Makhluk Halus Berbulu

Assalamualaikum para pembaca dan admin sekalian. Pertama sekali tujuan saya menulis ni bukan sebab nak memalukan sesiapapun, tetapi saya sejujurnya musykil dengan apa yang berlaku dan mempersoalkan kesahihannya.

Semasa saya belajar dahulu, saya duduk sebilik dengan beberapa orang perempuan. Salah seorangnya ialah Najwa (bukan nama sebenar). Bila kami kenal Najwa ni pada mulanya, memang nampak normal. Tidak terlalu peramah atau pendiam, dan biasa2 sahaja. Bila kami dengan dia, tidak ada apa2 yang ganjil. Setelah beberapa minggu saya kenal dia, pada satu hari dengan tiba2, dia beritahu saya yang sebenarnya ‘hijab’nya dulu pernah terbuka, dan tidak ditutup sepenuhnya. Saya faham apa yang dikatakannya itu tapi saya beritahu dia, saya tidak pernah mengalami perkara ghaib dan saya tak tahu nak kata apa. Saya tanya Najwa apa yang berlaku dahulu.

Katanya dulu semasa di sekolah menengah berasrama, ada kejadian histeria. Najwa ni antara salah satu budak yang histeria/dirasuk. Katanya dulu dia ingat lagi ada makhluk berbulu akan memandang dia dari sudut bilik asrama, makhluk itu besar dan tinggi, tiada pakaian, hanya bulu panjang dan hitam menutupi badannya dan bermata seperti manusia, cumanya ia bulat dan terbeliak dengan besar, mulutnya terlopong dengan lidah terkeluar dan akan tiba2 tersenyum sambil menyengetkan kepala. Kemudian makhluk itu berjalan perlahan kearah Najwa dan tiba2 hilang. Bila Najwa pandang sekeliling, tidak ada. Tetapi bila Najwa pandang balik ke sudut itu, tiba2 makhluk itu muncul tepat di hadapan muka Najwa. Najwa bau busuk seperti bangkai dan meronta2. Selepas itu dia tidak ingat apa yang jadi, dan hanya ingat dia sedar dikelilingi Ustaz, ustazah dan ramai orang disekelilinginya. Katanya selepas peristiwa itu dia asyik ternampak bayangan makhluk itu di semua tempat. Makhluk itu tidak muncul seperti dulu tetapi Najwa kata dia boleh nampak bayang2, kelibat, dan bau busuk jika ‘benda’ itu ada.

Kami memang takut dengar cerita Najwa ni, dan lepas itu kami tak berani nak kemana2 sorang2. Saya pun takut juga, tapi saya pakai akal dan fikiran logik untuk menangani rasa takut itu. Semenjak Najwa cerita tentang hal itu, saya perasan dia mula berperangai aneh. Kadang2 bila kami sedang duduk di dalam bilik ramai2, dia akan memandang ke tingkap dengan lama. Kami tanya kenapa, dia akan jawab tak ada apa2. Bila kami takut dia akan alihkan topik ke perkara lain. Lepas tu dia akan pandang lagi tingkap tu dan cakap “Dah pergi pun.” Kadang2 dia beritahu supaya kami ambil tuala wanita yang telah dibuang dan basuh semula sebelum buang sebab makhluk tu asyik terhidu-hidu kat tong sampah. Korang boleh bayangkan betapa takutnya budak2 perempuan dalam rumah tu bila dengar Najwa cakap macam tu. Kalau kami berjalan di kampus, dia akan berhenti berjalan tiba2 dan minta kami pun berhenti berjalan. Lepas tu baru dia bagi kami jalan balik. Bila ditanya katanya benda besar nak melintas. Kadang2 bila kami keluar pagar rumah sewa, dia kata pandang bawah je, jangan pandang kiri kanan atas, sebab benda tu bertenggek kat pagar jiran sebelah sambil pandang kami. Kadang2 bila kami tidur, dia akan bangun tiba2 dan suruh kami berpaling ke dinding, sebab benda tu mencongok depan muka kami masa kami tidur. Kadang2 dia akan uwekk uwekk macam nak muntah sambil tutup hidung, dan suruh kami baca surah2, sebab dia kata ada benda menyinggah dan berbau bangkai.

Macam2 lagi la perkara menakutkan yang Najwa beritahu kami. Dia siap beritahu lagi, sebenarnya benda tu ada dimana2, jadi tak kiralah dimanapun benda tu akan ikut kita, cuma kita je tak nampak. Najwa cakap dia beritahu kami semua tu sebab dia sayang kami dan taknak benda tu berdendam ke tersuka dekat kami. Kira macam dia ni ‘penjaga’ kitorang lah. Lama2 kami dah lali dengan benda tu, sampaikan naik menyampah pun ada sebab sikit2 nanti ada je yang dia kata dia nampak kat kami. Contohnya masa kami tengah berbual rancak dan orang lain tengah bercerita, tiba2 dia akan menyampuk dan suruh kami tutup telinga lah, jangan pandang sudut lah, dan semua akan terdiam dan tertumpu kat dia. Sampaikan saya ni rasa macam dia ni sentiasa nak jadi center of attention dengan benda2 yang dia cakap tu. Yang best sekali, sebenarnya tak ade benda2 aneh pun yang berlaku dekat kami, cuma cerita2 Najwa tu yang buat kami rasa takut dan imaginasi macam-macam.

Perkara tu dah jadi sangat teruk sampaikan ada seorang lagi housemate saya ni, Husna, macam trauma sebab terlalu takut. Nak pergi tandas lepas maghrib pun takut, siap berteman dan tak bagi tutup pintu tandas penuh. Saya dan seorang kawan lain berbincang macam mana nak bantu kawan kami yang penakut tu. Jadi kami beberapa orang beritahu Najwa dengan lembut supaya jangan cakap benda2 macam tu depan Husna. Kesian Husna sampai tidur sekatil pun nak kene berdua. Najwa terdiam jugak pada mulanya, lepas tu dia setuju. Lepas tu dia tak cakap dengan kami pasal perkara2 menakutkan. Cumanya kadang2 dia masih berkelakuan aneh, macam tiba2 berhenti masa berjalan. Tiba2 tutup telinga dalam kereta. Tiba2 memandang sudut rumah dan berundur kebelakang dan masuk biliknya, dan macam2 lagi. Husna yang nampak semua tu boleh agak yang Najwa nampak ‘benda’ tu, dan dia jadi takut semula.

Yang trigger kami untuk buat intervention ialah bila kami pergi beraya dekat rumah salah seorang kawan kami ni dan Najwa ikut sekali. Masa beraya tu mulanya dia ok je, xbanyak cakap, tapi bila kami balik, dalam kereta dia cakap sebenarnya ada orang pernah mati dekat kawasan rumah tu dulu2, sebelum rumah tu dibina. Dia kata dia nampak orang tu berdiri luar tingkap dengan muka marah sebab tak dapat masuk. Saya yang mendengar tu menjadi marah sebab, tak payahlah cakap macamtu dekat kawan2, sebab rumah tu rumah kawan kami juga. Keduanya saya mula merasa Najwa ni ‘fake’, sebab roh orang mati mana boleh jadi hantu macam tu. Yang kelibat2 ni selalunya jin je.

Saya dan beberapa rakan lain mengajak Husna untuk berbincang sebab sejujurnya kami dah fed up dengan Najwa dan perangainya. Kami cuba yakinkan Husna yang makhluk halus tu tak akan kacau kita selagi kita mengamalkan surah2. Pada mulanya Husna susah nak menangani rasa takut. Tapi selepas saya mengatakan yang Najwa ni mungkin ‘fake’ sebab dia cerita benda tu semata2 untuk dapatkan attention, barulah kawan2 lain lega. Sebab selalunya Najwa akan cerita atau buat benda aneh, terutamanya bila kami semua ni fokus dekat orang yang lain, sebab salah seorang housemate ni macam ‘ketua’ kami la dan kami semua lebih suka meluangkan masa. Jadi bila Najwa rasa tersisih sebab populariti housemate ni, dia akan buat macam2 la sampai kami fokus ke dia balik.

Lepas tu bila Najwa bercerita dan buat benda2 aneh, kami dah buat dek je dan dah tak kisah pasal apa yang dia cakap. Kami pun dah macam kurang bercakap dengan Najwa, dan sejujurnya macam pulaukan Najwa dari geng kami. Mungkin dia pun merasa hal itu, jadi dia pun dah tak bergaul dan bercampur sangat dengan kami. Tak lama lepas tu, Najwa kata dia nak pindah rumah sewa, duduk dengan kawan dia. Dia kata rumah ni ‘banyak sangat’ sampai dia pun terganggu. Sebelum dia pindah tu dia suruh kami hati2 sebab dia dah takda kat situ, so mungkin akan ada benda2 yang terjadi. Lepas je dia pindah, tak ada apa2 pun benda yang berlaku. Hidup diteruskan seperti biasa.

Sampai sekarang saya tak tahu samada Najwa ni bercakap benar ataupun hanya buat cerita. Tak ada cara untuk buktikan kesahihan cerita Najwa. Saya cuma boleh katakan yang Allah hanya akan mengizinkan umatnya menempuhi sesuatu hanya jika mereka mampu menempuhi cabarannya. Dan nasihat saya, jangan terlalu terpengaruh dengan rasa takut sampai kita khurafat dan lupa siapa yang kita patut takut sebenarnya. Wassalam.

– Nadyah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit