Makin Menjadi-jadi

Aku Kurma dan pernah menulis luahan aku sebelum ni di sini, (https://iiumc.com/manis-menjadi-tawar/).

Seperti luahan sebelum ni, aku tinggal dengan mak mertua aku dan masih lagi tinggal sebumbung. Tak sabar tunggu bulan 1 2023 seperti yang dijanji suami yang aku cintai untuk pindah ke rumah sewa.

Musim sekolah bermula dan anak-anak menantu mak mertua aku pun balik.

Aku tak tahu bila mereka nak sampai sebab aku hanya akan tahu bila mereka dah sampai atau akan dimaklum oleh suami aku lagi beberapa jam mereka nak sampai.

Bagi aku, tak ada isu lah. Dah aku pun tak diupdate so aku pun buat biasa-biasa saja menjalani rutin harian aku.

Oh sebelum ni aku tak mention yang aku pergi kelas mengaji Isnin hingga Khamis dari pagi sampai tengahari. Dan kadang-kadang aku akan lewat balik sebab ada appoinment dengan client.

Nak dijadikan cerita, bila mana mak mertua aku tunggu anak menantu cucu beliau sampai, beliau boleh aku katakan bersikap sombong dengan aku. Cakap macam nak tak nak.

Ok lah anak menantu cucu jauh nak balik. Aku pun malas nak ambik port dengan perangai beliau.

Sebelum ni aku pernah cerita pasal penggunaan washing machine kan. Washing machine tu dah 14 tahun tak silap aku dengar dari adik ipar perempuan aku.

Masa tu anak adik ipar perempuan aku guna washing machine dan nak dijadikan isu, washing machine problem – tak boleh spin dry.

Dan naluri aku kuat mengatakan mak mertua aku kaitkan nama aku dengan problem washing machine tu. Aku berani kerat jari. Semua salah aku punya lah.

Mak mertua aku ni dah berumur 80an dah pun. Suami aku kata beliau dulu mengajar budak-budak kampung mengaji tapi aku tak sangkalah perangainya dan sifatnya begini.

Aku sejak kena tegur teruk tu memang aku dah tak masak dah. Aku dah trauma. Setakat pergi dapur bancuh susu/ milo dan potong buah ja.

Bagi aku buat kerja rumah salah, tak buat pun salah. Lebih baik aku tak buat, tak menguris perasaan aku sendiri. Dah lah penat lepas tu kena marah, kena umpat lagi kannn

Berbalik pada cerita adik ipar aku balik menjenguk maknya. Hampir seminggu bercuti di kampung, seminggu jugaklah anak beranak berjalan sana sini.

Mak mertua aku tak ikut mereka pergi berjalan. Maybe adik ipar aku ada ajak tapi dia tak nak ikut. Keluar pagi, tengah malam baru balik. Seminggu macam tu lah.

Semestinya mak mertua aku dah ceritakan semuanya keburukan aku tak memasak dan selalu keluar rumah

(Actually aku jumpa client ja pun, kadang-kadang suami aku teman jugak) kat adik-adik ipar dan kakak ipar aku melalui phone call masa aku tak ada di rumah atau aku di bilik selama ni.

Patutlah adik mak mertua aku pernah cakap mulut kakak dia jahat dan ianya diceritakan kat aku dari mulut mak mertua aku sendiri. Pendek kata, mengata diri sendiri lah.

Aku tak melepak di ruang tamu sebab mak mertua aku ni suka tutup pintu dan tingkap. Aku rasa tak bernyawa dan semestinya aurat aku jugak sebab ada adik ipar lelaki tinggal bersama. TV pun mak mertua aku kedekut nak on.

Oh mak mertua aku ni, bila dengar bunyi enjin kereta aku ja, dia akan buat-buat tidur dan alihkan muka ke dinding.

Kadang-kadang beliau mengintai aku dari dalam rumah jugak sebab pernah terkantoi masa aku bukak pintu nampak beliau baru berjalan dari depan pintu nak ke katil beliau.

Buruk kan perangai. Buat pengetahuan pembaca, aku tak pegang kunci rumah so aku akan bagi salam dan tunggu beliau bukakan pintu.

Itu pun kadang tak bukak, aku akan call suami aku untuk balik bukakan. Aku tak nak pegang kunci rumah sebab aku takut aku akan dituduh macam-macam lagi.

Ada sekali tu, ada ja mak mertua aku dan adik ipar lelaki kat ruang tamu tapi pintu dan grill memang berkunci rapat.

Macam mana aku tahu? Sebab masa suami aku balik bukakan pintu, adik ipar lelaki aku duduk di kusyen baru nak angkat buntut dia masuk ke bilik. Mak mertua aku? Macam biasa pura-pura tidur time maghrib.

Lepas beberapa hari adik ipar aku yang jauh ni balik, kakak ipar aku pun bertandang. Depan-depan aku kakak ipar aku memerli.

Aku tahu sangat dia sengaja. Dia memuji adik perempuannya tu masak untuk family yang mana aku sedia maklum memang dia memasak untuk family dia even dia bekerja.

Yang membezakan adik ipar dengan aku adalah, dia tak tinggal dengan mak mertua. Aku pulak tinggal dengan mak mertua yang banyak kerenah. Semua barang dapur nak dicatu. Masaklah sendiri, aku tak reti.

Yang paling menusuk di hati aku sampai aku tak boleh lupa yang mak mertua aku mengamuk sebelum ni,

Dikatanya suami aku tak reti ajar isteri (akulah) walhal aku tinggal dengan dia tak sampai sebulan serba serbi aku buat tapi itu yang keluar dari mulut dia. Sampai ke mati aku akan ingat.

Aku tak berkira tapi beliau beliau nak berkira dengan aku. Almaklum dah terkeluar dari mulut beliau sendiri, menantu tu tetap orang lura.

Baiklah, aku mengerti dan aku akan buat macam mana yang beliau nak aku jadi. Jadi orang luar.

Adik ipar perempuan aku pun selepas seminggu maka dia pun dah balik ke negeri dia. Diganti pula dengan adik ipar lelaki 1 family balik.

Macam biasa, aku tak tahu bila dorang nak sampai sebab tak dimaklumkan.

Dan macam biasa mak mertua aku akan buruk-burukkan aku. Almaklum tinggal sebumbung. Macam banyak pulak buruk aku even aku dah kurang communicate dengan beliau sebab beliau refused nak bercakap dengan aku.

Cuma aku still hormat lagi, tanya nak makan apa setiap kali aku nak keluar dinner dengan suami aku.

Adalah sekali dua aku sengaja tanya mak mertua aku, anak adik ipar lelaki aku tak datang ke cuti sekolah ni.

Untuk makluman, adik ipar lelaki aku bercerai dan anak-anak tinggal dengan ex-wife. Mak mertua aku mudah ja kata dia tak suka budak-budak tu sebab suka buat sampah bila datang tinggal sini.

Bagi aku dorang tu still budak-budak kecik, tegur elok-elok mesti dorang dengar. Mak mertua aku siap ulang cucu-cucu tu kata kat dia mak tok tak suka mereka.

Pada aku, ok aku dah nampak nasib anak aku nanti macam mana almaklumlah bukan menantu kesukaan dan bagi beliau kemungkinan baby dalam perut aku ni bukan dari benih anak beliau yang kannn. Lagilah menyampah kat aku dan anak aku nanti.

Kadang-kadang aku terasa jugak. Tipulah kalau tak terasa kann. Kadang-kadang aku menangis dalam bilik air. Kadang-kadang menangis dalam bilik masa suami aku tak ada. Aku tak nak suami aku tahu dan gaduh dengan mak dia.

Banyak aku pendam sendiri. Dan aku firasat aku mengatakan mak mertua aku tak percaya aku mengandungkan cucu beliau almaklum lah aku dan suami aku PJJ selepas nikah dan lepas sebulan baru aku disahkan mengandung.

Sebab apa aku katakan macam tu? Sebab adik ipar perempuan dan kakak ipar aku asyik tanya kandungan aku dah bape minggu dan dorang akan kira.

Macam what the devil thinking of you guys termasuklah mak mertua aku. Ingat aku mualaf, aku tak tau halal haram ke?

Anak-anak menantu beliau balik sekejap-sekejap ni pun rasanya macam-macam tuduhan dan fitnah mak mertua aku terhadap aku.

Aku malas nak ambik port. Bagi aku tak lama dah beliau nak hidup pun. Kalau betul beliau mengumpat, memfitnah aku, memang aku takkan maafkan beliau sampai bila-bila.

Sekarang aku cuma tak sabar tunggu hari nak pindah ke rumah sewa dan masak apa yang aku suka. Aku pun dah mula beli barang-barang keperluan dapur dan simpan dalam bonet kereta.

Doakan baby, suami dan aku sihat dan sentiasa menyayangi antara satu sama lain. Sentiasa dalam lindungan dan kasih Allah.

– Kurma (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *