Assalamualaikum semua. Terima kasih kepada admin sekiranya artikel saya di siarkan. Untuk pengenalan, saya seorang fresh graduate dari sebuah universiti di pinggiran highway. Masih mencari-cari kerja yang setaraf dengan kelulusan sambil bekerja part time. Sudah menghadiri beberapa panggilan interview, namun belum ada rezeki. Husnudzon dengan Allah.
Kemusykilan yang saya ada adalah sama ada untuk teruskan mencari kerja yang makan gaji atau pun berniaga. Kenapa tak buat dua-dua? Sebab saya tak suka buat kerja separuh jalan. Bila dah start meniaga, dapat offer kerja, and i will go. For sure. Kenapa? Sebab saya nak rasa dulu kerja makan gaji, layan OT macam mana.
Ada berlaku sikit perbalahan antara saya dan pasangan (sis belum berkahwin) di mana dia minta untuk saya berniaga. Cuba dulu katanya. Dia sedang bekerja sebagai jurutera di pantai timur dan mengatakan dia minat untuk berniaga kerana tidak suka bekerja di bawah orang. Plan jangka panjang, if business saya berjaya, dia akan berhenti kerja untuk berniaga bersama (selepas berkahwin).
To be honest, saya kurang percaya untuk melibatkan diri dalam dunia perniagaan. 50-50. Ini disebabkan apabila melihat orang di sekeliling saya yang berniaga. Ada yang jual baju, makanan, surprise planner. Yang jual pakaian, keuntungan lebih di rasa bila menghampiri musim perayaan (pernah 1 hari untung di bawah 20 ringgit). Faktor penat juga menjadi menyebabkan saya berbelah bahagi untuk berniaga.
Bukan nak kata kerja makan gaji tak penat, tapi saya tahu betapa penat nya titik peluh seorang peniaga untuk mencari pendapatan. Ibu saya dulu berniaga. Dan melihat keadaan itu, menyebabkan saya rasa takut untuk berniaga. Memang ibu sentiasa ada di rumah, tetapi layanan itu yg bagi saya tiada value. Sebab sibuk menyediakan bahan untuk perniagaan.
Di omok-omok kan pula kisah yang parent berniaga, hantar anak ke universiti semata2 untuk melihat anak nya menjadi seorang yang berjaya(pekerjaan beruniform). Pasangan saya pernah berkata, kalau berniaga, usaha lebih, dapat gaji lebih. Tetapi kalau bekerja di bawah majikan, hanya harapkan OT. Penat lebih pun gaji tetap sama. Betul, tapi saya masih ragu2.
Ada juga saya baca confession yang sebelum-sebelum ini mengenai orang yang sudah berjawatan, berhenti kerja, balik kampung jual sayur. It give me some thought, tapi tak sampai tahap yang ‘okay, aku berniaga saja’. Ada juga rakan2 yang bekerja berjawatan tinggi, and then berhenti dan melibatkan diri dalam dunia perniagaan.
Niat untuk berniaga saya ada, tapi plan itu tak da. Dan saya nak merasa kerja makan gaji itu macam mana rupa. Duit bukan yang saya cari. Ada masa diberikan untuk beribadah pun sudah mencukupi. Jadi jikalau ada di kalangan pembaca yang mempunyai pandangan, boleh la kongsikan bersama dan diharapkan dapat membantu saya dalam membuat keputusan. Terima kasih.
– Hananimous
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit