Malang Si Puteri

Assalamualaikum para pembaca yang budiman. Maaf ye. Pengolahan bahasa saya tak best.

Saya tak pandai mengarang. Sebagaimana tajuk. Anak buah saya seorang perempuan yang cantik, berakhlak mulia, berpendidikan tetapi sayangnya berkahwin dengan lelaki narsisistik.

Saya namakan anak buah saya Yun dan bekas suaminya saya namakan Kill. Mereka kahwin tak lama tetapi sehingga kini Yun tak habis2 diganggu, dianiayai oleh Kill dan ibunya.

Masa bertunang pun sudah nampak perangai Kill ni seperti berlagak, sombong, tak keluarpun kereta kalau datang ambik Yun untuk pergi makan.

Mak Yun pernah nasihatkan Yun boleh lagi kalau nak ubah fikiran tapi Yun cakap. Tak apalah. InsyaAllah Kill akan berubah.

Dah lama dia cari bakal suami lulusan pengajian agama. Akhirnya mereka kahwin. Lepas kahwin.

Rupanya Kill ni anak ibu. Ibunya sangat mengawal Kill dan sangat berbangga dengan gelaran datinnya. Pada awalnya datin selalu puji Yun cantik luar dan dalam.

Maklumlah Yun ikut segala telunjuk datin. Yun tidak dibenarkan makan nasi banyak kali. Cukup sekali jer sehari.

Tidak boleh minum susu pekat manis. Dan banyak lagilah. Datin dan Kill sangat menjaga pemakanan Yun.

Apabila Yun hamil. Acapkali datin ingatkan supaya bersalin caesarean. Katanya anak yang lahir ikut tingkap bijak dan “barang bawah” kekal elok.

Rupa2nya apa yang diucapkan datin benar2 dikotakannya. Pada suatu pagi datin mengetuk pintu rumah Yun untuk bawa Yun ke hospital untuk proses pembedahan. Yun yang kebingungan menurut sahaja arahan mentuanya.

Yun minta kebenaran untuk telefon maknya. Maknya lembik kerana terkejut. Tetapi pandai pula datin ingatkan Yun.

Kalau jadi apa2 jangan salahkan dia. Yun yang setuju. Katanya.

Datin ni seorang yang sangat sombong. Di hospital tak habis2 dia dok canang dia ni datin. Bila mak ayah Yun datang.

Dia sudah ingatkan jangan pergi ziarah Yun di rumahnya selagi tak cukup 2 minggu. Maka menurutlah kakak dan abang ipar saya ni. Saya yang asyik bagi semangat.

Pegi jer. Tu anak kita. Sudahlah tidak dibenarkan jenguk anak sendiri.

Bila telefon hari2 pun marah. Baby juga dipisahkan daripada Yun. Ya Allah.

Kesiannya anak buah saya. Sudahlah dalam pantang. Minggu ke dua kakak saya sudah tak boleh sabar sebab dilarang bertelefon.

Jadi kakak saya pergi jugak rumah datin berlagak tu. Datin tak keluar sampai ke sudah. Kill pula menyalahkan mertuanya kenapa datang.

Apa2 mama bincanglah ngan datin, katanya. Punya kurang ajar. Membahasakan ibunya datin dengan kakak saya.

Lepas pantang pun Yun tidak dibenarkan ambil baby. Yun datang rumah datin selepas kerja dan balik ke rumahnya selepas tidurkan baby. Begitulah selama 5@6 bulan.

Datin tidak benarkan Yun bawa balik baby ke rumah mak ayah Yun sehinggalah hari raya. Yun merayu2 tetapi mertuanya cakap tak yah merayu. Tak yah nangis.

Memang tak boleh. Hari raya semua adik beradik balik. Bahaya katanya.

Penyakit. Sebelah keluarganya tak apa pulak. Tetapi entah macamana Yun merayu.

Akhirnya raya ke dua. Yun berjaya bawa balik baby ke rumah ibu bapanya. Tetapi memang menyakitkan hati.

Baby tak dibenarkan letak atas katil. Kotor kata Kill. Memang sangat menghina.

Kill seperti ibunya. Sangat angkuh. Sepanjang setahun lebih bernikah.

Hanya sekali sahaja bermalam walaupun jarak rumah mertua tidaklah jauh sangat. Akhirnya Yun semakin kurang sabar. Semakin murung.

Dan kecantikan Yun semakin pudar saya tengok kerana setahun lebih makan hati. Yun mula protes. Dia nak jaga anaknya sendiri.

Kalau tak. Dia nak bercerai. Kill terpaksa akur.

Datin terlalu marah. Tidak benarkan anak menantunya masuk ke rumahnya. Segala barang baby dihumban luar rumah.

Yun hantar anaknya ke pusat jagaan baby. Kill pula yang tak puas hati. Tak bahagia.

Hari2 mengungkit. Tak sampai dua minggu. Satu hari Kill hantar Yun ke pejabat dan hantar baby.

Petangnya dia ambik Yun dan masa di bawah rumahnya. Mereka tinggal di kondo pemberian datin. Tiba2 Kill cakap tak payah naik sebab barang-barang Yun semua dah ada dalam kereta Yun.

Baliklah rumah mak bapak awak. Tunggu panggilan mahkamah. Jangan nak merayu2.

Baby jangan harap awak dapat. Apa2 tunggu perbicaraan mahkamah…si Yun punya lah terkejut. Meraung2 telefon ayahnya.

Begitu hina sekali Yun diperlakukan oleh si Kill ni. Kononnya lulusan agama.

Sangat keji perangai seorang ustaz. Dan sejak itu nasib si Yun bertambah malang. Memang malang.

Terjebak. Terkahwin dengan keluarga jahat ini. Datin ini menwar2kan.

Keluarga mereka sangat berpengaruh di bandar. Datuk mempunyai pengaruh kuat walaupun datuk dan datin tidak tinggal sebumbung. Yun tak pernah kenal datuk.

Mereka tinggal asing2 tetapi datuk akan ada bila datin memerlukannya. Bila hak jagaan sementara dapat kepada Yun. Datuk dan bibik datang hantar baby di sebuah masjid dengan sehelai sepinggang.

Tanpa susu. Tanpa beg pakaian. Sudah lah menunggu seharian.

Diperkotak katikkan keluarga Yun. Sangat kejam. Malam2 Yun terpaksa cari susu.

Botol susu. Itukah dinamakan sayang dan ehsan pada baby. Sejak itu juga Kill sentiasa langgar perintah mahkamah dengan hak jagaan hari sabtu sahaja dilanjutkan berhari2 dengan alasan rawatan.

Dan dengan report palsu atas tuduhan berlaku pengabaian. Baby Yun ada ciri2 eczema. Sengsara Yun untuk mendapatkan balik baby

Tak lama lepas tu. Dakwaan lain pula. Keluarga Yun keturunan gila.

Abang saya kurang waras kerana depression. Tapi usaha mereka gagal. Hingga hakim pun sinis masa bagi ucapan penutup.

Jangan keterlaluan dalam usaha merebut hak jagaan. Tak lama lepas tu. Report polis atas tuduhan penderaan.

Kesian Yun masa tu bawa ibu bapa nya bercuti. Dipaksa oleh polis balik segera dan terus ke hospital bahagian kecemasan. Pihak hospital terpaksa akur kerana dah jadi kes polis.

Zalimnya seorang bapa. Sanggup biarkan anaknya diambil darah. Menangis tak henti2 di hospital dan terpaksa melalui proses yang lama.

Pihak kaunselor hospital lah. Pihak JKM lah. Macam2 si Kill dan ibunya buat.

Kata staf hospital sepatutnya dah boleh keluar tapi ada campur tangan pihak atasan katanya. Terbaru. Kill tak pulangkan baby.

Dia hanya dapat hak jagaan sehari sahaja atas alasan rawatan. Tak jawab telefon. Tak buka pintu pagar walau berjam2 Yun tunggu di luar rumahnya.

Yun buat report polis dan polis iring Yun ke rumah datin. Mereka tak buka pintu. Polis pun baik.

Sabar menunggu. Selepas sejam lebih. Mereka keluar dan tak buka pintu pagar pun.

Kill dengan angkuhnya cakap aku pendakwa. Aku pendakwa. Aku boleh humban ko dalam jel.

Datin pulak tak habis2 perkenalkan diri saya datin bla bla. Polis pun minta maaf sebab kuasa mereka setakat iring jer. Dan polis dengan penuh simpati cakap baik2 balik rumah.

Jalan tu sunyi. Macam2 boleh jadi. Kesian Yun.

Terkait hidupnya dengan keluarga yang kononnya berpengaruh kuat di bandar itu. Kill yang penunggang agama. Bak kata kawan Yun yang kerja satu pejabat dengan Kill.

Kalaulah aku tahu rupanya kau yang nak kahwin dengan Kill. Aku pasti akan halang. Dia seorang yang sombong.

Angkuh. Suka cakap besar. Anak orang kaya.

Mak aku bagi aku 4@5k sebulan walaupun aku dah keje…. Kesian Yun. Bilakah dia akan selamat daripada diganggu. Didera emosi oleh bekas suaminya.

– Akulah Saaman (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *