Makan Nasi Basi II

Assalamualaikum and salam sejahtera. Mungkin ada sesetengah dari anda rasa ‘familiar’ dengan tajuk.

Ya, 4 tahun lepas saya menulis di sini dengan air mata yang tak henti mengalir. Dunia saya terasa gelap ketika itu.. Tentang kisah keluarga saya.

Saya titipkan link untuk anda, supaya anda lebih faham confession kali ini. Jika anda tidak membaca confession sebelum ini, anda akan sukar memahami apa yang saya tuliskan kali ini.

https://iiumc.com/makan-nasi-basi/

Saat saya menulis confession yang lepas, umur saya ialah 14 tahun. Tahun 2016. Sekarang saya berumur 18 tahun dan sedang menyambung pengajian di sebuah ipta.

Saya rahsiakan identiti dan tukar nama apa yang patut di confession yang lepas, agar tidak diketahui oleh keluarga sebelah ibu ataupun sebelah ayah saya.

Jadi disebabkan saya tidak mahu mereka tahu, saya terpaksa tidak cerita secara jelas.

Malangnya, confession itu tetap diketahui oleh mereka. Saya tidak mahu mereka memandang rendah dan rasa simpati atau kesian. Mungkin kerana ianya terlalu privasi sampai saya malu untuk memberitahu mereka.

Jujur saya katakan, apabila saya melihat confession saya sudah di-publish, saya scroll komen membaca semua komen. Hati ini terasa sedikit kecewa dan sedih sebab banyak komen negatif, tetapi jika difikirkan silap saya tidak menceritakan semuanya secara jelas.

Pertama sekali, saya cuma mahu menyucikan nama ayah saya.. Ketika itu, ramai yang menulis bahawa opah berkelakuan kedekut kerana ayah bukan kerja gomen, ayah anak yang nakal, ayah anak menyusahkan keluarga, ayah susah.

Ayah saya mungkin bukan seorang kerja gomen, tetapi cukup saya cakapkan ayah seorang sahaja yang hidup agak ‘okay’ dalam keluarganya (terutama sekali jika dibandingkan dengan paksu, jika anda faham).Kami mungkin tak kaya, tetapi kehidupan kami cukup apa adanya.

Kami sekeluarga sahaja yang tinggal jauh dari opah. Yang lain masing-masing membina rumah di sebelah rumah opah.

Walaupun adik beradik ayah ada, tetapi opah tetap akan menelefon ayah saya jika sesuatu benda rosak dirumahnya atau dia perlukan sesuatu.

Dahulu, walaupun tinggal jauh dari opah, ayah tetap akan membawa kami pulang sekurang-kurangnya sebulan dua kali. Dan setiap kali pulang ayah tidak pernah tak beri wang saku kepada opah.

Opah pula tinggal sorang sahaja. Wang yang diberikan lebih dari cukup. Tiada istilah ayah menyusahkan.

Seawal umur 13 tahun ayah sudah dimasukkan ke asrama. Dan sehingga kini dia hidup berdikari. Dan kini tinggal jauh dari keluarganya.-ini untuk membalas komen anda terhadap ayah saya.

Mak ngah juga menyatakan yang sebenarnya dia stress, jadi dia melempiaskan amarahnya kepada ibu tentang segala masalah keluarga ini. Mak ngah juga banyak makan hati yang menyebabkan dia bersifat sedemikian sebelum ini.

Fast forward after 4 years, ayah dan ibu tidak jadi berpisah. Banyak perubahan yang berlaku dalam masa 4 tahun.

Jujur saya tersentak apabila ada yang komen menyatakan saya memandang rendah penceraian. Ya betul, saya terlalu muda untuk memahami penceraian. Semasa itu, saya tidak lansung memahami isu penceraian.

Yang saya faham, ibu ayah akan bawa haluan masing-masing dan tidak akan tinggal sebumbung.Jadi selepas membaca bahawa penceraian tidak seteruk mana, malah akan membahagiakan lagi bagi sesetengah pihak, saya membuat persiapan mental menghadapi hari malang itu.

Dalam masa 4 tahun juga, opah banyak berubah. Jikalau kami mahu pulang ke kampung sebelah ibu, ayah pasti akan mempelawa opah sekali. Opah pernah beberapa kali ikut kami pulang ke kampung ibu. Dan opah melihat sendiri keluarga ibu yang sangat pemurah.

Saya tiada niat nak bandingkan, tetapi itu lah hakikatnya. Di rumah keluarga ibu, mereka akan melayani tetamu dengan baik sekali. Segala macam makanan dikeluarkan untuk dijamu kepada tetamu.

Tambahan pula, keluarga ibu jenis mempunyai satu budaya iaitu jika berjumpa keluarga mereka akan memberikan wang seperti budaya duit raya itu… cuma kami tidak perlu menunggu raya untuk dapat duit raya. Jadi, opah juga turut dapat duit.

Saya lihat, opah banyak berubah selepas itu. Dia tahu sebelum kami sampai rumahnya, kami pasti akan mengisi perut sebab kebiasaannya opah tidak masak (pak cik saudara saya akan hantar makanan setiap hari kerana mereka berjiran).

Jadi apabila sampai, kami akan dihidang dengan air dan apa apa jajan yang ada (kami bawa juga makanan, tetapi dia mahu menghidang makanannya juga).

Bab duit, saya perasan setiap kali raya dia akan bagi duit raya. Dan walaupun tak raya dia akan bagi duit juga. Saya bukan mahu duitnya, jauh sekali mengharapkan duit orang, tetapi, saya perasan sikapnya yang tidak kedekut lagi.Itu yang saya mahu highlightkan.

Tetapi still, kalau raya kami ibarat angkut dapur rumah kami ke rumah opah.Sebab kami sebolehnya tidak mahu menggunakan barang opah.Segala macam biskut, roti, spread, beras, bahan mentah, sayur-sayuran dan segala macam la makanan dibawa jika kami bermalam.

Ayah pula sekarang hanya akan bawa kami balik kampung ‘balik hari’ disebabkan dia tahu kami tidak suka lama lama di kampungnya. Dan kalau balik pun sekarang hanya sebulan sekali.

Dan kalau balik bermalam, setiap kali waktu makan kami, kami akan makan di luar jika kami tak bawa ‘dapur kami’ ke kampung.

Ibu pula sekarang sudah lebih bersikap jujur. Dia tidak lagi memendam, apa yang dia rasa dia akan cakap. Jadi dengan cara ini ibu dan ayah saling memahami.

4 tahun lepas juga, saya fikir di mana salah mereka berdua sehingga mereka masing masing tidak sehaluan. Lama saya menjadi pemerhati. Akhirnya saya temukan jawapannya.

KOMUNIKASI. Mereka tidak berkomunikasi dengan baik.Salah ibu ayah saya sebelum ini, mereka tidak berkomunikasi. Jadinya, mereka stress sebab masing-masing pendam perasaan. Sampai satu tahap, ianya jadi kusut.

Pendek kata, hubungan mereka semakin pulih. 4 tahun lepas, yang saya sering dengar ibu sering kali cakap tertekan, dia tidak sanggup lagi, dia mahu tinggalkan rumah & kami. Namun sekarang tiada lagi semua itu.

Dan alhamdulillah, saya bersyukur sangat sangat kepada pandemik covid-19 ni. Hubungan ibu dan ayah semakin akrab.

Mereka selalu keluar berjalan berduaan (anak tak boleh kacau), mereka sering berbual dan berkomunikasi dengan baik. Mereka saling tolong menolong dalam membuat kerja rumah dan banyak lagi perubahan yang berlaku.

Saya bersyukur akhirnya keluarga saya kembali bahagia. Jujur saya kataa, 4 tahun lepas semasa saya siapkan diri dengan perpisahan, saya pujuk hati dengan mengatakan,

“Tak apa la jika ini membahagiakan ibu, ibu deserve happiness too” sambil saya mengusap air mata. Sebab saya tiada siapa untuk meluahkan perasaan dan saya terlalu sedih ketika itu.

Alhamdulillah alhamdulillah dan alhamdulillah atas segalanya, allah sebaik-baik perancang. Saya mohon yang membaca tolong doakan kebahagian kami sekeluarga berpanjangan hingga ke syurga.

Saya doakan semua yang membaca akan diberikan kebahagian dan rezeki yang melimpah ruah.

– Budak Happy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *