Malaikat Bumi Itu Wujud

Assalamualaikum para pembaca semua.. Kisah seorang pak cik yang ku anggap malaikat dalam keluarga kami. Arwah meninggal 20 tahun lepas. Aku tiba-tiba teringat kat arwah. Moga kisah arwah memberi inspirasi untuk kita agar istiqamah dalam ketaatan dan kebaikan di akhir zaman ini.

Arwah ini fizikalnya tidak terlalu tinggi, badan sederhana tidak terlalu kurus atau gemuk, rambutnya sentiasa rapi, berkulit putih kemerahan, sentiasa memakai wangian dan wajahnya ada Nur. Jika kita memandangnya pasti terbit rasa sayang dan kasih, sejuk, sentiasa senyum dan tenang orangnya.

Ibadah arwah memang tip top. Tidak keterlaluan aku kata arwah seorang insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Beliau bekerja stabil dan berpangkat tinggi tapi dia tidak pernah lupa sujud pada Penciptanya. Sifat yang aku kagum dia sangat disiplin bab solat.

Seusai subuh dalam pukul 4. 30 pagi setiap hari arwah akan berjalan kaki ke surau dan menghidupkan kaset zikir, membaca Al quran bersendirian sepanjang menunggu azan subuh. Waktu subuh, maghrib dan isya arwah sentiasa disiplin solat jemaah di surau. Masjid hidup zaman arwah. Orang suka datang masjid sebab banyak aktiviti.

Hebatnya dia sentiasa hidupkan qiamullail. Tengah syok tidur mesti dengar bunyi air orang tengah ambil wuduk. Kulitnya bersih sebab rajin berwuduk. Lepas solat dia siap² wangi² nak jumpa kekasih dia. Laju je dia jalan ke surau kalah tok imam, tok bilal.

Arwah selalu sampai awal dari orang kampung. Dia pernah share kat kami ada satu hari tu dia sampai surau terus solat sunat tahiyyatul masjid. Tiada orang dia sendiri je.

Masa solat dia terdengar macam banyak bunyi tapak kaki kat belakang dia. Macam orang berpusu² masuk masjid dan berasak-asak dalam saf. Happy dia cerita. Dia kata malaikat datang jenguk pak cik tu.

Arwah rajin puasa sunat isnin dan khamis. Dari segi pemakanan makanannya hari² bosan kot. Nasi putih, ikan kukus, sup ayam, sayur, air suam atau susu.

Dia sangat menjaga kesihatan. Mengamalkan makanan sunnah macam madu dan kurma. Tu sebab arwah ni energetic tak reti duduk diam. Ada je dia nak buat untuk korek² pahala. Dia jarang guna sudu dan garfu. Kalau makan arwah suka duduk lantai.

Lifestyle dia sangatlah qanaah. Gaji besar dia pergi mana pun kitorang tak tahu. Tapi perasan ramai juga orang datang rumah nak jumpa dia tak kisah tua, muda, miskin, kaya, keluarga, bukan keluarga.

Arwah letih mana pun sanggup ketepikan sakit kepala, mengantuk dia dan layan mereka baik² kat ruang tamu. Dengar masalah sorang². Kalau tetamu nak balik arwah mesti bagi sampul rasanya berisi duit. Arwah tak ramai kawan tapi ramai yang nak kawan dengan dia.

Bakti dia kepada kampung cukup besar. Kepimpinan dia tinggi. Yang peliknya bila dia bagi arahan orang senang nak dengar, senang nak patuh. Ketua kampung pun ikut idea² bernas dia nak majukan kampung.

Atas usaha dia minta peruntukan dari kerajaan negeri untuk bina masjid penduduk kampung sekarang dapatlah merasa masjid yang selesa, luas, ada aircond, berpemaidani sebab surau dulu terlalu uzur dah. Tinggal menanti roboh.  Settle masjid dia usulkan taska pula untuk anak² kampung.

Taska tu dia design memang lawa. Arwah sungguh kreatif, multiskill dan bijak ambil peluang. Dia buat kolam ikan yang jernih, ada jambatan, lepas tu ada laman ternakan itik, ayam, angsa, kambing, kucing dan arnab.

Di sudut lain ada laman kebun. Arwah tanam tomato, cili, kacang panjang, terung, labu, petola, timun. Apa lagi budak² kampung seronoklah masuk taska sebab macam² ada bukan terperap dalam kelas je. Lepas taska settle, arwah buat taman permainan dan padang bola.

Arwah ni sangat penyayang dengan anak² kampung. Dia rajin tegur yang lepak² tepi jalan supaya balik rumah bersihkan diri datang surau solat berjemaah sekali, jangan melepak, jangan buang masa perkara sia². Dia tegur elok², cakap lembut je. Jaga anak orang macam jaga anak kandung dia sendiri.

Arwah sangat menghormati azan. Kebetulan kat kampung banyak anjing. Bila azan anjing² ni menyalak. Arwah ambil senapang dia terus tembak anjing² tu. Kami kat kampung dah biasa dengar bunyi das tembakan macam kat Negara palestin.

Arwah ni sara family besar. Isteri, mak ayah mertua, anak² dia, ipar² dia, family aku sebab memang arwah nak family aku duduk situ sebab dia suka keluarga berkumpul dan bersatu. Isteri dia masak 3 kali sehari untuk kami semua.

Kitorang perempuan tolonglah yang patut. Menu sedap², pelbagai, biasalah masakan kampung sentiasa menaikkan selera. Arwah tidak pernah berkira beri kami makan dan sentiasa berkongsi rezeki.

Kitorang budak² haram duduk rumah waktu petang dia akan sebat atau denda kalau ponteng kelas mengaji. Arwah akan check bilik, belakang pintu, taman permainan, atas pokok kalau ada yang ponteng. Banyak lagi kebaikan dia nak cerita entry panjang pula.

Bapa aku dia beri kerja dan sebuah kereta sebab kasihan tengok bapa aku nak sara anak ramai dia tiada kelulusan. Tiada kerja yang nak ambil bapa. Berkat bapa kerja yang arwah carikan tu lah aku dan 7 orang adik dapat bersekolah semua.

Arwah tiba² meninggal kerana lemas ketika bertugas. Meninggal lemas tu kan dikira syahid. Masa dimandikan arwah nampak senyum je wajah dia, kulit bersih nampak tenang pergi meninggalkan dunia yang fana.

Yang buat terkejut ramai gila orang datang kita tak kenal pun. Bapa sampai parking jauh dan memerlukan kami jalan kaki ke rumah. Ada van pusat zakat, anak yatim, mahaad tahfiz, sekolah pondok dan banyak lagi. Berdesak² orang. Kitorang pun tak dapat masuk dalam rumah. Penuh

Bila diselidiki mereka semua ini adalah orang² yang dibantu arwah sepanjang hidupnya. Ada yang arwah bantu anak dia bersekolah, belajar di Universiti, ada yang nak kahwin, nak bayar hutang, isteri bersalinlah, anak sakit.

Dia rahsiakan kebaikan dia dari kami semua mungkin juga dia nak jaga pahala ikhlas. Biar menjadi rahsia antara dia dengan Allah.

Duhai pak cik ku rindui patutlah bajumu tidak berganti, hanya berwarna putih, putih dan putih, keretamu pun lama dan sentiasa rosak, makananmu biasa², kau banyak berpuasa rupanya kau memberi kami semua kenyang dan membantu orang susah. Di usia muda arwah meninggal dalam usia 40-an.

Kini Allah menjemputmu pulang ke negeri akhirat yang kekal abadi. Berehatlah dengan tenang. Allah lebih menyayangimu. Kebaikanmu disebut² para malaikat. Mereka ingin segera kau pulang tanpa perlu bersusah payah dan bersedih lagi di dunia.

Al Fatihah.

– Si kelip-kelip (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *