Mak, Yani Sayang Mak

Assalamualaikum. Aku Yani, dah berkahwin anak 4 orang. Confession ni sedikit panjang. Mak aku ibu tunggal dan dari dulu suri rumah. Mak aku tak pernah bekerja makan gaji, cuma pernah berniaga sekejap.

Masa muda mak banyak berkorban untuk kami anak-anak. Aku faham tu. Sebab tu aku belajar sungguh-sungguh dan bila bekerja aku bagi duit kat mak.

Actually dari zaman aku universiti lagi aku tak guna pun duit mak. Sebab aku tahu adik-adik aku ramai lagi nak guna duit untuk belajar. Bila anak-anak dah kerja dan tanggung adik-adik, bagi duit bulan-bulan, aku rasa duit mak lebih daripada cukup.

Mak boleh menyimpan dengan sangat banyak. Anak-anak bergilir beli makanan, bayarkan macam-macam, belikan mak baju, beg, peralatan dapur sampai mak tak habis nak guna. Semuanya untuk balas jasa mak.

Mak juga pernah ke luar negara few times, pergi haji, umrah. Kalau bercuti atau nak ke mana-mana. Semuanya anak-anak taja. Entah lah kenapa. Bila aku dah kerja, bunyi ayat mak makin lain macam.

Beg-beg tak nak yang tak branded, ni sebab kakak aku memang jenis suka kejar brand. Tapi aku pun tak faham, mak nak guna buat pakai ke mana, mak pergi pasar dan kenduri pun sekali sekala. Jadi kalau aku bagi yang level-level biasa ni, mak mula bersungut, compare dan tak nak pakai.

Kadang-kadang pandang sebelah mata yang aku bagi. Tapi yang kakak bagi, yang high standard, itu lah yang mak puji. Mak juga selalu cakap tak ada duit. Aku tak faham, sebab selama ni duit pencen arwah ayah, kami tak pernah tanya. Adik-adik aku pun semua dah kerja.

Kalau balik kampung, mak mula berkira bil api dan bil air. Termasuk juga makanan. Padahal, tiap-tiap bulan hulur duit, makanan pun selalunya kami beli, mak juga yang insist nak masak. Kalau ke pasar, tak anak tu, anak ni yang hulur duit beli barang basah.

Bil telefon mak, ada anak lain yang bayar. Kereta pun sama. Api dan air memang tak ada yang bayarkan aku rasa tapi setakat sekali setahun anak-anak balik kampung, takkan lah mak nak sebut-sebut juga. Duit pun diberi, cuma tak spesifik lah utk guna buat belanja apa. Pandai-pandai mak.

Barang kemas mak, tak yah cakaplah, tebal-tebal. Anak-anak bagi. Aku bagi pun ada. Mak pun bukan selalu pakai kecuali masa perayaan atau pergi kenduri. Jadi aku rasa, hidup mak dah sangat baik sekarang dan tak wajar mak nak merungut lagi.

Mak juga actually dari dulu suka beza-bezakan anak. Satu hari, aku tak tahan sangat dan kecil hati. Bila anak kakak aku nak makan, mak berkejar nak letakkan nasi ke pinggan dan sediakan ikan seekor untuk anak kakak aku. Umur anak akak aku darjah 3 ya.

Anak aku masa tu 2 orang kat dapur, mak macam tak tengok, seorang 4 tahun dan seorang 5 tahun, ye mungkin sebab mak tahu aku akan letak nasi kat diorang. Tapi bayangkan ikan seekor mak suruh bagi 3 orang makan, termasuk anak sulung aku darjah 4, tak cukup lauk katanya.

Tup-tup lepas tu, datang anak saudara aku yang seberadik dgn anak saudara aku tadi, diberinya seekor ikan lagi.

Anak-anak aku memang tak pernah merungut, memang jenis makan je apa dihidang. Lauk sikit pun memang amat jarang berbunyi. Aku bersyukur part ni. Tapi aku sedih sebab bukan sekali ni mak buat macam ni.

Mak lupa ke dulu masa aku kecil, mak juga pernah kecil hati dengan bapa mertua which is atuk aku yang beza-bezakan kami dengan sepupu kami. Tapi sekarang, mak buat benda sama. Anak-anak aku dan anak abang aku, jarang mak sentuh.

Kadang-kadang mak cakap tak ingat nama anak-anak kami. Aku tak kisah, tapi aku tahu abang aku kecil hati. Tapi anak abang aku sorang lagi dan anak akak aku, mak siap peluk-peluk.

Anak akak aku bukan kecil lagi, tapi bila dia nak makan, atau nak minum, mak kerah adik-adik aku tolong sediakan. Anak aku umur 4 tahun pun reti amik sendiri.

Abang aku dan akak aku ni ye lah gajinya lagi besar dari kami. Mak pula sibuk highlight duit api yang dia kena bayar, sebabnya masa tu aku beli kipas baru. Tapi bayangkan akak aku dan abang aku beli aircond, tak pula mak bising.

Keluar bilik, diorang tak tutup lampu dan kipas, tak pula mak bising. Mandi lama-lama tak pula mak bising. Tapi kalau aku mandi, lama sikit, mak dah kecoh-kecoh kat luar. Padahal aku balik sekali setahun.

Adik-adik aku ada yang duduk rumah lagi lama daripada aku. Siap ada yang menganggur, tak pula mak tuntut suruh bayar. Aku kecil hati sangat waktu tu. Aku tak kisah kalau mak buat kat aku, tapi aku tak tahan bila tengok anak-anak aku kena macam tu.

Aku tak suka bila tengok mak dah tak macam dulu lagi. Dulu mak tak merungut pasal duit walaupun susah tapi sekarang patutnya dah makin senang, tapi masih merungut.

End up mak kecil hati bila aku cakap, mak kata dah tak payah telefon dia lagi lepas ni. Dia tak kisah kat aku. Anak-anak dia ramai lagi.

Adik aku pula yang sorang ni menganggur, sampai sekarang. Duduk rumah tak buat apa. Lesen ada, siap dibelikan kereta, nak masuk kelas kemahiran apa cakap je, orang nak bayarkan, tapi ada je alasan yang mak aku berikan, bukan adik aku. Jadi makin naik lemak adik aku ni ya.

End up dia tak buat apa-apa. Makan tidur makan tidur. Alasan mak, adik aku ni jaga mak, mak pernah cakap kat aku, yang kitorang anak-anak yang lain kena bagi duit kat adik aku sebagai upah jaga mak.

Adik aku ni pernah tolong aku jaga anak-anak aku, dulu sekali, masa tu aku baru pindah tempat kerja. So aku nak uruskan banyak benda.

Masa tu mak dah pesan siap-siap, kena bagi duit macam gaji la kat adik aku. Dia tolong aku dalam 2-3minggu, aku bagi seribu. Padahal gaji aku kecil je. Tiket bawah aku, duit makan bawah aku, kiranya bersih seribu dia dapat.

Sekali lepas bertahun-tahun, aku dapat tahu akak aku pernah minta tolong adik aku, dia bagi 2 ratus ke 3 ratus je. Padahal gaji akak aku sekali ganda lebih gaji aku.

Aku rasa macam kena scam dengan mak aku, sebab mak aku macam brainwash aku. Padahal mak tahu masa tu, aku punyalah tak ada duit sebab baru pindah tempat kerja.

Hari-hari mak berzikir, siap bgtau berapa amaun suppose adik aku dapat. So nak jadi cerita, ada sekali masa tu aku tak tahan, aku luah kat adik aku yang menganggur ni pasal layanan mak kat aku, dan anak-anak. Adik aku back up mak.

Katanya kalau taknak bagi duit bulan-bulan, tak payah bagi. Aku katalah, kalau aku tak bagi, lagi teruk mak tak layan aku sebab aku tengok abang aku, mak endah tak endah je. Adik aku kata layanan mak kat anak-anak sama je.

Ewah sedaplah cakap, adik aku ni menganggur aku rasa dah dekat 8 tahun. Aku dulu duduk rumah tak sampai 10 hari lepas grad, mak dah bising suruh kerja. Adik aku ni pulak, mak cakap, tak yah lah kerja, kesian dia. Kesian dia. Apa yang kesian pun aku tak tahulah.

Aku nak jadi meluat sebab adik aku pun dah pandai minta-minta daripada aku. Dan satu sebab aku rasa dia tak ada hati nak kerja, sebab duit kat bank yang mak aku punya, semua nya dia pegang dan dia tahu. So dia tahu mak aku ada banyak duit. Buat apa kerja kan.

Lepas dah 12 tahun kerja aku bagi duit non stop kat mak, aku decide tahun ni aku nak berhenti. Aku akan bagi bila balik raya atau balik kampung je.

Aku pun komitmen makin bertambah, adik-adik aku pun supposedly bukanlah kategori wajar ditanggung lagi sebab masing-masing dah besar.

Pelajaran dah ada, kenderaan dah ada, kalau malas taknak kerja, tu pilihan sendiri dah, bukan tanggungjawab aku untuk bantu.

Mak pun tak habis nak makan guna duit pencen dan duit rumah sewa arwah abah. Campur duit anak-anak lain yang bagi lagi, termasuk adik-adik aku yang lain yang dah kerja.

As expected, bila balik kampung, mak masih merungut pasal duit, macam dia tak ada duit. Aku pun dah jarang call mak seperti yang mak minta tak yah call dia.

Minggu lepas, aku call mak sebab lama dah tak call, mak aku ke tempat abang, which is memang abang aku akan tanggung semua la.

Abang aku kerja seberang laut. Jadi aku tanyalah mak jalan-jalan kat mana, mak beli apa kat sana. Mak pun buat-buat sedih, mak tak beli apa-apa, sebab mak pun tak ada duit dah sekarang ni.

Aku rasa trigger dgn ayat mak, tak habis lagi kisah tak ada duit ni. Jarang call tapi bila call, pasal duit juga. Rasa nak gelak pun ada, sebab teringat mak tak ada duit lah dah aku tak bagi duit kat mak start tahun ni.

Aku pun baru macam nak sedar sikit lah, ayat-ayat sedih mak ni. Dulu aku innocent percaya bulat-bulat, belikan mak macam-macam, belanja mak, bagi duit bulan-bulan.

Ingat nak balas jasa, nak buat mak gembira. Tapi mak tak appreciate. Malas lah nak cerita kenapa aku kata mak tak appreciate.

Ni kali kedua mak ke tempat abang, dulu masa aku dah bagi macam-macam, ada juga lah mak belikan untuk anak-anak aku, t-shirt tak sampai 10 ringgit seorang, warna hitam dan tak menarik pula tu, padahal anak-anak aku perempuan.

Dan aku tahu mak aku takkan lah tak fikir t-shirt tu tak sesuai untuk budak perempuan. Alasan mak duit tak ada, tapi sebenarnya masa tu macam punishment kat aku je sebab aku tak hulur duit yang mak minta, aku lupa untuk apa masa tu.

Macam lah aku tak tahu, mak bagi apa kat cucu-cucu dia yang lain. Bukan t-shirt hitam tu lah yang pasti. Tapi aku diam je, aku kecil hati tapi malas nak layan sangat.

Kali ni aku tak bagi duit bulan-bulan, memang tak ada apalah mak nak beli kat anak-anak aku, walaupun duit mak bulan-bulan confirm ada beribu.

By the way, mak aku memang macam ni, dia memang suka beza-bezakan anak. Kalau dia beli apa-apa, dia suruh kakak dan adik aku pilih dulu, aku ni orang terakhir dan dapat yang lebih-lebih je.

Tapi aku dah redha sebab aku tahu kenapa mak berkelakuan macam ni kat aku. Cuma aku tak boleh nafikan, aku sikit sebanyak masih sedih.

Aku try jarakkan diri seperti sarana ramai, aku join support group and community di fb yang ada masalah toxic parent ni.

Sampai sekarang aku cuba heal hati aku. Try not to expect anything from parent. Aku bersyukur la suami aku sangat penyayang dan supportive, dia macam malaikat kecil untuk aku.

Ibarat dahan untuk aku berpaut. Apapun aku selalu doa untuk mak semoga diberi ketenangan hati, kebahagiaan dunia dan akhirat.

Mak pernah tanya aku, kalau mak mati, aku menangis tak? (mak dah sakitkan hati aku macam-macam, lagi mau tanya hahaha). Aku jawab, aku tak menangis, nak buat macam mana semua yang hidup pasti mati.

Mak juga selalu brainwash adik beradik aku yang lain, macam aku ni teruk sangat, aku tak sayang adik beradik lah, mati esok-esok aku sorang-sorang lah, sampai adik lelaki aku cakap kalau aku mati nanti, takde siapa akan bantu aku. (sedih dan perit tapi aku terima).

Aku jawab, mati kat mana-mana pun, nanti ada je orang akan uruskan jenazah sebab tu fardhu kifayah. Sahabat nabi pun ramai yang mati di luar kota madinah, jauh daripada keluarga dan sanak saudara.

Aku pun dari zaman universiti, aku dah redha kalau aku mati di perantauan jauh dari keluarga, aku tak kisah ditanam di mana.

Lagipun, adik beradik aku semuanya duduk scattered dan jauh-jauh. Tak sempat sampai, jenazah dah kebumi dulu. Lagipun kau dah mati, apa urusan dunia ni it is not a big matter anymore.

Nak bagitaunya, to that extend, hubungan aku dgn mak yang tak berapa rapat ni dan aku dah tak harap apa-apa dah. Aku hidup ni pun sekadarnya. aku tak minta dilahirkan. Dulu aku down, frust, sedih tapi sekarang aku belajar yang kita tak boleh ubah orang, tapi kita boleh ubah diri kita.

Aku takkan biar hati aku pedih disakiti kata-kata mak, atau sedih bila tak di appreciate. Aku nak value diri aku. Umur aku nak dekat 40 tahun, baru aku sikit sebanyak boleh let go dan move on.

Aku buat benda aku suka sekarang ni, syukur suami tak halang, tak pressure malah support untuk aku hidup lebih sihat. Mentally, spiritually and physically.

Sesiapa yang ada anak tu, aku harap korang jangan suka-suka kasari anak dengan kata-kata, sentiasa berfikir sebelum bercakap, hargai mereka sebagai seorang manusia. Bantu mereka untuk kenal diri mereka. Jangan judge mereka.

Setiap anak tu ada lah permata. Layan mereka sebagaimana kita nak dilayan.

– Yani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *