Pejam celik, pejam celik, minggu depan umat Islam akan merayakan Aidilfitri. Sana sini kelihatan mula ceria. Persiapan pun nampaknya semakin rancak. Tetapi… bagaimana dengan aku?
Tahun in tahun ke-3 aku beraya tanpa Atok yang aku sayangi. Bukanlah sesuatu yang mudah untuk dihadam dan dihadap. Ia menagih segenap inci kekuatan emosi jua kekuatan fizikal.
Setiap kali Raya menjelang, hati aku rasa terlalu sebak dan berat. Hati aku remuk biarpun senyuman sentiasa terukir di wajah. Bukan aku menidakkan takdir Ilahi, bukan juga aku tidak redha dengan pemergian Atok tetapi ikatan kasih yang kuat menjadikan hati begitu sayu apabila tiba hari Raya. Mendengar lagu Raya membuatkan airmata bergenang tanpa sedar. Ya Allah, berikan aku kekuatan. Sungguh aku tidak kuat.
Atok sumber kekuatan dan semangat yang sungguh mendalam. Perginya Atok seolah-olah hilang seluruh jiwa aku, yang tinggal pada aku hanya lah seketul jasad yang bergerak. Yup, aku clinically telah pun didiagnos sebagai pesakit mental sejak Ogos 2017, doktor memberitahu aku mengalami Persistent Depressive Disorder (Dsythmia).
Walaupun aku teruk berjuang melawan penyakit minda ini, namun begitu aku mampu menjalani tugas sebagai pegawai kesihatan dengan sangat baik. Paling sengsara apabila Dsythmia ini beralih ke Major Depressive Disorder (MDD) dan aku mulai mengalami psychosis.
Semua ini aku lawan seorang diri tanpa pengetahuan keluarga mahupun kawan-kawan. Suffer in silence, perit menanggung beban emosi Tuhan saja tahu. Mujur dengan sokongan berbentuk kata-kata dari seorang Psychiatrist membuatku mampu harungi derita sakitnya jiwa ini. Terima kasih Doktor! Moga Allah mudahkan urusan Doktor. Hanya Allah saja dapat membalas jasa baik Doktor.
Psikoterapi bersama dengan Clinical Psychologist sangat membantu dalam proses pemulihan. Ibarat satu keajaiban yang diturunkan untuk aku, aku dikurniakan seorang Psychologist yang sungguh serasi dan cukup memahami. Perbezaan agama dan bangsa dan juga jarak bukanlah penghalang untuk kami menyelesaikan masalah ini bersama-sama.
Psychologist aku selalu berkata “Whatever you decide to do, I am rooting for you in your fight for your happiness.” Psikoterapi banyak membantu mengubah corak pemikiran yang lebih sihat dah membentuk persepi yang lebih baik. Awalnya bukan semudah yang disangka, aku hampir-hampir tewas dalam melawan emosi terutama re-visiting part.
Kesan dari itu, emosi dan jiwa dalaman menjadi semakin parah. Trauma masa lalu membuat aku sebegitu takut berdepan dengan dunia. Ini kerana hanya Atok yang menjadi pelindung aku yang gah sejak aku bayi, yang tanpa jemu memberi aku dorongan untuk mengapai kejayaan, yang sentiasa percaya bahawasanya aku mampu menjadi insan yang dapat berbakti kepada masyarakat, yang percaya satu hari nanti pasti semua penderitaan yang aku alami sejak dari kecil akan menemui titik noktah.
Begitu banyak sesi berlalu sepi tetapi Psychologist aku tetap terus bersabar. Terkadang aku tertanya bagaimana dia boleh sesabar melayan karenah kepala hangin aku ini. Sesi yang ke-14 baru lah aku boleh membuka mulut dah mula menangis. Aku mengharungi jerih sesi terapi sudah hampir 30 kali yang berbekalkan duit poket aku sendiri.
Jujurnya, selepas terapi aku menjadi terasa lesu yang amat sangat untuk beberapa hari, tetapi ajaibnya selepas itu aku merasakan kelapangan di dalam hati dan minda aku. Oh ya, bagi aku sesi terapi ini ibarat dua dalam satu. Aku secara in-direct telah mengaplikasikan ke dalam tugas seharian dalam menyantuni pesakit.
Sesi baru-baru ini seperti dapat di ‘baca’ oleh Psychologist, pertanyaan soal Raya terus membuatkan aku mengalirkan air mata. Satu perasaan rindu yang sukar diterjemah dengan kata-kata. Aku masih ingat, sesi tahun lepas pun begini juga. Bila berkata soal Raya, aku terus menangis.
Aku kata “I wish there’s no Hari Raya ever”. Cuma kali ini sudah berbeza, aku berkata, “I accepted already. I know everyone leave us one day. But I still miss my Atok so much. I miss him so deeply”. Sambil meletakkan tangan kanan di dada.
We talking a lot of things thru out that session. At the end of that session, she’s wrap-up. She told its ok to cry. It’s not symbol of weakness. It is because u love him so much, the person who taking care of u since baby. I’m sure he proud of u for what u has done”. Sambil mengesat air mata yang mengalir di pipi, aku berkata “I will try my best to get thru Raya”.
Hari Raya tanpa Atok memang menyedihkan, cukup sendu dan sayu. Pun begitu, sebanyak manapun kesedihan, ini tidak bermakna aku tidak boleh lagi meraikan kegembiraan berhari Raya. Aku masih punyai insan yang aku sayangi di sekelilingi aku.
Aku akan penuhi kehendak mereka juga yang penting kehendak diri ku yang paling dalam. Senyuman mereka sedikit-sebanyak mengubat duka rindu di hati ini. Aku pasti meraikan hari yang penuh kesyukuran ini dengan mereka untuk tahun ini dan tahun-tahun seterusnya. InsyaaAllah.
Aku si penulis confession AKU DAN SYAWAL 2018 (https://iiumc.com/aku-dan-syawal-2018/)
– HNN (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit