Aku Amee. Aku nak kongsikan kisah keluarga aku. Mungkin ada yang boleh bagi pandangan membina.
Kisahnya, adik aku (anak ke 4) duduk dengan ibu bapa kami. Dah kahwin, anak 2.
Dia bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat swasta. Isterinya surirumah sepenuh masa. Mereka tinggal di rumah ibu bapa aku sejak awal perkahwinan mereka.
Kami 5 beradik. Aku anak ke 2. Selain adik no 4 ni, adik lelaki (anak no 3) yang masih bujang juga tinggal di rumah tu.
Masalah timbul bila adik dan isteri langsung taknak buat apa-apa kat rumah. Mak aku sakit lutut yang teruk hingga berjalan pun senget.
Bayangkan macam mana mak aku selesaikan semua kerja rumah dgn keadaan macam tu.
Mak aku umpama bibik. Mak aku yang masak, basuh dan sidai pakaian termasuk pakaian anak menantu. Elok mak aku siap masak, anak menantu selamba je ambik pinggan, cedok nasi, makan. Bahagia hidup, kan.
Pernah aku minta adik aku slowtalk dgn isteri dia untuk bantu mak aku. Dan aku takde niat nak buat isteri adik aku sebagai bibik. Cukup jika isterinya sudi bantu mak aku buat kerja ringan.
Sapu sampah, kemas ruang tamu, sidai pakaian. Kurang beban kerja mak aku. . Kalau isterinya memang taknak buat apa-apa, it’s ok tapi adik aku lah yang kena buat kerja rumah. Betul, tak?
Tapi adik aku melenting. Aku dibahasakan secukupnya. Dia kata dia kahwin bukan untuk jadikan isteri dia bibik keluarga kami. Bingai punya adik! Habis kau buat mak kau jadi bibik kau laki bini tu, kau tak fikir ke?
Adik aku buta perut. Lupa diri. Selamba tutup mata dan buat mak kami seperti babu!!
Bapak aku?
Ini kalau aku cerita, buat tambah sakit hati. Bapak aku lebihkan anak lelaki. So apa adik aku buat, dia diam. Yang terseksa, mak aku.
Mak aku jenis lembut. Tak sampai hati nak tegur, atau minta anak menantu bantu. Sanggup penat sendiri. Makan hati dalam diam.
Aku tinggal jauh dari rumah mak aku. 2 jam perjalanan. Sebulan, dua tiga kali aku balik jenguk mak aku. Rumah wajib bersepah dan berhabuk.
Pakaian adik sekeluarga berlonggok di ruang tengah. Aku dan suami serta anak-anak akan kemas rumah. Aku memang tau adik dan isteri rasa mereka tak perlu buat apa-apa kerana ada bibik part time yang akan selesaikan.
Pernah juga aku balik rumah parents dan tak buat apa-apa kerana aku nak mereka tahu yang mereka kena bantu uruskan rumah.
Tak jalan daa.
Akhirnya aku mengalah.. Tiapkali balik, aku kemas rumah macam biasa, kerana kesiankan mak.
Pindah?
Dah berbuih mulut aku bagitahu adik suruh pindah. Anak dah 2 orang. Pergi cari rumah lain dan urus kehidupan sendiri.
Bila dah pindah, kalau isteri dia tak nak bangun dari katil pun takpe. Ikut suka hati kalau nak melekat sekali dengan anak-anak diaorang kat tilam.
Boleh pula adik aku bagi alasan, takde bajet untuk sewa rumah.
Hangguk dia!
Dah tau macam tu, ajar diri dan isteri bantu mak buat kerja rumah!Mak bukan orang gaji kau berdua!
Si isteri tu pun tak padan dgn sengal ubi. Bab urus rumah, besar kemalasannya. Tapi handphone 24 jam kat tangan. Bab gosip artis, masalah dalaman jiran-jiran, serba-serbi dia tau.
Paling aku bengkek, segala isu dalaman keluarga kami, habis diceritakan pada keluarganya. Pakcik makcik sepupu sepapat dia semua tau.
Pernah kantoi yang dia cerita fasal aku pada mak dia. Dia tengah bergayut dgn mak dia, loud speaker. Mak dia main hembus je kutuk aku.
Terus dia tamatkan panggilan dengan muka cuak. Eiiii rasa nak lempang!!
Aku seorang je perempuan dalam adik-beradik. So bila ada masalah, memang aku yang akan bising.
Abang aku memang tak ambik tau. Dia buat hal dia je. Aku pun takde bincang hal ni dengan abang aku. Macam bercakap dengan tunggul.
Sebab tu aku luahkan kat sini. Isu ni bukan baru. Dah bertahun-tahun. Mujur tak boleh sumpah orang. Hanya mampu menyumpah dalam hati je.
Kalau selalu tegur, boleh jadi gaduh.
Bila diam, pijak kepala.
Hmmm.
– Amee Leyli (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit
kes saya pun lebih kurang macam awak..sedih saya membacanya..