Aku nak bercerita kisah suami aku. Kadang2 aku tertanya ada ke perempuan di luar sana yang sama nasib macam aku.
Aku kenal suami aku lebih kurang 6-7 tahun sebelum berkahwin. Beberapa bulan lepas baru sahaja berlalu ulang tahun perkahwinan kami yang ke 8.
Alhamdulillah kami dikurniakan 3 cahaya mata dan sekarang aku mengandung cahaya mata ke 4 kami.
Kami merancang sendiri dan kandungan ini juga atas perancangan kami dan persetujuan aku sendiri. Tapi sekarang jujur aku menyesal atas kandungan aku ini. Nauzubillah.
Sekarang aku seolah olah tiada rasa cinta terhadap suami aku. Sungguh aku katakan manis perkahwinan kami dah lama menghilang. Atau aku seorang sahaja yang merasakan semua ni. Dia seolah2 tiada masalah.
Suami aku bukan jenis yang romantik. Suprise, beli bunga, hadiah, kek. Semua jauh sekali. Ulang tahun perkahwinan tiada ucapan. Apatah lagi hadiah atau dinner. Birthday anak2 tak disambut. Tarikh pun dia lupa.
Suami aku ni bab2 nombor memang failed. Nombor telefon aku pun dia tak ingat apatah lagi ic number aku.
Jujur aku cemburu tengok pasangan lain yang romantik. Tapi aku rasa masih boleh bertahan dan tapi kadang kadang aku rasa makan hati juga.
Perkara yang aku paling benci tentang suami aku adalah sejak covid19 ni dia berjinak jinak kepada vape dan rokok.
Sejak dahulu sekolah menengah sampai yang aku kenal, dia tak pernah terjebak dengan rokok atau vape. Sekarang rokok dan vape adalah hobi terbaru dia. Selalu beli vape mahal2 dekat website.
Shipping dari luar negara. Satu vape harga beratus ratus. Dia ada buat video vape dan upload di youtube.
Jujur aku benci kepada perokok/ vaper. Tapi aku tak sangka suami aku sendiri yang terjebak dengan semua ni. Dia pernah terkantoi vape dalam tandas rumah dengan aku.
Aku mengamuk. 2-3 kali kantoi sampai aku dah tak tahan nak kena membebel time masa.
Sekarang aku mengandung, aku dah warning dia awal2 yang selagi dia tak berhenti vape dia tak boleh dekat dengan baby ni nanti. Dia hanya setuju dan mesti anggap aku bergurau. But yes i really mean it.
Gaji kami purata 10k+ sebulan. Tapi hidup zaman sekarang dengan gaji sebanyak tu tak kan cukup.
Boleh dikatakan banyak yang dia tanggung. Kami ada 2 buah rumah atas nama berdua. Aku bayar satu rumah dan barang2 dapur. Selebihnya dia yang tanggung.
Boleh dikatakan gaji dia akan selalu habis untuk bayar bil2 rumah dan taska anak dan lain2. Paling tak lupa, vape baru setiap bulan. Hurmm. Kadang2 dia akan pinjam duit aku. Kadang2 dia bayar balik.
Tapi aku ingat lagi RM6k dia pinjam untuk beli laptop gaming dia setahun lepas masih tak berbayar.
Suami aku ni jenis boros jugak, sama macam aku. Tapi aku boros sebab beli mainan/ buku/ baju untuk anak2.
Suami aku jenis ada hobi yang bertukar2. Dulu hobi dia pergi gym. Memang gila gym dulu dan beli protein shake banyak2.
Bila minat dia turun dan hobi dia terus terkubur macamtu. Protein bertong2 dah expired dibuang macam tu sahaja. Korang tahu lah kan harga protein berapa satu tong.
Lagi perangai suami aku yang aku tak suka ialah dia tak kisah pasal rumah.
Kami berkerja dalam profesion yang sama. Selalu dia balik rumah, kerja dia tengok tv/ movie, pasang volume kuat2 sampai aku rasa satu lorong taman boleh dengar.
Aku memang jenis tak boleh bunyi bingit2. Aku akan serabut. Serabut dengan anak jerit2 main lagi dengan bunyi tv dia lagi. Aku selalu rasa tension.
Bila ditegur dia perlahan kan satu volume ibarat takde perubahan pun. Paling tak pun dia merungut. Kadang2 dia adalah ajak aku tengok tv sekali , tapi most of time aku akan tengok sekejap dan cepat boring.
Suami aku jenis tak makan sekali. Boleh bilang dengan jari. Aku teringin nak makan sama2 satu keluarga dengan anak2. Dia akan makan depan tv ruang tamu sambil tengok tv. Biarkan aku seorang dekat meja makan.
Sejak kami kahwin, dia tak pernah masuk dapur. Oh adalah sekali dua dia masak maggi dan telur mata untuk dia makan. Selain tu jangan harap.
Solat berjemaah dan mengaji berjemaah boleh bilang dengan jari dalam sebulan. Dengan anak2 kadang2 dia akan layan, ajar baca buku. Tapi tu pun boleh bilang dengan jari.
Jujur aku pernah tegur suami aku semua ni. Tapi yang keluar dari mulut dia adalah apa lagi yang aku nak dan dia cakap dia dah buat macam2. Mula2 satu2 kebaikan (yang boleh dibilang dengan jari) tu keluar dari mulut dia.
Suami aku seorang yang baik, tak pernah tinggi suara atau naik tangan terhadap aku. Bahkan aku yang selalu tinggi suara kepada dia sebabkan tension dengan perangai2 dia tu.
Setiap kali tu aku akan menyesal dan rasa isteri derhaka sangat2. Tapi aku penat. Aku penat berperang dengan emosi sendiri. Makin aku ignore perangai2 suami aku tu makin aku rasa tawar hati dan benci.
Sungguh aku dah rasa tak berminat nak berhubungan intim dengan suami aku sebab bau vape dan perangai2 dia tu.
Pernah aku rasa terdetik nak mintak cerai supaya tak de lah aku nak makan hati lagi macam ni. Tapi bila fikir anak2, aku akan kesian.
Aku rasa suami aku masih tak puas hidup bujang dan aku rasa kalau aku dan anak2 takde dalam hidup dia mungkin dia tak perlu dah nak rimas2 dengar bebelan aku.
Adakah aku terlalu impi kan a perfect family man. Tapi sungguh aku penat.
– Mawar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit