Makhluk Ghaib

TQ admin kalau siarkan cerita aku ni.
Tapi kalau nak siar, siar malam sikit. Biar terasa aura kehantuan Dan kemistikan cerita aku ni.

Aku pernah dengar orang kata kalau lahir tak cukup Bulan ni mudah nau nampak makhluk yang ghaib ni.
Tak taulah ini kebetulan atau suratan, aku lahir tak cukup Bulan.
Selama hidup ni Banyak dah yang aku pernah nampak.yang hitam, yang putih, yang lonjong, yang terapung, yang macam aku pon ada..Huhu..

Dulu Masa kecik, kalau tidur Kat dalam buaian kakak aku yang akan tidokan..Dia ni garang..So, kadang aku tak rasa ngantuk pon lagi Tapi disebabkan takut kakak aku Marah, aku selalu Pura Pura tido. Agak agak kakak aku dah tak ada Kat situ aku main la dalam buai..

Seingat aku, Bila aku dalam buai tu mesti ada je kepala lonjong tu main keliling buai 3 4 ekor..Ya aku Masih kecik, tapi aku ingat dengan jelas ya benda ni. Kadang dorang duk sembam Muka Kat buai tu dari luar..Bila aku intai Kat luar tak ada orang.

Naik tadika aku pernah nampak ‘benda’ ni menyerupai lembu.hitam pekat.tak nampak mata.tanduk dia tajam, duduk di depan pintu bilik mak ayah aku dengan keadaan kaki dia berada Kat atas pintu dan kepala ke bawah. Dia tengah tenung kitorang yang tengah tido.

Aku tido dengan mak ayah lagi Masa tu..Kecik lagikan. Mula mula aku terjaga aku ok je..Aku ingat bayang bayang. sekali kakak aku begerak benda tu palingkan Muka tengok kakak aku.Terus aku merengek mintak mak peluk.           

Ada antara pengalaman yang aku tak ingat sangat dah..so aku skip setakat mana aku ingat lah ye.
Bila aku dah sekolah rendah, nak upsr malam mesti ada kelas tambahan dekat sekolah.

Dekat sekolah pon aku pernah nampak elok je 2biji mata dia merah menyala, tengah tenung kami kat depan pintu pagar.
Benda tu duduk tingkat 1 depan bilik guru.sengaja aku tak bagitahu kawan lain.kang ada yang menjerit.Betapa positivenya aku masa tu..aku cakap dalam hati..owh, lampu je tu..

Naik sekolah menengah. Dalam tingkatan 3, aku ada perkemahan unit uniform di pantai sepat.. habis kelas kitorang bertolak. Jadi, aku sempat balik rumah dulu. Kawan yang lain stay kat sekolah.

Dah setel semua aku pon pergi la sekolah balik, dari jauh aku nampak macam kawan aku pakai telekung lambai aku dari bawah tangga..

Aku pon lari la dari parking nak ke kawan aku tu..kau tau, elok aku kejar dia pon lari..siap menyorok lagi sambil intai dari belakang dinding..konon aku sampai nak sergah la, sekali tengok tak ada sape pon dekat situ. Ermm..angkat kaki la terus..

Bila dah habis zaman sekolah, aku sambung belajar kolej swasta di kuantan. Aku duduk hostel yang mana dalam kawasan hostel aku ni ada Kolam besar la dekat kawasan hostel ni..rumah yang aku dapat ni pulak elok mengadap kolam ni.

Depan rumah aku ni ada mesin basuh.jadi student area hostel ni memang akan basuh baju depan rumah aku ni la.
Rumah ni 1tingkat je. Aku duduk bilik bawah. Buka je slinding door tu nampak dah bilik aku.

1 malam tu, kawan sebilik aku ni ana sakit perut pulak dah..aku memang dah rasa lain macam.rasa seperti diperhatikan.tapi aku abaikan perasaan tu.
Kawan aku pergi tandas.dekat je pon dengan bilik. Tapi lamanya dia memberut. Aku keluar nak jenguk kawan aku ni.kot pengsan ke.elok aku keluar bilik ada orang ketuk pintu sliding. Aku boleh nampak dari luar. Sekali aku tengok ada sesuatu sedang bediri depan pintu tu..dengan keadaan xjejak tanah.kain warna putih..aku nampak separuh bahagian benda tu ke bawah.

Masa tu aku masih pikir positive lagi..aku cakap dalam hati, ni mesti kerja lin dengan ida ni sebab lin dengan ida ni suka nyakat aku. Nak takut kan aku konon.. aku pangil ana dan dia menyaut dari tandas tu maknanya tak pengsan la. Bila aku paling muka pada pintu tengok dah tak ada benda tu.

Aku cepat cepat gi buka pintu konon nak takutkan diorang balik..sekali lagi mana ada sapa sapa depan rumah aku. Slow slow aku undur belakang masuk rumah kunci pintu.risau gak sekali aku pandang belakang dikokaknya nanti.

Sem demi sem pon berlalu.aku pindah duduk luar. Masa zaman aku belajar dulu susah..ayah peneroka je. Adik beradik ramai belum tentu dapat tolong..nak makan pon ikat perut inikan pulak nak beli laptop.      

Jadinya bila nk buat assigment aku terpaksa pinjam laptop kawan. Pernah dulu, aku kena siapkan kerja aku ni. Aku stay rumah kawan aku dekat block area im 8 tu. Pukul 3 pagi baru siap.

Aku tak boleh tido situ sebab esok aku kelas awal.jadi aku terpaksa balik jalan kaki dari block tu ke rumah aku. Elok je aku jalan anjing 3 4 ekor ikut belakang aku sayup sayup sambil menyalak…aku masa tu memang tak pandang belakang lah.

Buat buat cool.dalam hati Allah je tahu..segala surah yang aku tahu aku baca..tapi dalam kalut macam tu aku boleh jelas zikir Allah…Allah..Allah..je..

Takut…
tapi aku lagi takut kalau masa tu aku jumpa orang orang jahat.. yela, anak dara jalan malam sorang sorang..Alhamdulillah selamat sampai rumah.

Zaman dah nak habis belajar aku keluar makan dengan bf la masa tu.sekarang dah jadi suami.
Biasa kami keluar ramai tapi malam tu keluar makan ber2 je sebab kawan aku sorang tak ikut sorang lagi pergi melaka.

Dah habis makan kitorang pusing pusing bandar kuantan.masa tu bandar kuantan tak ler semeriah sekarang. Kitorang pegi pusing area nyah nyah belakang lorong tu..huhu…

Dah jenuh pusing pusing tengok peel nyah nyah situ kitorang pun balik la..

Dalam sejam dah balik bf aku call.tapi tak sempat angkat. Aku dah tido masa tu..bila aku angkat phone, aku rasa macam ada bayang orang tengah duduk pada hujung kaki aku.

Aku sempat pandang ‘dia’ dan dia pon pandang aku balik..owh, sepatutnya dalam rumah tu kami ber4.tapi sorang ke melaka tinggal la kami ber3. Masa tu kitorang tido di ruang tamu.

Masa aku pandang ‘dia’ tu aku ingat kak ayu yang gi melaka tu..yelah mamai dah tido aku terlupa kejap yang kak ayu gi melaka.
Aku letak balik phone dekat sebelah. Ingat nak pejam semula.tiba aku teringat kak ayu mana ada.

Aku angkat kepala sikit jenguk sebelah aku elok je si farah dengan izah tido.
Dalam masa yang sama juga ‘dia’ lalu sebelah aku. 2 3 tapak bejalan dan hilang. Lalu aku pon sambung tido dengan penuh kepura puraan lena..
Dalam hati zikir lagi..

Banyak lagi cerita aku dan benda ni.tapi ni pon dah panjang meleret ceritanya. Ada ke tah yang membacanya.cukup lah sampai sini dulu aku share kan.. Kalau boleh biar lah tak jumpa dah benda benda tu.    

Owhh..alhamdulillah..aku dengan bf dah kawen..
Dah ada baby girl comeiii…
dan…dan…
Kami tak kebelakang lorong lagi untuk mengintai kegiatan nyah…     

Sekian

– nini

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit