Hi, aku Sarah. Perkahwinan aku bersama suami dah tiga tahun dan mempunyai seorang anak.
Setiap kali gaduh suami aku akan kata nak cerai, sedangkan seteruk teruk marah aku pun tak pernah minta cerai.
Kami sama2 bekerja, tapi pendapatan aku lebih banyak berbanding suami.
Aku boleh drive sendiri dan pi mana2 pun aku boleh buat sendiri. Dan aku boleh bawa anak aku bersama dan boleh handle anak sorang diri.
Sekarang aku rasa kosong dan sunyi. Suami kalau malam2 asyik dengan hal dia sendiri dengan handset melekap di tangan..
Aku dengan anak aku dunia kami sahaja. Pada aku masa aku lebih penting dengan anak sebab aku akan rasa bersalah kalau aku tak luangkan masa yang ada dengan anak..
Yalah bekerja kan bila lagi nak luang masa dengan anak selain masa malam dan cuti.
Suami aku? Hmm bersembang dengan aku bergelak ketawa aku pun tak ingat dah last bila. Dia lebih suka dengan hobi dia malam2 akan balik 2-3 pagi.
Lepastu bila aku bising katanya aku tak hormat dia la. Dia banyak mengalah lah, aku kongkong dia lah. Nafkah duit tu apatah lagi ada jugak kadang2 tak bagi.. Aku stress.
Kami berlatar belakang yang berbeza. Aku tak suka duduk ramai2. Aku ajak pindah duduk sendiri katanya belum mampu lagi. Tapi ada dia cuba?
Aku tengok orang lain lagi susah dari kami mampu sewa rumah. Aku tak minta rumah besar pun cukuplah kami anak beranak sahaja.
Ni duduk rumah mertua selama bertahun aku stress sebab tu semua bukan barang aku, bukan tempat aku sepenuhnya. Hanya bilik sahaja tempat aku..
Aku tak ramai adik beradik dan terbiasa hidup berdikari. Tapi bila kena menumpang rumah mertua aku rasa tertekan sebab tu bukan kawasan aku yang selesa. No privacy.
Aku terbayang kalau hidup kami bercerai dan anak kena bergilir dengan aku esok lusa dengan suami pula. Macamana aku nak tanggung semua tu? Aku tak boleh berpisah dengan anak lama2.
Kalau bab berbincang? Hmm dah berbuih mulut aku. Kalau aku naik angin dia lagi 2×5 naik angin. No solution..
– Sarah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
pergilah ke jabatan kaunseling mahkamah syariah dapatkan bantuan..
sila minta nafkah2 yang sepatutnya anda dapat..
cuba la contact lawyer syariah tanya. kalau anak kecil lagi mmg hak penjagaan sepenuhnya pada ibu. so tak jd masalah kot kalau rotate2. nak lg senang pindah je tempat kerja jauh. lepas dpt hak jagaan sepenuhnya. bincang dgn lawyer dan kaunseling tapi tgok juga kalau kaunselor tu bias baik tak pyah. terus consult lawyer. banyak view kita boleh nampak. bg sy tanya lawyer dulu isu hak jagaan anak ni. tapi jgn tggu anak besar sgt lagi susah nak settle hal2 sekolah ke apa. at least kalau anak masih kecil senang sikit nak tukar sekolah or what
Jangan dan tolong jangan bagi alasan anak agar tunda perceraian.
Sampai bila awak nak cederakan hati sendiri.Ternyata awak yang sentiasa bersama anak bukan suami toksik tu.
Telefon melekat di tangan tu sebab dia busy cari betina sundal dlm apps .tak pun tengah kongsi gambar pornografi bersama…
Laki kau tak boleh dipercayai.
Red flag sangat Dia ugut cerai tu sebab dah ada sundal lain.. percayalah ckp aku
Minta maaf, tp klaw suami dah kerap sebut nk ‘cerai’, itu bukan perkara yg boleh dibuat main2, sbb ban cerai ni, klaw bergurau pon bole jadi jatuh talak tu.. puan kena bertanya dgn pejabat agama tentang perkara ini, agar sahih hubungan antara puan dan suami.. lg satu, klaw suami tu asyik bermain hp, dan tiada usaha utk menyediakn tempat tinggal yg slesa utk isteri n anknya, dia spt tiada ‘wawasan’ utk kluarganya.. klau begitu, cuba tnya knapa dia decide nk kawen dlu.. klaw stakat nk seronok dgn hobi or kwn2, lbh baik dia terus membujang je dlu.. bila akad telah dilafaz, dia dah ada tanggungjawab kpd kluarga dan patut tunaikan apa yg diianjikan dlm lafaznya itu.. hidup ini bknnya mudah, tapi jika x ditangani dgn baik di dunia ini, maka hidup di Akhirat nt lagi lah susah.. mmg tidak semua yg kita nk akn dapat, tp jika seluruh kehidupan ini ‘pahit’ dan tiada manisnya, lagilah terasa kerugiannya.. puan masih muda, mngkin ada kemungkinan hidup puan akn jadi lebih baik selepas ini.. manusia boleh je berubah, jika dia mahu.. tp jika ditaqdirkan, jodoh x berpanjangan, puan serahkan lah kpd Allah SWT.. slalunya ank2 kecil akn tetap bersama ibunya, lg pon puan mampu dgn pendapatan yg ada (ditambah jika ayah nya akn memberi nafkah kpd ank), tentang giliran menjaga pula, klaw anak tu ada di dpn mata pon ayahnya mcm x kisah, kemungkinan juga dia x mau menjaganya bila dah berpisah.. apa2 pon, jika terpaksa berpisah pon, biarlah secara baik dan masih bole berbincang, supaya tiada pihak yg sengaja berbuat sesuatu hanya kerana ingin mnyakitkan pihak yg lain.. wallahu a’lam bissawab..