Makan Harta Anak Yatim

Assalamualaikum, saya nak bercerita sambil bertanya pendapat. Saya mempunyai 3 adik beradik dan ibu bapak kami sudah meninggal sejak kami kecil. Jarak umur kami pun tidak jauh beza.

Saya ada mak tiri tapi lepas ayah saya meninggal mak tiri saya kahwin lain. Jadi kami tinggal bersama mak cik (adik ayah).

Mak tiri saya bukan tak nak jaga kami tapi akibat dari hasutan makcik kami duduk dengan dia dan rumah kami pun dekat sekampung..

Selepas kami menjadi yatim piatu kami duduk dengan dia dan dilayan dengan sangat tidak baik, maklumlah kami hanya menumpang.

Kami juga hanya dia beri makanan sisa dia juga kalau masak hanya sedikit saja, duit belanja sekolah pun jarang di beri.

Pernah juga saya diberi RM5 untuk sebulan. Adik bongsu saya pula tidak bersekolah dia special sikit jadi makcik saya tak nak sekolah kan di sekolah khas kerana alasan tidak mampu,

Ada kejadian yang buat saya ingat sampai harini, waktu umur saya 12 tahun saya sudah datang dan tidak diberikan duit pun untuk membeli pads.

Jadi waktu sekolah ngam² waktu perhimpunan dia datang habis kotor baju sekolah saya. Allah malu nya tu sampai harini bila teringat kenapa lah kejam sangat dan baju² saya pakai apa yang ada saja sampai dah koyak² seluar semua.

Pernah juga waktu sukan saya pakai seluar tiba² koyak habis 1 kelas malukan saya malu sangat. Tapi itulah tak ada sapa yang boleh saya mengadu. Orang kampung pun takutkan makcik saya kerana perangai dia.

Kami mencuci pakaian sendiri menggunakan tangan ya semua sendiri ada apa2 yang koyak kami ikhtiar jahit sendiri walhal waktu itu saya baru berumur 10 tahun.

Semasa masuk sekolah menengah saya buat keputusan untuk tinggal dengan makcik panggil saja Cik Pua saya yang jauh dan berpisah dengan adik² untuk sekolah di sana.

Alhamdulillah Cik Pua tu baik sangat. Perjanjiannya habis SPM wajib balik ke kampung lagi.

Habis SPM saya dapat keputusan yang baik tapi saya tidak di izinkan untuk sambung belajar kerana fikiran kolot makcik saya tu.

Saya redha dan akur saja.. saya bekerja mengumpul duit sedikit² dan adik saja juga bekerja selepas habis sekolah dan kami buat keputusan untuk duduk di rumah peninggalan ibu bapak kami..

Alhamdulillah sangat dimudahkan.. rezeki Allah bagi melimpah².

Tapi hari demi hari orang kampung mula buka mulut ceritakan hal sbnrnya banyak yang saya tidak tahu. Makcik saya bercerita buruk dan macam² tentang kami padahal kami sangat hormat pada dia.

Dulu waktu kami kecil dia selalu burukkan arwah ibu ayah kami dia selalu cakap ayah kami kedekut sebab tak beri dia duit macam² lagi lah yang buruk² dia kata mak kami sombong jahat..

Terlalu banyak yang buruk dia cerita tentang kami dan saya tergamam makcik saya ni orangnya sombong kuat sangat buruk sangka suka menuduh dan terlalu merasa dirinya yang paling betul.

Waktu kami masih dengan dia makan pakai semua tidak diberi dengan baik hanya sekadar nya saja.

Rumah arwah ayah kami disewakan dan semua duit sewa dia ambik begitu saja tapi kami anak² nya tak dapat merasa langsung bahkan duit sekolah pun tidak diberi.

Bukan itu saja semua barang rumah arwah mak saya untuk kenduri kendara semua dia ambik walaupun saya dah duduk rumah sendiri tidak ada yang dipulangkan.

Dan baru² ni mak tiri saya beri tahu dulu arwah ayah ada buat insuran lepas meninggal dapat dalam 35k mak hanya ambil 15k dan dimasukkan dalam akaun kami 5k sorang.

Tapi makcik saya tiap kenduri tahlil arwah ayah akan minta 4/5k walhal kenduri kecil saja tak habis sampai 1k pun.

Waktu dulu banyak sangat yang dia ambik hak kami, dari kecil kami diseksa di pukul dan sering kali dia kata kami ini menyusahkan saja habiskan duit dia tak ada untung pun jaga anak yatim.

Allah sakit sangat bila ingat apa dia buat tapi kami sampai sekarang tetap sabar dengan dia.

Bila dia susah sekarang cari kami anak² dia tak cari. Dia tak nak susahkan anak dia. Anak² dia pun sama buat kami macam pengemis dicari bila susah bila kamu susah di pandang pun tidak.

Kadang saya rasa malas dah nak baik2 dengan mereka tapi tula hati saya mulut saya masih tetap sabar je tahan je dengan perbuatan mereka.

Asal kami ada rezeki lebih sikit mesti mereka mula cemburu mula la bercerita bukan². Apa patut saya buat? Bersabar dan bertahan? Sampai bila? Jadi bagaimana dengan duit² dan barang² mak ayah kamu yang diambil?

Ada juga barang kemas mak kami yang tidak dipulangkan? Apa patut kami buat? Tak kan nak tuntut sampai ke mahkamah? Kami tidak mempunyai bukti perlukan kami ikhlaskan saja? Dan teruskan bersabar?

Terima kasih sudi membaca. Kalau ada sambutan saya nak luahkan seksaan² yang lebih details yang kami kena, maaf saya hanya cari tempat mengadu. Assalamualaikum.

– CIK NZ (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> htetaps://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *