Kami 3 beradik. 2 perempuan 1 lelaki. Yang perempuan semua dah bekerja. Yang bongsu masih sekolah tapi selalu buat part time untuk cari duit lebih.
Kami bertiga makan hati dengan mak sendiri. Yang bongsu dia saja yang masih tinggal dengan mak tapi sekarang dia banyak duduk rumah makcik daripada rumah sendiri. Sebab mak suka bising. Membebel dari bukak mata sampai tutup mata.
Kalau balik semua mesti kena tambah2 kalau dia bergaduh dengan ayah. Ayah pun jarang balik rumah selalu pergi melepak dengan kawan sebab mak bising. Kalau bergaduh macam2 ayat nanti mak cakap sehinggakan mencarut.
Selalunya saya dan adik no 2 jadi tempat dia meluahkan perasaan. Panjang2 nanti dia akan whatapps bagitau.
Kami 2 selalu tersepit. Takkanlah kami nak burukkan ayah sendiri semata nak jaga hati mak?
Ayah kami baik, dia jaranglah nak bising atau mengadu ke apa. Semua dia pendam sendiri saja tapi selalunya kalau kami balik, dia balik rumah. Bila kami tak dak dia cuba untuk elak duduk dengan mak.
Mak jangan cakaplah, sampai jiran, keluarga, saudara mara semua dia ceritakan aib ayah.
Pernah sekali bergaduh besar sebab mak pergi mengadu dengan nenek (mak ayah) pasal ayah. Sampaikan petik nama datuk yang dah meninggal cakap anak tak gunalah. Tak sayang keluargalah. Tak kisah pasal keluarga macam2 la.
Lagi 1 mak ada habit suka menunjuk. Dia suka post status, post dekat sosial media. Nak makan luar, pergi tempat viral. Tunjuk kemesraan mak ayah macam happy family padahal belakang orang macam nak runtuh.
Dia demand nak pergi sana nak pergi sini semua tapi yang keluar belanja mestilah kami anak-anak.
Bila kami cakap duit nak simpan ke duit dah kurang ke nanti dia akan bising cakap duit gaji banyak2 pun tak cukup. Apa kami buat pakai guna untuk apa? Kenapa membazir dan macam2 lagi. Padahal itu duit kami?
Dengan saya dia jarang meminta sebab saya dah berkahwin lagi satu mungkin sebab saya tegas. Saya jarang ikut kemahuan dia.
Kami pernah bergaduh sampaikan saya takbalik setahun termasuk hari raya. Ayahlah yang call nangis2 cakap jangan buang keluarga, maafkan mak semua.
Kenapa saya terasa sampai tak balik sebab mak marah saya bawa anak makcik saya pergi makan dan tak bawak adik bongsu.
Saya tegur sembang dia buat muka masam lepastu saya tanya dia mula cakap saya teruk, berkira dengan darah daging, hati busuk jahat sampaikan saya lawan dia sebab kami keluar makan untuk bincang soal kerja. Setakat pergi mamak saja bukan pergi hotel 5 star.
Time tu saya pregnant kami bergaduh mulut sampai last sekali mak saya tumbuk muka saya sebab saya kurang ajar. Terus suami ajak balik.
Selepas itu mungkin ayah ada tegur mak, dia dah mula slowdown dengan saya. Tapi adik no 2 tak, dia demand macam2 sebab adik no 2 tu lembut sikit. Dia ikutkan saja apa mak nak.
Tapi adalah dia mengadu dekat saya. Kalau tegur mak nanti dia akan tarik muka masam mulalah drama cakap kami teruklah. Duit yang kami bagi belum cukup lagi nak bayar susu badan yang dia bagi, segala duit yang dua habiskan sewaktu membesarkan kami.
Yang bongsu tu dia belum ada akaun bank jadi kadang2 duit part time dia akan masuk dalam akaun bank mak. Adik bongsu nak minta duit sendiri pun macam2 soalan dia tanya.
Pernah sekali adik bongsu nak datang tidur rumah saya sebab mak cakap adik bongsu makan banyak, habiskan duit lepas ni dia takmau tanggung dah adik. Menangis2 adik dalam kereta. Padahal duit dia semua mak pegang. Dia mintak untuk minyak motor dengan duit topup saja.
Mak dia kisahkan sangat pandangan dengan mulut orang. Jadi dia suka control. Kalau nak keluar pergi makan ka apa dia akan tetapkan dress code semua wajib ikut kalau ada yang tak ikut memang tak tenanglah sepanjang masa makan sebab dia akan buat muka siap pakej perli, hina, cerca semua.
Kalau saya post gambar bercuti keluarga saya dia mulalah. Kenapa tak ajak mak? Mak pun nak pergi berjalan. Bosan duduk rumah. Selalu pergi mana2 tak bawak mak. Boleh nak bawak tapi kenapa tak bawak? Sebab dia demand.
Kalau pergi sini nanti kena singgah sini sebab nak try tempat viral. Bayangkan pergi KL jenguk saudara tuptup dia bagitau plan dia,l epastu kena pergi Pahang kemudian pergi Melaka turun singgah Cameron Highlands. Semua demi mak. Dia nak pergi semua tempat tapi duit takkeluar.
Kalau kami bagi duit ka hadiah ka dekat ayah,dia akan bising. Oh kenapa bagi dekat ayah saja. Kenapa mak tak dapat? Padahal tiap2 bulan saya dengan adik bagi duit dekat 1k untuk mak saja.
Kalau kami bagi hadiah dekat dia time tu juga kalau dia takpuashati dia akan cakap. Macam tahun lepas adik belikan beg dia cakap kenapa beg takda jenama? Kecik design tak lawa. Then saya bagi ayah kasut dia cakap dekat adik time birthday dia saya bawak pergi makan ja. Tak bagi hadiah pun.
Tahun ni dia mengadu microwave rosak bulan puasa nak hangatkan makanan susahlah apalah. Saya dengan adik share duit belikan dia microwave. Ayat 1st waktu saya bagi dekat dia “Kenapa kecik sangat?” “Tak eloklah colour ni” macam2 lagi.
Sumpah saya terasa sebab kami bukannya orang senang. Selesa tapi bukanlah kaya. Tapi mak demand macam kami takda komitmen sendiri. Semua duit kena bagi dekat dia.
Baru semalam dia cakap dekat adik, suruh buat loan beli tanah dekat kampung sebab dia teringin nak rumah landed. Saya dah geleng kepala dah. Malas nak campur.
Kalau ikutkan banyak lagi. Tapi saya nak meluahkan perasaan saja. Terima kasih sudi baca.
– Sulung (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
kesian awak sekeluarga dapat mak macam tu. kesian ayah awak juga
Cuba cari perawat rukyah.. Biasa ada isu dgn something else sbb mak tu jd camtu.. Ikut fitrah manusia tanpa anasir2 mistik InsyaAllah kita ni makhluk senang diurus..
Tolong adik tu buka akaun bank sendiri! Kasihan penat bekerja tapi nanti tak nampak hasilnya – utk masa depan dia juga – nak sambung belajar
Mak awk ni ada tekanan mental ni sebab tu perangai dia jd mcm tu.Cuba cek di klinik Kesihatan buat ujian DASS tentu markah utk level stress no.1…
Org x normal memang la akan membebel 24jam mcm bontot ayam
Mmg toksik juga mak awk.Sy fhm cmne tersepitnya rs bila mak asyuk nak memburukkan si bapak secara berlebihan smpai kacau mental anak.
Sy pnh kena cmni sy fhm..ibaratnya mcm takde lansung kebaikan si bapak..anak2 hbis diracun suruh benci…
Mmg spesis sakit mental dan ada inner child trauma
Dari cerita ni, aku memang rasa mak dia tak sihat dari segi mental atau emosi. Dia bukan sekadar membebel biasa, tapi nampak macam ada emosi yang tak stabil, mudah marah, dan terlalu kawal keluarga. Ini boleh jadi sebab tekanan hidup, trauma lama, atau gangguan kesihatan mental yang tak dirawat.
Beberapa benda yang buat aku rasa dia tak sihat:
Mudah marah dan mencarut, bukan marah biasa tapi sampai anak pun terkesan teruk.
Nak kawal semua benda, termasuk imej keluarga di media sosial.
Ada perangai “makan hati”, tak puas hati dengan hidup sendiri tapi lepaskan pada orang lain.
Kalau betul dia dah lama macam ni, mungkin dia ada depression, anxiety, atau trauma lama yang tak pernah sembuh. Tapi kalau perangai ni baru-baru je muncul, boleh jadi dia ada masalah lain (contoh: menopause, tekanan perasaan yang makin teruk).
Jadi, ya, aku rasa mak dia tak sihat, cuma mungkin tak pernah dapat rawatan atau tak sedar dia ada masalah.
Jgn ingat sebab dia mak..semua betul.mak pun ada yg tak betulnya
Konon dia sajalah wanita tersakiti dan asyik play victim.sah ada mental.
Bawa2 la p klinik cek kesihatan mental dan dapatkan doktor kaunseling.Takut juga lama2 jd hilang akal asyik duk mencarut je..silap2 jd gila meroyan duk kutip syiling 50sen