Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Admin kerana sudi siarkan luahan aku.
Aku Dalila, bukan nama sebenar. Awal 30an dan berkahwin hampir 10 tahun. Ada dua orang anak lelaki. Hati aku dah tak ada ruang untuk suami.
Aku pernah jatuh motosikal masa aku mengandung anak sulung dan tunggu masa je untuk bersalin.
Dia sikit pun tak cemas tapi raut wajah dia lebih kepada meluat dan tak hantar aku ke hospital atau klinik atas sebab esoknya memang ada checkup di KK.
Masa mengandung anak sulung juga, aku dipaksa masuk wad awal seminggu sebab jantung anak lemah.
Proses sebelum masuk wad bersalin agak lama. Lepas pukul 8 malam baru selesai dan pihak hospital dah tak bagi makanan dah sebab mereka bagi awal.
Jadi aku minta suami belikan makan. Maki yang aku dapat. Dengan muka dia marah, dia salahkan aku sebab tak minta dia belikan awal-awal.
Alasan dia waktu tu dah tak ada kedai buka. Walhal kuar GH Penang tu ada je gerai tom yam. Kalau dah malas, memang malas.
Maka, aku tak makan nasi. Aku makan lauk yang mak aku bekalkan je. Nasib baik mak aku jenis sentiasa standby makanan kat rumah. Sayang Mak.
Lepas bersalin, aku jadi takut nak buang air besar sebab jahitan tak elok lagi. Tapi aku sakit perut. Aku minta suami masukkan ubat untuk cairkan najis. Tapi aku dapat makian je.
Dia kata dia sibuk pasang buaian. Walhal baby tak perlu buaian pun masa tu. Aku dah macam orang gila.
Aku cakap kat mak aku yang aku nak mati. Aku nak mati sangat. Penat dah aku sakit hati. Mak tenangkan aku. Mak suruh aku ingat Allah.
Jangan cakap macam tu takut aku meroyan. Dengan Mak aku sekali nangis. Aku taip ni pun nangis balik sebab teringat Mak aku nangis.
Akhirnya, Mak aku yang masukkan.
Aku dah tawar hati dengan suami aku sejak tahun ketiga perkahwinan.
Bermula dengan kes dia tiada masa dengan anak tapi kantoi ada masa untuk bermain apps cari jodoh. Sudahlah sentiasa kata tak ada duit tapi boleh topupkan kredit gadis yang dikenali dari apps tersebut.
Kantoi pula masa aku tengah mengandung anak kedua. Hilang arah aku dibuatnya.
Ada satu hari, aku sakit perut hingga refer ke GH pun aku pergi sendiri naik moto. Walhal dia kerja di sektor kerajaan yang boleh keluar bila-bila masa je. Langsung tak ada usaha nak hantar aku ke GH.
Ada suatu hari, kami nak pergi ke pasaraya untuk makan malam. Tapi aku tak solat siap-siap di office aku. Jadi aku solat di office dia.
Lepas solat, baru gerak ke sana tapi meja di medan selera semua dah penuh. Dia maki aku kata b*bi, b*doh. Hanya sebab aku solat. Dahla masa tu aku sedang mengandung.
Meleleh air mata aku kat situ. Aku baik lagi masa tu. Aku tak melawan pun. Kes ni aku tak ingat masa mengandung anak sulung ke anak kedua. Tapi memang aku sakit hati sampai sekarang. Makan hati.
Ada sekali tu, dia suruh aku drive kereta sebab parking office dia jauh sebab ada event. Aku tak nak sebab aku tak berani lagi drive masa tu.
Dia maki aku lagi. Macam-macam. Kata aku penting diri lagi. Sikit pun tak jaga hati aku masa aku mengandung. Haihhh…apalah nasib.
Sambung dari perenggan di atas. Kebiasaannya aku akan naik Grab sampai ke office suami dan kami akan balik bersama-sama.
Disebabkan aku tak nak drive kereta dia, dia balik macam tu je. Dia tak bagitahu aku pun dia balik. Aku tunggu dari 6.30 sampai 8 malam. Dia tak muncul.
Call pun tak jawab. Duit nak naik grab pun tak ada. Jadi, terpaksalah aku berjalan kaki 6km pada waktu malam dengan linangan air mata dan membawa anak dalam perut. Tragisnya.
Sampai rumah dia tanya aku balik macam mana. Lepas tu acah-acah rasa bersalah.
Masuk pula cerita aku nak bersalin anak kedua. Aku tak ambil beg makanan sebab banyak dah barang aku bawa. Aku minta suami ambilkan kat kereta. Tapi dia salah ambil beg. Lepas tu, dia marah aku lagi kat wad tu.
Depan doktor yng merupakan kawan sekolah dia dulu so, dia tak mencarut. Tapi masih lagi marah. Sampai aku bergenang air mata.
Doktor tu cakap mungkin dia penat. Aku faham doktor tu pun dah serba salah dan nak aku stabil je.
Aku lahir anak sebelum subuh tapi waktu nak keluar wad, tengah hari barulah suami sampai.
Masa nak keluar wad, proses lama sebab tunggu doktor ronda apa semua. Aku faham je. Lagipun bersalin percuma. Aku rileks je la. Tapi suami kutuk-kutuk segala proses. Mencarut.
Depan Mak aku lagi. Malunya aku masa tu dapat suami baran macam ni. Dah la kau tak mampu nak bayar aku bersalin hospital swasta. Tak sabar pulak tu. Aku meluat betul dengan dia.
Ok. Lepas dah bersalin anak kedua, cerita dilangkau lepas 2 tahun. Aku belikan mainan untuk anak aku. Tapi budak, bila tak dapat apa yang dia nak buat dengan mainan tu, mulalah merengek.
Nak dijadikan cerita, anak merengek masa kami nak bersama.
Suami ambil mainan anak tu, dia campak ke dinding sampai pecah.
Aku dapat tahu, aku mengamuk la sebab aku beli guna duit aku dan baru je beli pagi hari tu. Sambil aku mengamuk, aku campak mainan tu banyak kali ke dinding.
Suami aku cekik aku depan anak-anak. Lepas tu dia keluar rumah. Aku silap sebab tak report polis. Kalau tak, boleh dah kot cerai. Aku banyak kali dah minta cerai tapi dia tak nak.
Dah 2 tahun berlalu, anak aku masih ingat lagi aku kena cekik sebab dia baru je tanya pasal ni semalam. Masa tu anak-anak baru 4 dan 2 tahun.
Tapi dua-dua ingat sampai sekarang dan pernah tanya beberapa kali. Siap ingat lagi jalan cerita dari mainan dicampak sampailah suami keluar rumah.
Ni baru cerita bab caci maki dan baran. Belum bab guna duit Tabung Haji anak untuk buat pendaftaran sekolah dan nafkah lagi.
Aku rasa kan, aku dah tak boleh hidup dengan dia. Aku dah tak ada hati. Makan hati sampai tak ada hati. Tawar hati sampai hati mati.
Adakah sebahagian cerita ni boleh menjadi solid reason untuk bercerai? Atau aku patu bertahan dan bersabar. Aku tak boleh dah nak hidup macam ni. Aku nak hidup bahagia.
– Dalila (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit