Selalu rasa kenapa mak aku ni perangai tak sama dengan orang lain. Terutamanya mak2 lain.
Sedangkan setiap yang dia nak aku turuti sebab fikir sejahat2 mak pun, tetap syurga aku bawah dia. Tapi perangai dia bab kata orang utara macam haram jadah.
Hari ni aku betul2 dah hilang rasa pada mak aku. Sampai aku rasa andai neraka la tempat aku pun aku terpaksa hadap ja la. Sebab tak mampu lagi dah nak bertahan dengan perangai dia.
Mak aku umur 62, tapi tak de benda kebaikan yang aku nampak pada dia walaupun dah jejak kaki ke mekah.
Tak de pun dia fikir umur makin senja. Tak de fikir nak zikir ngaji. Buat amal.. Lepas balik umrah makin teruk perangai dia.
Hati dia penuh kotor. Dengan jiran2 dengki. Dengan ank2 sendiri dengki. Dengan menantu lagi tak payah cakap la.
Cuba tunjuk satu orang yang dia tak bergaduh. Tak akan ada.. Yang ada semua orang yang bergaduh ja la. Sebab perangai pelaq dia tu.
Kalau orang tu dia suka,kita kena suka.Kalau dia benci,kita kena benci.. Setiap benda aturan dia ja la. Nak pi mana, nak makan apa. Semua kena keputusan dia.
Kalau berjalan seharian pun tak pa. Dia paling suka nak berjalan..Tak suka duduk rumah. Tak payah sembahyang tak payah apa. .Langsung tak kisah atau bersalah. Sampai macam tu perangai. Nanti balik rumah dia qada. Ataupun kalau aku singah masjid, dia akan pi solat.
Tapi kalau lone ranger macam tu tak pa.. Ni mesti nak kena aku ikut. Kalau aku tak nak bawak, mengungkit la macam2. Dia jenis apa benda pun tak boleh bergerak sendiri. Mesti kena ada sapa2 dengan dia.
Aku ni sampai dah tak dak kawan2 tak dak kehidupan dek kerana nak jaga hati dia.. Sampai aku dah nak memberontak.
Kami adik beradik semua lelaki. Aku yang bongsu. Dan tak kahwin. Sebab setiap perempuan dia reject. Setiap perempuan dia akan buat aku bergaduh. Sebab mak aku ni jenis mata ghain.
Boleh nampak ketidak puasan hati dia kalau aku ada pasangan. Terus dia rasa tak puas hati. Terus cari kelemahan pasangn tu. Dia akan kata nanti dia cari.
Tapi lepas tu dia akan buat drama sedih nanti kalau aku kahwin konon aku tak peduli dia. Menantu tak akan suka dia. Macam2 lagi la.
Ya la, kalau aku kahwin, dia dah tak de hamba. Sebab abang2 aku dah kahwin. Dah ada keluarga. Dah tak boleh ikut cara dia.
So aku ja yang jadi mangsa. Aku tak kisah nak jaga mak.Tapi perangai dia aku tak suka. Setiap masa kena bawak dia keluar. Aku kena hidup untuk dia ja. Aku dah macam hamba untuk dia. Aku tak boleh ada kehidupan aku sendiri.
Aku nak enjoy dengan kawan2 dia tak akan suka. Sebab dia tak boleh duduk rumah.
Bila keadaan ni berlaku kat aku, baru aku faham kenapa selalu kita dengar anak tingalkan mak ayah kat rumah orang tua la.
Anak2 tak nak jaga mak ayah la.. Jangan marah anak2 tu. Sebab kita tak tau perangai mak bapak tu macam mana dulu.
Memang selalu kita dengar, masa kita kecik mak jaga kita.
Tapi dah besar tak mampu nak jaga.. Bukan tak mampu nak jaga, tapi setiap benda kondem. Setiap benda mengata.. Tambah dengan perangai yang cukup hina.
Beza tau tak jaga budak kecik dengan orang tua. Tak sama.. Perangai orang tua menyakitkan hati.
Bagi mak aku setiap benda salah.. Abang aku bagi 1 sen untuk keluarga besan dia, 100 tahun dia mengungkit. Macam kita habiskan duit dia pulak.
Sebab dia tak suka kita buat kebaikan apa pun pada orang lain.. Buat kat dia tak pa. Macam dia superior sangat kita kena layan dia.
Macam2 isu berlaku dalam rumah kerana perangai mak.. Kak ipar aku belanja orang makan ja pun.
Dia jadikan isu besar. Bergaduh teruk sampai abang aku keluar rumah. Sebabnya kononnya kak ipar tak kerja.. Kak ipar habiskan duit anak lelaki dia untuk benda tak faedah.Padahal tu duit suami dia.
Satu lagi perangai buruk dia, suka pasang telinga dengar apa orang cakap. Aku malu weh..Aku malu dengan perangai mak aku.
Jiran bersembang dia akan curi dengar, kami anak beranak lagi tak payah cakap. Lepas tu bangga pulak dengan sikap setan dia tu.
Nak tahu orang bercakap apa.Mengata apa. Sebab bagi dia orang akan sentiasa mengutuk dia.
Kalau dengan kami, semua benda kena cerita dengan dia. Tapi kalau cerita pun dia bukan faham. Tapi sibuk semua benda nak tahu.
So bila kita dah stop cerita dengan dia, dia mula buat macam tu.. Suka pasang telinga dengar orang bercakap apa. Abang cakap dengan bini pun dia curi2 dengar. Perangai menjijikkan. Mungkin dari dulu pun perangai dia macam tu kot.
Banyak lagi perangai buruk dia..Aku sendiri malu nak tulis. Kalau bagi sedekah 1 ringgit pun dia tak puas hati.
Tak puas hati sebab bagi dia kita bagi dekat orang yang salah.. Kononnya dia ja yang tahu sapa pengemis yang betul dan salah.
Perangai mak aku ni dah macam orang gila orang psiko.
Cucu2 satu pun tak rapat atau sayang.. Kami anak2 pun sama.. Sebabnya terikat dengan tangungjawab ja nak kena jaga dia. Aku mengaku tak dak rasa sayang pada mak aku. Hanya tangungjawab semata2.
Ni time raya, ada sorang kawan tempat kerja orang sabah.. Dia tak balik kampung sebab cuti tak panjang.. Lagipun tiket mahal.
Dia saja la satu2nya kawan yang aku rapat. Aku ajak dia beraya kat rumah.. Pagi tadi pi beli barang. Kawan aku ni ada masalah bahu. Dia pernah operate.
So aku offer nak bawak barang2 dia beli. Masa tu mak ikut jugak.. Ya la dia memang tak boleh duduk. Pergi mana pun wajib bawak dia. Semua dia akan sibuk2 nak ikut.
Kalau tak segala drama air mata, segala sumpahan keluar. Aku malas nak stresskan diri. So bawak ja la..
2 kali aku mintak barang kat kawan aku, kali kedua tu dia tarik aku ke tepi, dia terus tegur kenapa bawak barang kawan2 aku.. Biar dia sendiri barang.
Aku terus bengang la.. Itu pun nak jadi isu ka. Terus aku mengamuk.. Aku kata aku ni dah 30, masih nak kawal hidup aku ka.
Sengaja aku bagi balik barang kat kawan aku.. Terus dia kata aku malukan dia depan kawan aku.
Aku kata aku makin benci dengan perangai dia.
Mak aku ni sikit pun tak kenang jasa atau budi orang.. Tapi bagi dia,budi dan jasa dia yang paling banyak.. Lepas tu orang tak kenang.
Buat apa pun tak ikhlas. Nak kena orang puji dia. Sejuta tahun mengungkit.
Masa 2 pagi mak aku balik dari umrah, kawan ni la tingalkan kerja, tingalkan semua bawak keta dia drive hantar mak aku balik 6 jam perjalanan ya. Sebab mak aku tak sihat masa tu.
Tu semua tak nampak satu jasa untuk dia..Tapi hanya kerana aku belanja kawan teh tarik secawan, terus dia rasa duit semua habis kat kawan2.
Terus dia tak puas hati. Asyik dok mengata kawan ambik kesempatan. Aku ni baik tak tertempat la.
Aku bawak kereta kalau kawan tu ada, dia tak puas hati kalau aku bawak.. Bagi dia, biar kawan bawak. Biar aku rehat.
Dia sangat selfish. Hanya dia anak2 selamat tak pa.. Orang lain jadi apa pun dia tak kisah. Tapi kalau bersusah payah untuk dia, dia tak peduli semua tu.
Sebagai contoh aku keluar dengan kawan2 balik pukul 10 malam. Terus dia masam muka. Sebab dia tak puas hati..Dia akan sengaja kata, esok kan kerja awat tak balik awal tido awal.
Tapi kalau aku bawak dia berjalan, pukul 10 aku nak balik, dia akan kata awal lagi. Biar sampai rumah dalam 11 lebih. Sampai2 tido. Yang tu dia tak kisah pulak esok aku kena kerja. Tapi bila kita ungkit semua tu, ada ja la putar belit dia apa2. Nak nampak dia tak salah.
Entah la.. Meluat nak cerita pasal dia. Dok bangga dengan duit harta dia.. Kononnya sebab dia ada duit, kami ni dapat merasa macam2 sebab duit dia. Jadi dia pijak kami macam mana pun kononnya kami akan tetap jilat dia.
Tu tanggapan dia. Tapi dia tak mau terima kami terpaksa jaga dia hanya kerana dia tu mak kami..Bkan sebab duit dia ka apa.
Dia rasa nak pi sana sini, bila kami kata tak dak duit. Dia akan bagi duit. Tapi bagi dia, tu benefit yang kami tumpang dari dia. Dia tak nampak dia yang nak pi situ.
Hari ni aku gaduh dengan mak aku sebab dia hina kawan sabah aku tu depan2 dia. Dia kata tak rasa malu ka mai rumah orang makan free duduk free. Dia cakap masa aku tak dak.
Patut kawan aku tiba2 nak balik dah. Lepas tu dia kata tak mau berkawan dah dengan aku. Sebab mak aku kata dia dok buli aku.Kikis duit aku.
Aku rasa teramat2 malu dengan perangai mak aku. Sekali lg aku hilang orang2 baik kerana mak aku..
Aku buat keputusan nak keluar dari rumah.. Tapi sekali lagi tangungjawab menhalang aku..
Macam mana dia nak survive kalau aku tak dak..Mak aku tak pandai baca tulis. Nak keluar duit kat atm pun tak tau walaupun dia ada pencen bapak aku banyak.
Lagi satu mak aku baru buat laser mata. Dah 2 bulan lebih. Masih perlu penjagaan. Setiap bulan kena chek up.
Entah la fkir2 semua ni, aku tak mampu jugak nak lari. Aku masih di rumah ni. Cuma tak bercakap dengan mak..Sentiasa elak berjumpa mak.
Aku masih masak dan buat kerja rumah untuk dia. Cuma sejak kes tu, nampaknya ego kot.Dia tak sentuh masakan aku.. Dia pergi masak sendiri.
Tak kisah la yang tu.. Cuma mungkin bila dalam hati masih ada simpati, selagi tu la kot orang akan ambik kesempatan walaupun tu mak kita sendiri.
– is (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sakan……
Awak cari rumah sewa walaupun masih tinggal dgn mak. Bagi alasan supaya awak tak terpaksa berkepit dgn mak 24 jam. Takkan setiap hari kena bawa mak kluar. Cuba jadikan seminggu 2 kali bawa mak keluar. Kalau rasa permintaan tu tak wajar tak pyh la turutkn. Jgn layankn sgt permintaan yg bukan2. Walaupun awak bongsu tidak semestinya tgjwb dipikul awak seorg. Emak jd tgjwb abg awak jg. Jika mak bising2 awak keluar just pekakkn telinga dn ckp pdnya awak lelaki dn ada kehidupan sendiri. Jangan anggap awak anak derhaka jika tindakan awak betul. Mak awak tu merantai awak utk kesenangan dia…selfish.