Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Sebelum mula aku harap confessor dapat approve confession aku ni,,dan nak ucap terima kasih kepada semua pembaca sebab sanggup meluangkan masa untuk membaca luahan hati aku ni..
Nama aku MissQ, aku anak bongsu punyai adik-beradik 5 orang dan semua perempuan,,aku sebenarnya baru sahaja tamatkan pengajian di salah sebuah Ipta dan sekarang dalan misi mencari pekerjaan..
Cumanya,,aku rasa agak terkilan bila mana 3 orang akakaku suka sangat tanya bila nak kerja, sampai bila nak duduk rumah dan macam-macam lagi..Aku makin hari makin tertekan dengan sikap kakak-kakak aku..padahal aku duduk rumah bukan menghabiskan “boras jo” (sedih)
Sebenarnya aku nak bagitahu akak aku tapi aku tak berani (yelah aku adik bongsu kot) dan diaorang pun memang nampak kot apa aku buat dekat rumah,, bukan aku duduk saja..Bila mana ditakdirkan Allah abah aku dah kurang nampak disebabkan faktor usia dan keturunan dan mak aku pun dah kurang larat nak buat kerja dapur semua,,jadi semua kerja ni aku yang buat,,sampaikan beli barang rumah,,ke pasar raya hatta ke pasar pagi dan pasar malam pun aku yang pergi beli sorang-sorang.. Tulah cuba bayangkan kalau aku ni kerja luar?? ada ke orang yang nak belikan barang rumah aku?? serius aku sedih,,padahal akak aku tahu kot..
Saat ni aku sangat sedih sampaikan aku menagis teresak-esak sebab waktu abah nak isi air dalam cawan,,tapi air tu terkeluar dari cawan,serius waktu ni aku tak dapat membendung air mata aku bila mengenangkan kalau aku kerja nanti siapa nak jaga mak abah aku,kalau boleh aku nak berbakti kepada mereka sampai hujung hayat mereka,,aku bukan tak pandai nak servive sendiri..aku bukannya malas pun..pandailah aku nak cari rezeki dengan cara aku sendiri..
Bagi akak aku,,sebab aku habis belaja Uni dan aku pulak tak ambik Ptptn,,semuanya wang pengajian mak dan abah yang bagi, kalau boleh diorang nak aku kerja luar,,boleh bagi duit dekat mak abah sebab dah banyak guna time belajar dulu..Dan 1 lagi sebab nanti tak de orang nak dekat aku,,yelah belajar je tinggi tapi kerja tak de lepas tu duduk pulak kg tak de siapa yang nak..
Ya,,memang tak nafikan aku memang nak sangat kerja luar,,nak sangat jadi macam kawan-kawan aku yang lain,,boleh kerja dekat bandar semua..tapi apakan daya,aku masa nak tekan button “Submit” pun aku boleh bergenang air mata sebab terkenangkan mak abah..tak dinafikan jugak akak aku rajin balik kg,,jenguk mak abah..
Cumanya sorang je akak aku yang selalu back up aku sebab dia pun fikir benda yang sama macam aku fikir,,suruh jagakan mak abah dulu..Ramai jugak aku tanya pendapat kawan-kawan dalam situasi aku ni..sama ada aku kerja atau jaga mak ayah,,ada yang komen suruh kerja dan ada yang suruh berbakti kepada mak abah..
Cumanya tulah harapan aku kalau boleh aku nak jaga mak abah dulu..Aku tahu Allah tak akan membebankan aku sesuatu yang aku tak mampu dan Allah dah tentukan segala ketentuan Hidup aku..
Aku harap sangat-sangat akak aku baca confession ni..sebab aku dalam keadaan tertekan kerana selalu dipaksa untuk bekerja..dia ingat aku duduk rumah goyang kaki,,padahal aku menjual,,buat cod makanan..mana dia tahu..
Dan aku harap orang luar janganlah terlalu memaksa ex-pelajar macam aku ni untuk terus kerja “take time” untuk diaorang pilih kerja yang baik untuk diri mereka dan korang orang sekeliling kami bujannya hinaan yang kami minta cuma kami minta doa daripada kalian agar dapat kerja yang baik di luar sana dan bukannya paksa kami semata..ingat nak cari kerja sekarang senang macam “petik jari” ke boleh terus dapat..hakikatnya tak kan..
Cuma satu je soalan aku kepada pembaca semua..salah ke aku berbakti kepada mak abah aku? Dan betul ke apa yang aku lakukan ni? Aku mohon komen yang murni-murni sahaja..
Aku harap confession aku ni dapat membuka mata hati orang diluar sana dan faham apa yang aku nak sampaikan..maaf andai ada salah silap dalam penulisan aku..
MissQ, Pahang
Yang masih keliru..
– Miss Q
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit