Assalamu’alaikum semua. Tajuk straight to the point kali ni. Terima kasih Admin kerana siarkan confession yang saya tulis Ahad lepas. Genap seminggu makcik menulis lagi walau asalnya ingatkan nak buat luahan perasaan one off sahaja.
Boleh baca confession makcik yang lepas di sini, (https://iiumc.com/susahnya-kahwin-lelaki-susah/).
Actually saya tiada FB & I read responses pembaca from someone’s FB. Saya baca & submit confession through IIUMC website. Di situ, cuma ada 1 komen & 16 responses (via symbols).
Seperti yang saya inform, seseorang yang rapat forward kisah IIUMC. Dialah yang beritahu macam² reaksi orang beri terhadap confession melalui FB.
Saya aware apa sahaja kita baca di sini adalah versi sebelah pihak sahaja. Bila membaca, kena juga fikir kemungkinan lain dari pihak lagi satu.
Jadi ketika menulis saya elakkan ianya berbaur fitnah. The exact same thing bila dibentangkan kepada pihak suami, it can’t be disputed sebab ia fakta, bukan auta atau exaggeration.
Benda paling penting saya nak clarify ialah tentang ibu mertua saya. Walau orang tak kenal, amat penting saya betulkan perkara ini kerana dia seorang yang sangat baik, antara wanita yang saya kagumi.
Saya sampai baca semula 2-3 kali confession yang lepas, saya tak mention ibu mertua saya bermasalah atau bersalah. Saya minta maaf atas kekurangan penyampaian saya hingga ada yang salah faham. Saya cuba beri pencerahan kali ini.
Ibu biasa cerita dengan anak² saya (cucu-cucunya) bagaimana suami saya (abah mereka) membantu dia meniaga sambil jaga adik² yang masih kecil. Mereka berdua seperti tonggak keluarga.
Dari mula menikah saya pelik kenapa bapak tak kerja tetap padahal ada 8 orang lagi belum lepas. Selain suami yang dah kerja beberapa tahun, yang lain tu dari belum sekolah sampai di Universiti perlu ditanggung.
Memang masa bercinta dia ada few times cakap, “Mak bapak saya selalu gaduh”, “Ibu tak berhenti kerja berat, kesian ibu”. Dia tak elaborate. Saya hanya faham sepenuhnya selepas berkahwin.
Saya tahu struggle Ibu bertahan dengan suaminya. Saya kan jadi tempat dia luah perasaan. Cerita yang sama dia ulang banyak kali pun saya dengar juga.
Tabah. Tapi saya tidak dapat contohinya. Saya rasa sangat tertindas. Semasa saya beritahu Ibu saya lapor ke Pejabat Agama mengenai anaknya, Mak tunduk sahaja, diam seribu bahasa.
Saya tak boleh biarkan dia terus dengan perangai bapaknya. Masa tu saya fikir it’s now or never. Takpelah, cukup part tu, takut jadi confession siri 2 pulak.
Saya nak ucapkan terima kasih atas sokongan & doa yang diberikan. Terasa tiba² ringan bebanan perasaan.
Hanya Allah sahaja yang membalas budi baik kalian terutama yang hargai sharing saya, baik lelaki atau perempuan, baca keseluruhan cerita & berusaha fahami intipatinya. Siap quote balik perenggan² dalam confession saya.
Yes, it ain’t about dollars & cents but the mistreatment. Bukan susah harta tapi pemikiran. Whole story bukan pasal duit.
Hidup Mak dalam air mata (pembaca ni namanya Suhaila, saya rasa macam dia je yang komen kejerihan Ibu Mertua saya). Kita dah sungguh² nak jayakan marriage tapi spouse buat spoil.
Time susah isteri redho tiada nafkah tapi bila senang jangan suami buat tak tahu – ini komen pembaca yang ada simbol berlian, kreatif juga IIUMC beri virtual diamond to Top Fans!
Saya quote antara pembaca yang dapat the gist of my sharing setakat yang saya ingat. Alhamdulillah, ada yang faham & tahu tujuan saya sekadar meluah & sama-sama ambil pengajaran dari perkongsian pengalaman.
Kesimpulannya ialah mengenai hak yang dinafikan, tanggungjawab yang terabai, isu sekufu & rasa hormat yang hilang hingga hilang juga kecintaan. Bertindaklah sebelum terlambat.
Kepada yang single & tanya pasal anak dara saya, Alhamdulillah dia sihat, sedang PdPr, belum sampai umur untuk dipinang dengan Bismillah.
Makcik ni taklah tua sangat, belas tahun lagi nak umur bersara paksa. yang lelaki pun sedang belajar, mereka semua nampak matang, faham situasi di rumah ini.
Lagipun the marriage was ok until after 13 years.. baru saya start ‘berbunyi’. Saya berterus terang dengan semua anak tapi sedaya upaya elakkan toxic environment seperti confront husband depan anak².
Bila saya cerita 20 tahun punya milestone, ianya bukanlah berlaku tahun ini, but in recent years. Bukanlah sepanjang masa 20tahun saya menjeruk rasa.
Saya ada sebut mula2 saya bahagia, sebelum kawin dah sanggup korban. Cuma bila suami dah ok & saya cukup bukti bahawa dia mampu tanggung family, timbul perasaan tidak puas hati kerana suami ambil kesempatan. Tambahan pula, selain duit, isu² lain turut tak membantu keadaan.
Ada juga yang sebut nasib gaji saya besar. macam ni, masa bujang kami menyewa bersebelahan rumah, saya dah ada kereta (from parents), dia naik motor.
Jadi dia tahu saya memang berharta tapi in terms of gaji, masa nikah, gaji saya lbh kecil. I was earning RM1.5K, dia pula 2K+ tapi banyak komitmen.
Kemudian kami pula kerja di Negeri berlainan, PJJ few years, makin berdikari saya selesaikan hal rumahtangga baik hal kewangan atau urusan pentadbiran yang lain.
Sampai satu tahap saya tak lagi boleh berdiam diri, saya tuntutlah hak kami anak beranak. Masa muda duit untuk keluarga dia,
Kemudian duit untuk business pulak & perhatian untuk keluarga dia yang besar itu serta geng lepak, jadi kami ni bila nak sampai giliran untuk dapat pembelaannya.
Tapi lepas 20 tahun baru saya nak keluar skrip- dalam hidup ni saya ada awak & anak2 sahaja, kenapa buat macam kami ni tiada makna.. huh, agak terlewat. Saya dari awal mengaku kejadian ni berlaku punca dari silap saya juga. Too naive & trusting & loving & self sacrificing.
Kepada yang respond, harap suami saya baca confession dan jawab, Allahuakbar, makbullah hendaknya sebab saya sebagai isteri lebih lagi hendakkan jawapannya.
Jika saya boleh pasang wayar kemudian sambung ke komputer untuk decipher pikiran & hati suami saya, memang saya akan buat. Saya nak tahu di mana silap saya hingga ‘hilangnya’ lelaki yang janji akan melindungi saya & jaga saya sepenuhnya.
Saya tanya berkali² kenapa buat kepada saya apa yang Bapak buat kat Mak. Dia akan cakap, dia tak buat begitu.
Bila saya nangis & cakap sampai hati awak macam nakkan saya untuk kemudahan hidup awak, mentang2 saya dah tiada mak bapak & adik beradik yang boleh defend, nampak juga dia macam kesal.
Then dia sebut saya tahu saya salah, kemudian minta maaf. Namun default settings dia susah saya nak ubah. banyak kali balik kepada cara lama.
Alhamdulillah 2.5 tahun kebelakangan ini istiqomah membiayai keluarga tapi hati & sikapnya yang lain susah berubah (back to upbringing, isu wavelength & tidak sekufu).
To be frank, kalau ada FB, terasa nak jawab satu-satu walau banyak. Itu pun by the time saya baca, bukan semua response disiarkan. Saya nampak ‘it has been filtered’. Thumbs up atas kegigihan Admin!
Bila menulis.. banyaknya rasa nak dikongsi lagi tetapi khuatir pulak ada yang boleh cam identiti kalau saya memperinci. Saya tak nak buka aib sesiapa.
Sekarang ni saya tulis agak umum, jadi yang menatap, umpama membaca akhbar/ majalah online, berita masyarakat yang kebanyakan characternya bukan kita kenali personally tapi peristiwa yang dilalui itu jadi pedoman realiti.
Kepada yang beri nasihat, tips seperti -sekarang suami dah senang, makcik kikislah dia (tergelak saya baca), simpan senyap², hibah harta, tegur suami dengan hikmah, 20 tahun tidak terlambat (antara favourite saya), pun saya ucapkan terima kasih.
InshaaAllah saya sedang pasang strategi, also tak dapat kongsi sebab work in progress. Doakanlah yang terbaik untuk saya.
Kepada yang respond takut nak kawin, Subhanallah, janganlah begitu. Di hujung penulisan kan saya berdoa pembaca & anak² dapat jodoh yang baik.
Memang Misteri jodoh ni, kena doa banyak. Saya lihat yang tak nak berpisah, bercerai mati (seperti kisah Izzah).
Yang tak nak bercerai pula, ditalakkan suami. yang minta bawa haluan sendiri macam saya ni, suami pula tak nak lepaskan dengan rela. Betul saudari yang komen semua perkahwinan ada ujiannya.
Last sekali, ada one lady tanya bagaimana saya selenggara hati. Bagus terma yang digunakan. Betul, hati pun perlu maintenance. Badan kena maintain, iman lagi penting kena maintain.
Saya yakin itulah hikmah ujian saya. Selain kehilangan keluarga yang maybe saya dah dapat cope long ago, ini lagi satu ‘bentuk kehilangan’ yang benar² menyedarkan saya.
Ia membuatkan saya kenal tahajjud, istikharah, majlis ilmu, dan semua perkara yang boleh jadikan saya insan yang lebih baik. Saya diberi peringatan untuk bergantung kepadaNya, bukan ciptaanNya.
Another thing, saya sedar semua orang ada kepayahan masing². Tengok keliling, ada yang sakit kritikal dan telah meninggal, ada yang tertekan besarkan anak² OKU,
Ada yang suami curang, berpoligami tapi tak adil, bankrup lingkup, ada yang dah lah suami tak bagi duit, dia sendiri pun tak berduit, ada yang merana putus cinta & membujang, ada pula yang berduka kerana bertahun berdua tanpa zuriat.
1001 cerita pahit bersulam gembira. Tu semua yang kenal. Dari pembacaan, lebih lagi banyak kisah kehidupan untuk diambil iktibar. Tengok berita accident, bunuh, abuse anak, etc pun cukup mengajar.
Maka saya fikir, mana mungkin ada kesempurnaan. Hanya dengan bersyukur dengan ketentuanNya yang boleh buat saya melangkah ke hadapan dengan aman. Redho dengan ketentuan Ilahi tak bermakna redho suami buat sesuka hati terhadap hubungan ini.
Lagi satu saya pilih untuk bahagia – makan tahun untuk didik jiwa. Saya kesal dengan suami, ayah mertua & ipar duai tapi saya tak pernah menyesali apa yang telah lakukan. Asal kita dah buat yang terbaik, yakin ganjaran tu daripada Allah, bukan manusia.
Another resipi untuk jaga hati- saya tiada media sosial selain WhatsApp sebab banyak group gunakan platform tu. Saya cukup sibuk untuk tidak mengintai kehidupan orang lain.
Jadi saya tak bandingkan dengan nasib orang lain, saya pun tak berpura² nak letak gambar keluarga bahagia. Saya buat biasa sahaja.
WA family pun saya & anak² sahaja jadi ahli. WA profile pun letak je gambar scenery atau sendiri. Secara fizikal orang sekeliling nampak hidup saya bertuah & complete serba serbi, dan saya pun biar mereka pikir begitu.
Syukur masa saya tak stabil tu telah berlalu. Kini tenang. Ada yang sampai tak percaya pompuan yang menulis kerana bunyi neutral, tersenyum saya.
Banyak juga response yang buat saya terhibur dan nasib baik juga ada yang tanya tt tu apa, barulah saya tahu singkatan untuk tuan tanah, mula-mula saya fikir tandatangan (signatory).
Dalam 2 minggu ini memang saya rajin baca IIUMC. Tertarik dengan cerita bertajuk Sakinah. Memang betul, ramai perempuan macam tu, mereka nak luah, nak bantuan, tetapi tak nak terima nasihat. Kelihatan macam tak nak selesai masalah, cuma nak lari sekejap daripada masalah.
Saya tak nak judge cuma harap asbab saya kongsi kisah sbg panduan, sampai seru untuk species macam Sakinah nak mendengar kata. Usaha keluar dari keadaan itu & perlu pergi ke pihak berkuasa.
Terima kasih sekali lagi kepada admin & pembaca, informative sungguh IIUMC ni. Harap ia kekal jadi ruang yang bermanfaat & mewujudkan komuniti yang saling memberi sokongan. It’s ok jika ada yang tak setuju atau tak suka apa saya tulis.
Sebagai petugas yang harus professional, saya dah biasa dengan hakikat itu kerana saya pun tak semestinya setuju dengan semua pendapat orang lain. yang penting jangan menghina. Kita raikan perbezaan pendapat penuh berhemah.
Thanks & sorry in advance untuk ke sekian kalinya. Semoga kita semua sejahtera di dunia & akhirat. Aamiin YaRabbal A’lamiin. Wabillahi taufik Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warrahmatullahi wabarakatuh.
– Makcik Misteri Lagi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit