Malangkah Hidup Aku Ini?

Assalamualaikum para pembaca IIUM Confession. Aku seorang wanita. Di akhir umur 20. Dilahirkan dalam keluarga porak peranda.

Ayah aku tidak bertanggungjawab. Kerja gaji besar tapi nafkah sangat kedekut dan berkira. Muka nya hanya nampak apabila hari gaji. Hari2 lain? Dia hilang dari radar bersama mak tiri.

Disebabkan itu, mak aku lah bertukus lumus membanting keringat membuat pelbagai kerja. Sehingga emosi & mental mak aku juga turut terganggu.

Jadi mak aku lepaskan segala amarah dan amukan kepada semua anak-anaknya. Aku ada 8 orang adik beradik. Dan episod baru kami dibesarkan dalam suasana sangat suram&ketakutan dan memendam amarah. Emosi kami juga turut terluka dan tercalar.

Seperti biasa apabila lahir dari keluarga porak peranda. Pelbagai masalah sosial dan masalah emosi berlaku. Boleh bayang tak betapa perit nya membesar dalam suasana pelbagai konflik & air mata? Ayah ada tetapi seperti tidak wujud. Ibu juga ada tetapi seperti orang asing.

Orang sekeliling? Siapa yang mahu beri simpati dan empati kepada kami?.

Ok aku bukan nak cerita pasal keluarga. Cuma pasal aku. Pasal diri aku sekarang.

Ingin aku ceritakan segala yang terbuku dihati. Namun tidak terluah di mana-mana. Kerana aku tidak ingin dikenali. Malu dan bimbang menjadi bahan tawa orang lain. Aku mohon doa kalian wahai para pembaca.

Aku sudah dewasa. Aku sudah bersedia untuk berumahtangga. Tetapi aku tidak tahu kenapa. Mengapa begitu sukar untuk jodoh aku datang? Dimana dia sekarang?

Tahun 2022 aku dikejutkan dengan lelaki-lelaki yang pernah singgah di hati aku berkahwin dengan wanita2 pilihan mereka. Mereka pernah singgah dihati. Memberi bekas dihati ini. Tetapi mengapa akhirnya aku disisihkan. Mengapa akhirnya lafaz nikah bukan pada aku?

Aku sangat terkejut dan tersangat la kecewa. Apa la kurang aku ini? Bukan la aku gemuk, berat aku baru 74kg. Bukan la aku terlalu rendah atau tinggi. Bukan juga aku terlalu putih atau gelap. Semua sedang-sedang sahaja. Apa kurang aku?

Aku sedih. Aku masih bersama keluarga yang porak peranda ini. Ada saja masalah setiap hari. Setiap harii aku doakan keluarga aku.

Aku sedih. Aku teringin menjadi isteri dan ibu. Aku teringin sangat berkahwin. Aku teringin ada anak-anak. Keinginan ini seolah2 meluap2 didalam hati ini.

Lagi bertambah keinginan apabila aku melihat kawan-kawan sebaya aku update status berkahwin la sedang hamil la usap perut la mengadung anak ke 3 lah pergi honeymoon la. Allah. Cemburu sangat rasa. Aku teringin. Teringin sangat…

Dalam hidup aku ini, aku ada banyak keinginan. Salah satu nya aku ingin mak ayah aku bersatu sebagai suami isteri walau aku tahu ini sangat mustahil. Kerana mereka ibarat kucing dan anjing. Pantang berjumpa pasti bercakaran walau masing2 sudah menginjak usia senja.

Aku juga teringin disayangi oleh mak ayah aku. Aku teringin kasih sayang ayah aku. Aku teringin ayah aku memeluk aku dan mengatakan “ayah sayang kakak”. Aku juga teringin melihat senyuman di wajah mak aku. Senyuman itu telah pudar sejak mak ayah aku berpisah.

Aku teringin melihat mak aku bahagia. Aku teringin melihat mak aku melayan dan menyantuni adik beradik aku sebagai seorang ibu yang baik.

Aku teringin sangat melihat mak aku berkasih sayang dengan adik beradik aku. Melayan setiap adik beradik aku sama adil, tidak pilih kasih dan menyantuni kami semua. Aku teringin melihat keluarga aku bahagai seperti keluarga orang lain.

Aku juga teringin berjumpa seorang lelaki. Lelaki yang akan melamar aku. Lelaki yang sudi menerima aku seadanya. Lelaki yang sudi memilih aku sebagai bakal isteri & bakal ibu.

Lelaki yang bersedia menjadi suami dan ayah. Aku sangat teringin. Kebanyakkan lelaki yang pernah singgah dihati aku kini sudah menjadi suami & bakal bapa.

Aku tidak tahu adakah status aku dari keluarga porak peranda menyebakan mereka tidak mahu memperisterikan aku? Atau kerana rupa aku biasa-biasa saja? Aku akui aku biasa-biasa saja.

Aku memang la bekerja. Tetapi gaji aku tidak cukup untuk aku berfeksyen & bergaya. Lagipun aku cuma orang yang simpel saja.

Aku banyak jumpa lelaki yang mahu latar belakang keluarga baik2 saja. Jika mereka tahu keluarga porak peranda & bermasalah. Mereka undur diri. Aku sampai terfikir. Apa salah latar belakang keluarga seperti ini? Bukan aku minta. Allah.

Aku memang dilahirkan dalam keluarga porak peranda. Tetapi hasil dari semua ini. Aku seorang wanita yg penyayang. Walau mak aku tak pernah tunjuk sayang tapi aku selalu beri apa dia nak.

Nak makan apa? Semua aku belikan. Aku juga doakan mak aku. Aku juga sayang adik beradik aku walau apa pun sikap mereka. Aku juga selalu doakan ayah dan mak tiri aku. Jadi apa lagi perlu aku lakukan?

Sedih nya. … semua hanya la dalam angan-angan aku. Aku rasa sangat sedih. Kenapa jodoh aku belum tiba?. Atau adakah kematian dulu akan tiba?

Sudah tiba masa aku memohon kepada tuhan agar dikurniakan aku kekuatan. Sekuat dan setabah manusia. Tolong doakan aku kuat dan tabah mengharungi hidup ini. Walau ada waktu aku rasa ingin terjun dari bangunan. Terasa sesak dan sempit sangat dada ini.

Hari ini aku menangis dalam solat aku. Aku teringin banyak perkara. Tetapi semua belum dapat lagi. Ada kawan2 aku ke Makkah. Aku mohon doa juga. Tetapi hanyalah doa biasa saja. Aku malu untuk menceritakan hal keluarga aku. Tetapi aku teringin hal ini didoakan di Makkah.

Aku teringin berkahwin. Berkahwin dengan lelaki yang bertanggungjawab, boleh beri nafkah, bertanggungjawab terhadap anak-anak aku dan dia bersifat HALIM.

Ini la yang aku selalu doa. Tetapi belum jodoh tiba juga. Aku teringin memakai baju kahwin. Aku teringin merasai seronoknya bertunang.

Aku teringin senyum melihat suami ketika akad nikah. Tetapi ini hanya teringin.

Aku jarang menangis. Semua manusia sekitar aku tidak pernah nampak aku menangis. Semua orang cakap aku kuat & tabah. Tetapi emosi aku sangat terganggu. Aku ingin meraung. Tetapi tidak terluah. Aku ingin menangis dan mengatakan segala keinginan hati ini.

Aku sudah penat dengan cinta tidak kesampaian. Aku sudah penat ditinggalkan.Aku sudah penat dimainkan tarik tali. Aku sudah penat tidak diendahkan. Aku sudah penat melalui kegagalan. Aku sudah penat bercinta.

Tetapi akhirnya mereka bernikah dengan orang lain. Aku ibarat gagal dalam hubungan. Semua hubungan seolah2 tidak menjadi. Pada akhirnya lelaki2 ini akad nikah dengan wanita lain. Wanita yang sangat cantik dan seksi. Aku?

Sesungguhnya aku serahkan segala pengharapan ini kepada Allah. Aku mohon para pembaca tolong doakan aku. Aku mahu doa kalian. Aku cuma mahu jodoh aku tiba. Aku teringin sangat berkahwin dengan lelaki yang mencintai aku.

Atau memang hidup aku ini malang?

Atau memang aku masih belum cukup dewasa? Atau memang aku ini belum cukup faham alam rumahtangga? Adakah lelaki-lelaki yang sukar dekati aku takut aku menjadi wanita yg suka kan perceraian?

Atau mereka menganggap aku bijak jadi takut untuk memperisterikan aku? Aku bijak? Tidak aku tidak bijak. Aku cuma banyak belajar supaya jika perkahwinan aku tidak berjaya aku tahu exict plan. Itu sahaja.

Siapa sudi ceritakan gundah hati ini?

Walau aku dilahirkan dalam keluarga porak peranda. Aku banyak pengalaman. Aku tahu cara menenangkan hati yg sedang marah. Aku tahu cara melayani. Aku tahu untuk bertenang & mengawal emosi. Aku tahu cara mendidik anak dengan penuh kasih sayang.

Aku tahu lah semua itu. Aku belajar dari kesilapan mak ayah aku. Aku tahu bagaimana membentuk jiwa anak. Aku tak nak anak2 aku membesar seperti aku dan adik beradik aku.

Aku punyai pengalaman. Jadi tidak cukupkah lelaki-lelaki untuk melamar aku? Apa lagi perlu aku belajar? Cara melayani suami? Cara berkasih sayang? Bukan kah itu nanti hadir secara semula jadi?

Tetapi akhirnya jodoh tidak sampai kepada aku. Aku sudah penat. Aku cuma mahu doa. Tolong doakan aku.

– Cik Cahaya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *