakak dan seorang adik perempuan.

Sejak lahir aku telah dihantar ke kampung sebab mak ayah aku tak mampu nak jaga dek kerana adik beradik yang jarak setahun setahun.

Aku ditatang bagai minyak yang penuh dengan penuh kasih sayang oleh nenek dan ibu saudaraku. Maklumlah aku saja yang baby dekat sana.

Seingat aku, aku cukup happy dan bahagia di sana dengan kakak sepupu dan abang sepupu yang semua memberi perhatian yang cukup sayang dekat aku.

Tapi kebahagiaan aku tak lama, seumur aku 4 tahun, mak aku ambil balik duduk di Bandar. Maka berlaku la pergaduhan besar merebut aku dengan nenek dan mak saudara aku.

Maklum la dari kecik diaorang jaga, tiba-tiba mak aku datang tanpa bagitau terus rentap bawak aku balik. Aku mesti la sedih, ibarat kisah adik Amir yang tiba2 kena ambil oleh ibu kandung.

Yelah aku kecik umur 4 tahun mana faham semua tu. Maka bermula la hidup aku yang ibarat anak tiri, mak aku memang layan aku macam orang luar, sepak terajang parut semua penuh dipukul dan dibelasah mak aku sendiri.

Sumpah demi Allah aku ingat semua, aku ingat sangat aku dipaksa minum air kencing sendiri dan makan berak.

Ya Allah sampai hati Mak aku layan aku macamni, sakit demam aku, semua aku tanggung sendiri, masih aku ingat aku umur 6 tahun aku telan panadol sendiri sebab demam. Aku memang terasing dari adik beradik yang lain, diaorang pun layan aku teruk.

Ada satu hari tu, malam gelap mak aku masuk tido peluk aku, aku rasa pelik sangat bila pagi dia sedar tu aku bukan kakak aku dia tendang aku sekuat hati.

Sedih aku waktu tu sumpah sedih. Semakin waktu membesar semakin teruk mak aku layan aku, pernah aku main dekat luar dengan adik perempuan aku, mak aku marah gila-gila dan cakap kalau kau kena culik takpe la, jangan adik aku.

Aku waktu tu dah faham aku menangis sorang-sorang. Ya Allah teruk sangat ke aku? Apa dosa aku sampai mak kandung aku sendiri layan macam ni.

Oh ya, Ayah aku baik kalau aku ada dia la yang akan layan aku, tapi ayah aku ni selalu takde rumah, jadi aku selalu tido dengan kain pelikat dia sebab rindu.

Aku ingat semua perkara yang melukakan hati aku. Oleh sebab cara aku membesar dengan keadaan macam ni, aku jadi seorang pendiam dan langsung tak yakin diri.

Muka aku badan aku penuh parut kena cubit dan pukul, aku sedar antara aku dan adik beradik aku paling tak cantik, bertambah la tak yakin diri aku.

Aku pernah balik sekolah mak aku marah gila sebab tak masak nasi, dia belasah aku sampai koyak habis baju kurung sekolah aku. Sumpah aku sedih.

Kalau mak aku beli baju ke kain untuk adik beradik aku, yang paling tak lawa tu la aku punya, ya pilihan terakhir. Kalau beli emas ke apa mak aku hanya belikan kakak aku dan adik aku saja, aku tunggu luar kedai mata pun berair,

Ye aku dah faham masa tu. Kecuali kalau ada ayah aku dia akan belikan aku sekali, sebab tu sampai harini aku sayang sangat dekat ayah aku.

Dalam pelajaran, aku ni biasa biasa saja, aku ingat masa tu nak upsr, mak aku cakap ha bungkus la kau ni.

Kuasa Allah aku dapat 2 A 3 B, takde la teruk mana kan? Kalau kakak aku yang lain dan adik aku mak aku akan ajar gila gila punya sampai diaorang pandai, aku????

Memang takde langsung, aku belajar sendiri saja, guna inisiatif sendiri. Menjadikan aku seorang yang sangat berdikari, aku ingat lagi darjah dua aku, pegi daftar sendiri masuk sekolah sendiri. Sampai cikgu pelik tanya mana mak bapak. Sedih kan hidup aku.

Aku ingat semua nya Ya Allah. Masa aku nak masuk universiti, mak aku langsung tak hantar aku, diploma dan degree dua dua dia tak pernah melawat aku,

Lain dari adik beradik aku yang lain nun jauh ke selatan, berkali kali pergi melawat, bekal kan makanan bila balik universiti.

Aku?? Sekali pun tak pernah, sumpah aku ingat semua. Kadang kadang aku tertanya, kenapa mak aku sendiri benci aku macam tu sekali, tak ada ke sekelumit rasa sayang dalam hati dia, betul sampai harini soalan tu bermain dalam kepala.

Selalu aku balik cuti dari Universiti, masuk rumah, mak aku buat tak tau saja macam tak nampak aku, aku sedih terus naik atas.

Sampai la aku kawin, mak aku persoalkan bila ayah aku bayarkan katering, lepas tu dia jaja cerita dekat saudara mara aku, sedih kan?

Mak sendiri jaja cerita anak dekat orang lain, oh ya kampung aku dekat johor, satu kampung tau mak aku tak suka aku,

Tapi Alhamdulillah semua mak saudara aku dan bapa saudara aku layan aku baik sangat. Sampai ada yang nak amik aku jadi anak angkat diaorang.

Tapi aku ni jenis hati yang lembut walau berkali-kali mak aku belasah aku, pukul marah sakit kan hati aku, bila semakin besar aku cuba nak ambil hati dia, tapi seperti biasa dia memang takkan suka aku.

Ada sekali mak aku marah sampai cakap hidup kau selama-lamanya takkan bahagia. Dan dia macam maksudnya dari hati. Aku sedih remuk hati sampai hati dia cakap macam tu.

Macam macam aku belikan dia cuba amik. Hati dia, tapi keras nya hati dia ya Allah. Sampai aku ada anak mak aku sama saja layan aku macam tak wujud,

Lain la kalau adik beradik lain datang, macam macam dia masak, sampai suami aku tanya kenapa mak awak dengan awak lain macam.

Banyak lagi kisah sedih, ntah la sampai harini aku mencari jawapan tu, kenapa mak kandung yang mengandung kan aku 9 bulan membenci aku, aku tetap hormat dia, aku takde melawan, sebab aku percaya keberkatan doa ibu tu boleh buat hidup berkat,

Sampai harini aku harap ada doa dari mak aku untuk aku, akui hidup aku masih tak sempurna, aku selalu fikir adakah sebab doa mak aku yang cakap aku takkan bahagia???

Harap korang semua doakan aku berjaya dunia akhirat ya dan dibukakan pintu mak aku untuk terima aku sebagai anak dia, mak jangalah pilih kasih aku sedih mak,. Ya hati aku tengah sedih sedih sangat.

– Natrah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *