Aku tak tahu macam mana nak mula actually. So aku taram je lah. Aku nak cerita, based on observation aku, kesan makan sekali pada sesebuah family. Well, my opinion might be wrong. Tapi mungkin betul jugak kan. Hehehe.
Aku dah kahwin. 90s kid. Family aku and family suami macam totally different. Aku kadang rasa family suami aku ni aneh-aneh je la..
First aku explain sikit lah background family aku. Family aku biasa-biasa je, bukan susah, bukan kaya. Aku membesar dengan mak aku suri rumah, ayah aku kerja biasa. Adik-beradik 5 orang. Life aku kecik-kecik macam budak kampung je. Biasa. Tak ada travel sana sini.
Aku tak pernah merasa duduk hotel sampai lah aku umur darjah 6 kot. Tak ingat dah. Permainan aku kecik-kecik? Main kat tanah lah, tak ada main game komputer ni. Cukup time mak suruh makan, dekat maghrib mandi, solat, ngaji.
Dan yang paling penting, makan sama-sama. Kalau masa sekolah je asing-asing sebab timing balik sekolah lain-lain, ayah pun kerja. Tapi malam mesti makan sama. Aku dulu tak ada rasa apa yang special dengan makan sama-sama ni. Sampai lah aku kahwin dengan laki aku.
Okay, now background family laki aku pulak. Laki aku ni boleh kata golongan have-have la kot zaman dulu. Laki aku ada bibik dia. Which is memang bibik untuk jaga laki aku. Aku tak tahu la kot laki aku kelentong aku je. Hahaha. Tapi memang pak mentua aku dulu kerja besar gak lah.
Untuk zaman 80++ boleh pergi kerja overseas tu kira hebat lah tu. Tapi family laki aku ada kegawatan ekonomi sikit masa 90++ macam tu, jadi mewah tu dah tukar jadi M40 kot. Dia tak lah jatuh miskin, tapi hilang lah mewah.
Based on cerita laki aku, dari kecik, family diorang buat hal sendiri. Mak dia biasa kerja sampai lewat malam. Laki aku pulak anak bongsu. Akak abang dah besar, mak ayah belikan game sorang satu. Kira main game kat komputer tu masing-masing lah.
Laki aku pun ibarat membesar bibik yang didik. Balik sekolah main game kat rumah member. Malam-malam tak ada lah aktiviti dengan mak ngaji ke apa. Makan pun masing-masing je. Sampai lah besar.
Lepas kahwin dengan laki aku, lepas few days macam tu, balik lah rumah dia. Mula aku macam debar. Yelah, kita ni menantu perempuan, duduk fikir nanti nak kena tolong mak kat dapur, kena kemas rumah, kena itu ini. Sekali balik, hmmm. Bosan ada lah.
Mak mentua aku dah tua-tua ni dia banyak join kelas agama online. Punya banyak tu sampai bawa makan nasi dalam bilik. Aku dengan suami aku, makan berdua je kat dapur.
Ada sesekali aku kata kat laki aku, kita tunggu lah mak. Makan sekali. Sebab tu je aku rasa timing nak borak dengan family. Time lain kadang orang sibuk, or main phone. Pastu laki aku pun kata lah kat mak dia, kitorang tunggu makan sekali.
Mak dia sungguh-sungguh kata tak payah. Mak habis kelas lambat. Korang makan dulu. Aku pun, okay lah. Aku kata, macam tu kita tunggu adik-beradik lain. Laki aku kata, adik-beradik dia tak tahu kat mana. Diorang makan kemudian biasanya.
Aku macam.. hmm, apakah. Hahaha. Aku jadi tak tahu apa function aku balik. Bukan lah tak ada langsung jumpa family dia. Ada lah sikit-sikit, tapi tak ada moment akrab, gurau senda tu. Aku tanya lah, memang biasa macam ni ke. Dia kata dari kecik macam ni.
Dari situ lah aku terfikir. Punca apa? Mak ayah sibuk? Game? Ramai je member aku mak ayah sibuk. Bila aku compare dengan life aku, memang incomparable lah, lain in every aspect.
Tapi 1 benda aku perasan, family aku pun bukan ada macam-macam rules yang mak ayah aku set sangat, ayah aku tak ada pun bonding time dengan anak-anak sangat, macam bawa jalan-jalan ke, main kat taman ke, ayah aku bawa mancing ke. Tak ada.
Cuma satu je, makan mesti sekali. Tunggu semua. Kalau ada yang tak dapat join, makanan mesti kena ingat orang tak makan lagi.
Well, aku pun percaya, banyak lagi contribute pada masalah ni. Tapi aku rasa, kalau dari kecik depa biasa makan sekali, mesti bonding tu kuat lagi. Mesti banyak cerita yang diorang kongsi. Banyak mengusik adik-beradik.
Moment berebut makanan, moment mak cubitkan lauk untuk kita, moment ayah paksa makan benda pelik, moment kita belajar jenis ikan, eh, macam-macam lah sebenarnya kau dapat dari cuma makan sama-sama.
Pengajarannya, as parents, kita kena bina family, wujudkan bonding. Banyak lagi cara selain makan actually, tapi makan ni aku rasa paling mudah sebab sah-sah semua orang kena makan hari-hari.
Sekarang aku dah biasa lah dengan style family laki aku. Tapi sedih pun ada jugak, yelah. Ingat kahwin ni tambah family, tapi aku rasa macam dapat suami je. Bonding dengan family in-laws tu kurang.
Sekian..
– Olaf (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit