Make Up vs Skin Care

Assalamualaikum kepada para pembaca artikel ini, admin IIUM Confession dan juga jika disiarkan kepada semua.

Nama aku Annisa (nama samaran). Berumur 20an dan masih lagi belajar di tahun akhir dalam universiti tempatan. Aku terpanggil untuk mengarang artikel ini kerana aku berasa hairan melihat kawan-kawan aku yang mempunyai pelbagai jenis make up di samping pelbagai jenis shade setiap satunya. Tetapi penjagaan muka langsung diabaikan. Kulit berjerawat.

Semasa aku mula-mula masuk belajar aku berasa kagum melihat kawan-kawan aku yang mempunyai make up penuh satu rak. Lipstick dan eye shadow nya penuh satu pencil case. Belum lagi eye contact. Begini rupanya make up untuk wanita hati aku terdetik. Tetapi muka kawan aku itu ada juga ditumbuhi jerawat. Aku bertanyakepada dia kenapa. Katanya ini adalah genetik.

Bila aku meng-google dengan lebih mendalam. Aku dapati penggunaan make up yang berterusan tanpa menggunakan penjagaan muka boleh memudaratkan lagi kulit muka. Jika genetik nya kulit mula senang berjerawat (kulit sensitif) ada sahaja skin care product yang sesuai di jual di luar sana (jangan beli yang tiada lesen perniagaan, beli secara berhemah).

Dari pembacaan aku, untuk mendapatkan pemakaian make up yang cantik dan flawless perlulah dari penjagaan muka yang betul. Bak kata orang melayu, hati bersih muka berseri. Haa ada ke? Kalau kulit muka pun dah rosak, tepek make up macam mana pun ada juga cacat cela dia. Aku pun dah mula cuba dalam menggunakan skin care ini dan hasilnya, aku cuma pakai bedak baby powder pun orang kata muka aku flawless. Lepas tu aku calit sikit lipbalm. Haa orang ingat aku nak pergi kenduri padahal aku nak ke lecture hall je.

Ini aku nak share sikit penjagaan muka yang aku amalkan (kulit aku combination, dry and oily):

Siang

1. Pencuci muka

Sangat penting untuk menghilangkan kotoran dari muka. Untuk membersihkan liang-liang pori. Jika liang-liang pori tersubat itu yang jadi jerawat. Bahagian yang ada whitehead dan blackhead tu garu-garu sikit. Tapi pastikan cuci muka dengan penuh kasih sayang. Jangan ganas sangat nanti cepat ada kedutan (untuk masa akan datang).

2. Toner

Sangat penting untuk mengecilkan liang-liang pori. dan juga memberi air kepada sel-sel kulit.

Untuk pengetahuan semua oily skin ini kedutan penuaan sangat lambat. Tapi dia ada liang pori yang besar. Untuk dry skin ini dia senang nak dapatkan kedutan penuaan tapi liang pori dia kecil.

3. Day Cream

Day Cream ini biasanya untuk menjaga kulit daripada ansir-anasir jahat (bacteria, dan oxygen). Manusia memang perlukan oxygen untuk bernafas. Tetapi oxygen ini juga memberikan kesan penuaan kepada manusia. Lagi-lagi kulit yang memang terdedah dengan udara (mengandungi oxygen). Teksture dia lebih ringan dari Night Cream.

Pastikan masa menyapu Day Cream ini jangan menggosok terlampau kuat. Tak mahu dia masuk ke dalam liang pori yang terlampau dalam. Nanti liang pori tersumbat dan menyebabkan jerawat.

4. Moisturizer

Ini sangat penting. Aku tak pakai Day Cream ini setiap hari. Tapi aku pastikan moisterizer ini aku pakai setiap hari (untuk orang Islam aku pakai setiap kali lepas sembahyang). Sebab jika kulit kering sangat senang untuk mendapatkan kedutan penuaan.

Ini pun sama, pastikan masa menyapu moisturizer ini jangan menggosok terlampau kuat. Tak mahu dia masuk ke dalam liang pori yang terlampau dalam. Nanti liang pori tersumbat dan menyebabkan jerawat.

5. Sunscreen

Ini untuk melindungi kulit dari sinaran matahari. Sunscreen ini bukan pakai sekali je masa pagi dia akan effective selama-lamanya tau. Kena sentiasa ulang pakai lagi-lagi jam 12 tengah hari sehingga jam 4 petang (pakai setiap jam). Itu sebab dia ada tulis SPF. Lagi tinggi SPF lagi lama dia punya effective. Dicadangkan sekurang-kurangnya SPF30 untuk orang Asia.

Selepas pakai semua ini baru boleh tepek make up tebal-tebal.

Malam

1. Make up remover dan pencuci muka.

Ada yang mengamalkan double cleanser. Pertama guna oil based cleanser. Kedua water based clenser. Untuk memastikan kesan-kesan make up hilang dari kulit muka.

2. Toner

3. Serum

Aku tak pakai tapi ada kebaikan dia.

4. Eye Cream

Untuk menggantikan sel-sel mati. Pastikan menggunakan jari yang ke empat (sebelah kelingking) untuk memakai eye cream. Kulit bawah mata ini nipis je. Jadi jangan kasar-kasar sangat.

5. Night Cream

Untuk menggantikan sel-sel mati. Biasanya ada Retinol, Vitamin A, Vitamin E untuk membaiki sel-sel yang rosak masa kena matahari. Teksture lebih berat berbanding Day Cream (dia akan serap sepanjang malam masa tidur).

Pastikan masa menyapu Night Cream ini jangan menggosok terlampau kuat. Tak mahu dia masuk ke dalam liang pori yang terlampau dalam. Nanti liang pori tersumbat dan menyebabkan jerawat.

6. Moisturizer

Tapi ingat penggunaan skin care ini bukan untuk MENCANTIKAN kulit tapi untuk MENGEKALKAN kulit yang sedia ada untuk masa hadapan.

Untuk pembacaan lebih lagi boleh google skin care routine for day and night. Kalau Korea punya ada yang 10 step. Yang mana berkemampuan boleh la cuba.

Semoga bermanfaat.

Terima kasih.

– Annisa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *