Makan Hati Dengan Sikap Adik dan Isteri II

Untuk part I, (https://iiumc.com/makan-hati-dengan-sikap-adik-dan-isteri/).

Hai, aku (Amee) kembali lagi. Terima kasih pada yang sudi berkomen dan berkongsi pandangan.

Apa pun, berkenaan penggunaan perkataan ‘bibik’ tu, aku tak berniat nak merendahkan, apa lagi memperlekehkan sesiapa yang bekerja sebagai ‘bibik’. Sepatutnya aku tak perlu guna perkataan ‘bibik’ tu. Maaf atas kekhilafan.

Sisi kabur ayah aku.

Yaasssss. Dia memang merajakan diri sendiri. Lalu sifat raja dalam diri tu disemai pada anak-anak lelaki. Dan masing-masing kurang empati. Sejak kecil aku dibiasakan buat kerja rumah.

Umpama di dahi ini telah di cop dan di bahu diletakkan beban yakni anak perempuan kena selesaikan segala urusan rumah. Mesti on time dan sempurna. Silap sikit atau tak kena di mata ayahku, hmmm mau cair cuping telinga menahan bebelan.

Mak aku? Dah hadam sangat perangai suaminya. Agaknya mak aku anggap semua tu sebagai pengorbanan (yang tak dihargai walaupun di penghujung usia).

Aku setuju bila ada yang berpendapat ayah aku takde function (dalam hal ni).

Aku respon pada beberapa komen di sini ye. Ramai yang cadangkan aku ajak/bawa/ambil mak aku, duduk sementara dengan kami sekeluarga. Benar. Itu antara langkah awal yang aku pernah buat.

Tapi, mak aku yang nak jadi isteri terbaik (tak kena tempat) dan ibu mithali pada anak menantu (berbudi bahasa lagi bersopan-santun) telah menolak cadangan aku.

Konon nanti takde yang sediakan makan minum ayah aku. Rumah bersepah. Rindu cucu. Dah boleh agak, kan?

Beberapa bulan lepas mak aku ada bertanya pada adik (masa dia dapat duit KWSP RM10k).Dia kata dia dah usaha cari rumah untuk disewa.

Hmmm, sampai sekarang tak nampak tanda-tanda nak berpindah keluar. Memang dia tak cari rumah dan taknak pindah pun (mata pandang atas, tangan kat bahu).

Ada yang suruh aku bertindak.

Nak aku bertindak cara halus ke kasar? Hihii. Cara baik sudah. Cara ke arah pergaduhan pun sudah. Dapat gelaran anak/ kakak/ kak ipar yang teruk.

Aku nyaris dipukul adik sendiri. Walhal waktu diorang kecik, aku yang jaga. Mak ayah bekerja. Aku siapkan diorang ke sekolah.

Dah dewasa, ada isteri untuk disayangi, aku pula nak dipukul. Cantik perangai.

Mungkin ada yang anggap isteri adik tak bantu buat kerja rumah sebab tu kan rumah mentua. Nak kena ikut rules mentua. Contoh nak masak, kena ikut sistem/cara masak.

Macam mana nak masak. Lauk apa patut dimasak. Lebih kurang camtu, lah. Kan?Ada sesetengah mentua, tak suka ramai-ramai kat dapur.

Lebih selesa masak seorang diri. Rumah mak ayah aku ni takde pula macam tu. Siapa pun masak, lauk apa sekalipun, kami tak kisah. Makan je. Takde nak komplen.

Cukup bersyukur bila ada yang sudi masak. Isteri adik tu kalau taknak masak, hanya temankan mak aku di dapur. Layan berbual. Tak nampak kelahap sangat nak bermaharahalela di rumah orang tua tu, kan. Hahahaha!

(Geram aku weh!)

Antara komen lain, katanya kenapa confess kat sini. Forward je pada dua ketul terung pipit tu. Hmmm. Ok, pasni aku post kisah seram je.

Kau jangan tak baca pula. Semoga tidur berpeluh-peluh.

Pernah mak aku suruh balik, kemas rumah dan masak. Mak aku ada appoinment kat hospital. Jadi pagi tu aku minta tolong isteri adik. Sapu ruang tamu je. Lain-lain aku buat.

“Sekejap lagi.” Itulah jawapannya. Dari pagi, sampai ke petang tak buat apa. Terdampar kat sofa, leka main handset. Mak aku balik dari hospital, terus duduk sebelah mak aku, buat muka sedih, cakap bisik-bisik.

Mak aku pandang aku dan tarik muka.(Masa ni, kecik hati aku tau).Isteri adik aku senyum sinis. Lepas tu dia ambil penyapu, sambil sapu dia kata, “Haa, sapu!Sapu!Sapu!”

Rasa nak bagi tendangan padu maut kat belakang badan dia. Biar lepas tu dia jalan kengkang. Uhukk!

Ada yang tanya macam mana aku tau hanya mak aku yang buat kerja rumah. Mak aku pernah cerita. Juga dari pemerhatian aku. Kalau betul mereka suami isteri bantu buat kerja, takde lah mak aku yang basuh/sidai dan angkat pakaian mereka.

Pakaian mereka sudah tentu tak berlonggok berbakul-bakul di ruang tengah. Sampah tak berlonggok kat dapur. Lantai bilik air tak berlendir.

Rasanya 4 tahun tu dah cukup membuktikan. Mungkin orang dalam rumah tak bercakap. Tapi tiap kali aku balik, rumah wajib berkerak.(Elok juga kalau aku cuci sental semua yang terpaling rajin termasuk ayah aku. Ahahahaha).

Cukuplah confession aku ni.

Terima kasih pada yang berkomen sebelum ni. Ramai yang bagi pandangan bernas dan berkomen dengan baik. Aku sangat terharu dan hargai.

Tak pasti sampai bila boleh bertahan dengan situasi ni. Mungkin selepas ni aku tak perlu balik untuk jadi babu orang lain?Siapa tahu ada perubahan, kan. Aku dah berusaha dan bertindak.

Siapa tak sayang mak. Sebab sayang ,aku sanggup bergaduh dengan adik dan ipar. Sebab sayang, aku meluah dekat sini nak minta pandangan dan sokongan.

Nak luah dengan keluarga sendiri, mereka taknak faham. (Tak mustahil sengaja tak nak berubah).

– Amee Layli (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *