Makan Hati

Assalamualaikum semua pembaca IIUM Confessions.

Aku Rose (bukan nama sebenar). Berumur 31, sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata berumur 1 tahun setengah.

Suamiku pula tua dua tahun dariku. Tahun ini adalah tahun ke 3 perkahwinan kami.

Ceritanya begini…

Sejak kebelakangan ni aku mula perasan suami sudah mula merokok (sebelum ni dia pernah merokok dan berjaya berhenti merokok sebelum kami berkahwin).

Aku sangat kecewa kerana aku memang benar benar tidak suka perokok.

Banyak kali aku tanya mengapa kembali merokok namun dia diam seribu bahasa. Kadang-kadang aku rasa seperti akulah punca dia kembali merokok. Sebab stress dengan aku ke? –

Perkara kedua yang menambah kekecewaan aku bila suamiku sudah mula tak solat. Setiap kali aku ajak solat atau ingatkan dia untuk solat pasti aku akan dimarahi.

Aku pon taklah alim sangat, dalam 5x sehari kadang kadang ada juga yang aku tertinggal 1 waktu. Tapi sejak sejak akhir ni memang susah betul nak tegur /ajak suami ku solat bersama.

Di awal perkahwinan masih nampak suami ku solat di rumah.. namun sekarang makin teruk.. dan aku makin bertambah stress dan kecewa dengan sikap suamiku ini.

Aku tak dambakan suami seperti daie atau pu tapi cukuplah jika suamiku dapat menjaga solatnya dan mampu membimbing keluarga kami.

Banyak kali dah aku menangis seorang diri kerana kecewa dengan sikap suami. (Tak solat dan mula merokok).

Aku tidak tahu bagaimana hendak memujuk atau berbincang dengan cara yang elok kerana suamiku seorang yang ego dan susah untuk menerima nasihat.

Banyak benda yang aku fikirkan kerana kami telah punyai anak. Sudah pasti anak akan membesar dan akan jadikan ibu bapa sebagai contoh.

Aku pernah terfikir untuk keluar dari rumah namun aku tidak mahu menjadi isteri yang nusyuz.

Atau adakah aku patut suruh suami aku keluar dari rumah selagi dia tak berubah? Ada kah perbuatan aku menegur suami tidak solat dan memarahi suami merokok itu salah?

Adakah aku perlu dapatkan kaunseling atau rujuk kepada pejabat agama? Aku sendiri buntu.

Aku tak tahu macam mana nak ubah dan tegur suamiku. Kadang kadang aku takut adakah aku mampu bertahan dengan perkahwinan ini.

Aku tak tahu nak luah dan mengadu pada siapa. Saban hari aku makan hati dengan sikap suami.

Semoga kalian doakan aku tabah dan suami berubah suatu hari nanti.

– Rose (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Dik.. seorg isteri x tanggung dosa suami. Tp doa isteri mustajab dik. Tegur sekali dua cukuplah..yg lbh serahkan pd Allah sbb Allah yg pegang hati manusia, Allah yg beri hidayah. Rasullullah yg hebat pun pakcik ksygn baginda Abu Talib tidak berjaya diIslamkan dik. Tempat isteri di sisi suami.. jgn ada fikiran nak tggalkan suami mahupun suruh suami tggalkan adik. Nanti Allah murka, bala yg u akan dapat. Selagi suami tidak menyuruh isteri melakukan maksiat, isteri wajib taat kpd suami. X solat, itu dosa dia dgn Allah. U x perlu tension2. U didik je anak2 u baik2 dan baiki diri sendiri sbb u sndiri aku x cukup solat 5 waktu tu. Mcmane doa u nak mustajab kalau u pun x cukup betul. So bersabarlah..betulkan diri dan bykkan doa spy suami u berubah lbh baik.

  2. Salah tu kak Eris. Isteri berhak minta fasakh bila suami gagal jalankan tanggungjawab sebagai suami dan dia tak solat. Boleh rujuk ustaz dan ustazah. Dah kenapa pulak Allah nak beri bala pada akk ni kalau dia cuba menyelamatkan diri dari lelaki yang tak taat kepada Allah? Ingat kak eris, Rukun Islam ada 5: 1) ucap syahadah 2) SOLAT 3) puasa di bulan ramadan 4) keluarkan zakat 5) tunai haji bagi yang mampu.

    • Pernah dgr kuliah ustazah membantai jiwa.Katanya kita selalu nmpk salah org tp tak permah akui salah kita.

      Ubah perangai dan diri sendiri terlebih dahulu.Kemudian dunia akan turut berubah

  3. Memang berat utk ‘tanggung’ beban tengok org yg kita syg x solat.., mcm ank2 kita yg dah dewasa la, nasihat dah, hantar ‘clip’ ceramah ustaz pon dah, infact apa shj usaha, hatta minta doa dpn Ka’abah yg mulia itu lg, tp mngkin Allah x makbulkan lg, or kita masih diuji.. nk buang ank, mmg xlah.. begitu juga jika dgn suami, sampai ‘berbuih’ mulut pon, klaw dia sendiri yg ‘culas’ solat, kita berserah diri jelah dgn Allah.. kdg2 org kata “kubur masing2”, tp klaw bule, nk juga masuk Syurga bersama2 dgn kluarga kita kan.. so, sabar n solat jela.., dan jangan lupa berdoa kpd-Nya, serta jgn putus asa.. moga2 mrk tu akn dpt hidayah utk solat n brenti merokok, sbelom malaikat maut menjemput mrk.. wallahu a’lam bissawab..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *