Assalamualaikum buat semua pembaca iium confession. Sedikit pengenalan mengenai diri saya. Nama saya Iffah berumur 22 tahun dan masih menuntut di institut pengajian awam di Malaysia.
Saya pernah membuat confession sebelum ini bertajuk ‘orang yang awkward dan hambar’, (https://iiumc.com/orang-yang-hambar-dan-kekok/) dan alhamdulillah tulisan saya telah disiarkan di page ini dan alhamdulillah juga saya senang komen2 positif dari kalian semua yang sedikit sebanyak membantu saya meningkatkan lagi keyakinan dalam diri saya.
Namun kali ini saya ingin bercakap mengenai sebuah penyakit yang dipanggil maladaptive daydreaming disorder. Saya pasti ramai yang tidak pernah dengar tentang penyakit ini, kerana pada awalnya pun saya tidak pernah tahu langsung wujudnya penyakit ini dan rupa- rupanya saya sendiri sedang mengalaminya.
Sebelum saya mulakan, saya ingin beritahu bahawa segala perkara yang saya ingin sampaikan selepas ini semuanya bersumberkan bacaan bacaan yang saya lakukan di internet, juga kisah dari orang2 yang mengalaminya dari beberapa website komuniti yang saya jumpa. Setakat ini saya tidak pernah lagi berjumpa dengan doktor untuk sahkan perkara ini kerana saya rasa takut dan bimbang sekiranya perkara ini dianggap remeh sahaja.
Baiklah saya mulakan, maladaptive daydreaming disorder ini adalah sebuah tabiat dimana seseorang itu mengalami tabiat suka berangan angan secara berlebih- lebihan tidak kira waktu siang atau malam. Secara amnya setiap orang pasti akan berimaginasi dalam kehidupan sehariannya untuk memikirkan perkara-perkara yang akan dilakukan atau masalah2 yang sedang dialami.
Namun perkara menjadi parah apabila penghidap MDD ini boleh berangan sehingga berjam jam lamanya tanpa henti. Ini disertai dengan emosi, tingkah laku dan mungkin sedikit percakapan disebut daripada penghidapnya mengikut jalan cerita yang mereka angankan itu. Selalunya tabiat ini terjadi apabila mereka sedang bersendirian lalu bermulalah hayalan imaginasi ini berlaku.
Namun untuk penghidap yang serius, mereka mampu untuk menyelusuri ke alam fantasi mereka walaupun ketika aktiviti harian sedang dilakukan seperti sedang bekerja, mengulang kaji pelajaran, membuat kerja rumah, berjalan-jalan dan sebagainya.
Mereka hilang fokus dan tumpuan terhadap perkara yang mereka sedang lakukan kerana mereka sudah tidak mampu lagi untuk membezakan antara dunia realiti dan imaganasi mereka. Selalunya perkara yang mereka angankan itu adalah perkara yang tidak berlaku di dunia nyata dan mereka jadikan cerita untuk mencantikkan lagi kehidupan fantasi mereka.
Pasti ramai tertanya-tanya apa yang mereka angan-angakan itu sehingga berjam jam lamanya kan? Ya kedengaran seperti mustahil tapi itulah hakikat yang sebenarnya berlaku. MDD ini boleh dikatakan seperti overthinking juga, namun overthinking adalah apabila seseorang itu terlalu memikirkan sesuatu perkara yang sudah terjadi atau belum terjadi secara berlebihan sehingga cenderung untuk bertanggapan negatif terhadap sesuatu perkara itu.
Dan ia boleh menyebabkan hilang keyakinan, hilang kepercayaan, kekecewaan dan tanggapan2 negatif lain. Tetapi MDD ini adalah mereka sering memikirkan lalu mengolahkan perkara yang telah berlaku atau belum berlaku menjadi sesuatu yang lebih baik dan indah dari keadaan asal. Selalunya penghidap MDD ini akan menjadikan dirinya hebat untuk semua perkara didalam khayalannya walaupun di realitinya mereka sebenarnya tidak mampu pun untuk menjadi seorang yang mereka khayalkan itu.
Saya berikan contoh daripada diri saya daripada kisah2 yang saya alami. Sedia maklum seiring dengan confession yang saya tulis sebelum ni saya seorang yang tidak pandai bergaul dan berkomunikasi dengan orang. Saya tidak punya sahabat yang betul2 sentiasa berada disisi saya seperti orang lain dimana mereka akan ada dengan saya bila2 masa saya perlukan kerana kawan2 yang hadir dalam hidup saya semua takkan bertahan lama dan hanyalah berakhir sebagai kawan biasa sahaja.
Akhirnya pasti masing2 akan pergi membuat haluan masing2 dan tiada lagi pertanyaan khabar dari mereka. Saya juga susah untuk rapat dengan orang kerana saya ada perasaan awkward yang sangat kuat dalam diri yang menyebabkan orang susah nak dekat dengan diri saya. Juga beberapa masalah lain yang saya pernah tulis di confession sebelum ini.
Jadi untuk dikaitkan dengan penyakit yang saya alami, disebabkan kekurangan kekurangan yang saya alami diatas menyebabkan saya sentiasa berasa kecewa dengan diri saya. Saya akan berasa kesal dengan setiap tindakan saya yang tidak memberansangkan dan tidak seperti yang saya mahukan. Jadi saya akan kerap memikirkan semula perkara yang telah berlaku itu namun mengubahnya menjadi lebih baik mengikut kehendak saya.
Sebagai contoh, ketika di kelas berada bersama classmate pasti akan ada kawan yang akan mulakan perbualan dan sesekali membuat lawak jenaka untuk ceriakan suasana, namun saya memberikan respon yang tidak memberansangkan dan tidak menarik menyebabkan perbualan itu menjadi sangat ringkas dan bosan dan menghambarkan. Perkara itu membuatkan saya begitu kesal.
Apabila balik ke bilik dan roommate saya pun sering tiada di bilik, pasti saya akan memikirkan hal itu semula namun saya akan berangan seolah olah saya mampu handle keadaan itu dengan baik sekali. Saya membayangkan saya mampu bergelak tawa dengan kawan saya itu, saya mampu untuk membalas lawak itu dengan jenaka saya sendiri. Saya mampu untuk respon dengan menarik dan saya mampu meneruskan perbualan itu dengan lama.
Saya akan bayangkan lengkap dengan detail2 dan butiran perkara yang saya akan katakan didalam khayalan itu. Sesekali akan disertai dengan gelak tawa dan percakapan walaupun saya hanyalah sedang berfantasi ketika itu. Dan perkara itu boleh terjadi sehingga berjam jam lamanya jika tiada sebarang halangan terkadi. Ya itulah yang saya alami. Begitu susah untuk saya elakkan perkara ini kerana ia sentiasa muncul di fikiran saya. Khayalan ini tidak semestinya tentang perkara yang sudah terjadi. Perkara2 yang tidak terjadi pun saya boleh khayalkan.
Sebagai contoh saya terlihat gambar classmate sedang seronok keluar bersama kawan2 di ig, lalu saya pun akan berkhayal seolah2 saya juga keluar bersama kawan2 lama sekolah saya dihadapan mereka, saya akan berasa bangga seolah olah saya juga punya life saya sendiri diluar dengan orang lain, walaupun pada hakikatnya kawan sekolah saya juga semuanya sudah tidak saling menghubungi lagi selepas tamat sekolah. Dan banyak lagi la situasi situasi yang saya boleh cipta untuk menyedapkan hati. Perkara ini boleh terjadi dan blend pada bila2 masa dan apa2 perkara yang saya lakukan.
MDD ini selalunya mereka akan khayalkan perkara yang mereka tak mampu untuk dapatkannya di dunia realiti , lalu mereka ciptakan suasana itu sendiri didalam fantasi itu untuk menggembirakn hati mereka. Dengan melakukan ini, mereka boleh membuang rasa kesal dan kecewa terhadap kekurangan yang mereka ada dengan imaginasi sebegini. Mereka dapat kurangkan rasa kecewa mengapa mereka tidak seperti orang lain dan sebagainya.
MDD ini boleh ditrigger dengan sesuatu yang boleh merangsang untuk melakukan tabiat itu. Seperti mendengar lagu, selalunya apabila saya mendengar lagu, pasti saya akan hanyut di alam fantasi saya dengan imaginasi yang saya sellu inginkan di dunia nyata. Kerana saya berasa lagu boleh merancakkan lagi aura untuk khayalan saya itu. Jadi untuk mengelakkan hal ini, saya akan sebolehnya elak daripada mendengar lagu dan banyakkan mendengar alunan zikir untuk elakkan saya hanyut.
Saya pernah terbaca satu petikan hadis yang bertulis, “sesungguhnya Allah tidak suka dengan manusia yang panjang angan-angan. Ini kerana mereka terlalu leka dan lalai akan perkara yang cintakan dunia sehingga mereka lupa dan tidak mengingati Allah”.
Semenjak itu baru saya sedar bahawa tabiat yang saya lakukan ini rupanya sesuatu yang buruk. Saya perasan sejak kecil lagi saya sudah biasa melakukan perkara ini. Namun saya samgkakan ini hanyalah normal yang semua orang jugak lakukan hal yang sama. Lama kelamaan apabila meningkat dewasa baru saya sedar bahawa tabiat ini bukanlah sesuatu yang baik.
Kesan dan akibat yang saya perasan apabila saya kuat berkhayal ini adalah minda saya menjadi lemah untuk berfikir. Bila berada didalam sesuatu masalah, saya susah untuk memikirkan idea. Saya tidak mendapat bayangan akan jalan penyelesaian yang boleh dilakukan. Seolah olah bahagian prefrontal cortex di otak saya tidak berfungsi . Memory saya juga menjadi lemah. Dimana saya akan lupa banyak perkara yang saya sudah lakukan. Benda yang saya dah pelajari sebelum ni saya lupa balik.
Saya selalu lupa nama tempat, nama jalan, nama kedai, nama watak di filem yang saya sedang tonton, nama benda, padahal umur saya baru 22 tanun. Saya tk pasti ini normal atau tidak. Saya juga sering mengalami situasi ‘lost word’ dimana saya selalu susah untuk trigger vocab yang saya saya ingin sebut walaupun dalam fikiran saya tau apa yang saya nak sebut.
Saya syak ini terjadi mungkin kerana saya terlalu banyak menghabiskan masa dengan berangan , menyebabkan otak saya tidak diransang untuk berfikir menyebabkan prefrontal cortex di otak mendapat kurang rangsangan sehingga menyebabkan lemah fikiran. Jadi apa yang saya lakukan sekrang adalah saya banyakkan bermain permainan yang meransang otak. Saya juga akan banyak membuat latihan matematik secara congak untuk menguatkan otak saya kembali.
Saya sentiasa berdoa dan berharap agar saya dapat menbuang sepenuhnya tabiat ini kerana ia juga terbawa bawa ke solat hingga menganggu khusyu’ saya ketika solat. Saya tertanya tanya sekiranya ada penyelesaian secara perubatan untuk masalah MDD ini. Saya ingin berjumpa dr tapi sehingga sekarang tiada keberanian untuk melakukannya.
Jadi saya ingin bertanya adakah saya seorang sahaja yang mengalaminya di malaysia ini kerana perkara ini jarang dengar dikupas di malaysia. Adakah ramai juga yang senasib dengan saya. Saya berharap pembaca sekalian dapat mendoakan saya untuk membuang tabiat ini dan sentiasa berjaya didunia dan akhirat.
Sekian sahaja penulisan saya untuk kali ini. Sebarang salah kata saya minta maaf jika terdapat salah maklumat. Terima kasih banyak diucapkan kerana sudi meluangkan masa untuk membaca coretan saya ini. Kata2 nasihat dan pandangan dari pembaca semua saya terima dengan hati yang terbuka.
– Iffah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Hai awak, baru harini saya jumpak page awak dan kebetulan memang ini la yang saya tercari-cari selama ni. Sebab awak tak sendirian, saya alami perkara yang sangat sama dengan awak. Jujur saya cakap, saya nak sangat berhenti dari berangan, sebab sometimes saya rasa malu dan sedih dengan diri saya sendiri. Saya sedar saya tengah berangan tpi susah betul nak berhenti. Bila berangan sesuatu dimana saya letakkan diri saya as a main character, boleh dikatakan setiao hari saya repeat berangan benda yang sama dan kekadnag saya cuba unah “jalan cerita” untuk jadi menarik. Haihh, jujur saya takut kalau ditakdirkan orang keliling saya tahu keadaan saya, takut disisihkan takut dipandang buruk takut segalanya. Tapi dalam masa yang sama, saya suka dengan angan-ii saya sendiri sebab dengan berangan tu, ada yang boleh hilangkan rasa sedih dan stress saya, dan ada jugak yang kekadang bagi saya rasa stress sebab tak dapat apa yang diangankan tu. Apapun saya doakan awak yang terbaik dalam kehidupan awak, keep strong, kita fight sama-ii ya awak even saya tahu, sangat susah untuk adapt benda macam ni, tambah-ii time kita cuba start nk kawal drp berangan, makin menjadi-ii rasa nak berangan tu. If you dont mind, boleh tak saya nk tau apa yang awak dah buat untuk MDD ni, perlu tak saya dapatkan rawatan atau jumpa pakar ka, saya tkut dengan oandangan orang sebab tu sampai sekarang saya tak pernah nak jumpa pakar, then saya tk berani nak statekan diri saya ni as someone yang ada MDD ni. Apapun terima aksih sangat-ii sebb sharing benda-ii macam ni, hope ramai lagi amil cakna pasal MDD ni, InsyaAllah.
Hai,, sebak rasa baca benda ni sbb baru tahu ramai ja yg mengalami bnda gini, dan bahkan saya pun sama,, sumpah rasa sedih sbb sya tak tahu mcm mana nk cerita apa yg saya alami ni sampai lah jumpa page ni betul2 menerangkan keadaan saya sekarang ni,, nk cerita kat org tak tahu nk ckp mcm mana sgt complicated dan sya risau org takkan faham pum apa yg sya cuba nk sampai kan..tapi betul apa yg berlaku kpd saya sbijik mcm yg awak alami, lost word bila nk bercakap,, pastu saya perasan dsbbkn itu saya makin gagap,, dan apa yg saya ckp pun dah x makin logik mcm merapu je tak link langsung bila sembang satu2 bnda yg melibatkan pemikiran ni,, kalau bfikir pun idea tu
jadi tergantung like okay whats next..idea yg x jelas, bila org tanya apa2 sya tak tahu nk jawap, dalam kepala otak ni mcm dh tak boleh befikir dah,, sentiasa pikir apa,kenapa dan tak tahu apa²,, i feel like otak ni kosong,, sentiasa ada tanda tanya tapi takda jawapan..bila nak kerahkan otak utk bfikir ja mesti rasa otak tak jalan, otak jem dan lambat.. dan benda ni saya perasan start jadi masa 2020 sampailah sekarang,, dulu tak mcm ni sya sorang yg aktif bfikir, cepat tangkap, mudah ingat bukan pelupa mcm sekarang. Skrang ni benda tak sampai seminit sya dh lupa.. sejak hadap bnda ni karakter saya pun dh berubah dari extrovert kpd introvert.. jadi tak yakin diri nak kehadapan..please saya sedih la jdi ncmni..kalau ada solusinya tolong share,, dan doakan kmi spy sembuh
Kalau ada cara utk sembuh dati MDD ni tolong share tau,, sya btul2 nak sembuh dari penyakit ni,, saya penat sgt😭😭 mmg inilah yg sya tgh hadap skrang
Hai..jujurnya pedih nak mengaku perkara mcm ni..tapi ni lah hakikatnya..pada kita itu nampak normal tapi mungkin ia ada berkaitan dengan masalah mental atau trauma sendiri…saya dari sekolah rendah hingga 24 tahun masih terperangkap dlm MDD ni…setiap hari setiap masa jalan cerita di otak saya sentiasa bersambung seperti novel…setiap perkara yg saya fikirkan dapat dirasai seperti betul² wujud…kadang tersenyum sendiri dengan angan² sendiri..kadang plot yg dicipta sedih sehingga menangis tanpa sedar…kadang tengah drive pun boleh cipta plot dlm fikiran ni..risau diri ni hilang dalam fantasi sendiri…penat Allah je yg tahu
Ya, saya menghadapi benda yang sama. Saya ingatkan ianya normal. Tapi skrg menjadi lagi teruk, habis separuh masa saya hanya dlm fantasi. Sehinggakan saya lupa tanggungjawab sya. Bangun tidur habis solat saya terus baring dan mula berangan. Menyebabkan saya lambat pergi kerja. Saya rasa setiap masa ada saja yang saya fantasikan kadang2 seperti perasaan itu betul2 wujud. 😭😭😭
yang part lambat pergi kerja tuu mmg betul.. aku mmg almost hari2 macam nii..
Ya, saya menghadapi benda yang sama. Saya ingatkan ianya normal. Tapi skrg menjadi lagi teruk, habis separuh masa saya hanya dlm fantasi. Sehinggakan saya lupa tanggungjawab sya. Bangun tidur habis solat saya terus baring dan mula berangan. Menyebabkan saya lambat pergi kerja. Saya rasa setiap masa ada saja yang saya fantasikan kadang2 seperti perasaan itu betul2 wujud.
assalamualaikum, good day semua.. wahh ramai geng rupanyaa ingatkan aku sorang.. aku pn dah suffer MDD ni sejak aku form 2 smpai dah umur 25 nii.. iyee btul mmg ingatan aku makin teruk sebab kesan banyak sangat berangan nii.. pendekkan citer aku jenis suka sorang2 and taknak diganggu sebab aku suka peace jee.. mungkin sebab terlampau lama aku jadi makin sunyi and mula terlibat dengan issue MDD ni and mmg sangat2 terukk smpai aku menangis mengenangkan keadaan aku yang terlampau ketagih nak terus menerus berangan.. right now aku tengah dekat fasa in love dengan satu ‘character’ yang mmg tak wujud and sangat2 mustahil klau dia wujud pun.. character ni dia ada dalam movie animation jee but somehow i want more.. sampai satu tahap aku rasa aku takkan boleh terima orang lain selain ‘dia’.. soo salah satu cara aku overcome is aku mmg cuba abes2 sibukkan diri aku since aku pn mmg buat 2 kerja.. tapi still aku akan cari masa utk berangan.. and since aku ni pn anak sulung soo mmg aku tetap kena gaul2 ngn family and kwan2 tp somehow tak berapa nak menjadi and rasa mcam diri ni fake jee sb aku bkannya suka sgt nk gaul2 dengn orang terlampau lama.. aku still akan ada rasa sunyi and fizikal aku penat melayan orang.. ada time bila member2 ajak lepak aku bagi macam2 alasan sebab taknak join.. kalau join pn sb taknak dorang cop bukan2 jee.. tu pun sb terpaksa.. soo bila aku rasa penat dengan smua tuu, aku pn back to my weird habit utk jumpa dengan ‘character’ kesayangan aku.. entah laa.. dia macam, aku nak sorang-sorang tapi aku taknak MDD, tapi aku taknak diganggu tapi aku taknak sunyi.. aku nak sibukkan diri aku and jadi proaktif sentiasa but taknak laa sampai barai last2 msuk dunia MDD balik.. then the cycle goes over and over.. mcm in loop dah.. haha menangis teruk aku mngenagkan keadaan aku macam nii… pernah gak doa smoga kalau kat dunia tak dapat mungkin boleh mintak masa kat syurga nt.. tu pn kalau layak masuk syurga.. hahahahahaha dia punya nak tuuu.. astaghfirullahh!! apa2 pn smoga kita semua dapat atasi masalah ni sama2 yaa.. aku pun tengah usahakan.. smoga dpermudahkan segala urusan.. aamiinn..