Hi assalamualaikum, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada admin kerana menyiarkan post ini. Post ini adalah untuk diri saya sendiri juga para pembaca khususnya para wanita. Semoga kita dapat ambil yang baik, yang tidak baik kita tinggalkan.
Betulkan tempat duduk, tarik nafas dalam-dalam, hembus..
Dewasa ini, isu yang hangat dan sentiasa hangat diperkatakan adalah produk sampah. Krim kilo ke supplemen ke ubat kurus ke jus kesihatan ke dan yang sewaktu dengannya.
Saya juga pernah mengguna pakai produk supplemen ini. Dalam pemikiran saya masa tu, saya nak sihat dan nak cantik. Tapi… Saya nak cepat berkesan. Produk-produk sebegini dijanjikan berkesan paling cepat 3 hari.
Kenapa produk-produk ni dipasarkan begitu? Sebab kebanyakan daripada kita:
Malas dan kurang sabar.
Padahal, kunci utama penjagaan diri dan kesihatan adalah makanan yang seimbang dan senaman.
Makanan yang seimbang itu; suku suku separuh, minum air yang secukupnya (memadai untuk badan, bukannya sampai 10 litre sehari. 1 litre untuk setiap 25kg berat badan), elakkan makanan rapu, minuman berwarna, buah-buahan tempatan dan sayur-sayuran secukupnya. Cara masakkan juga perlu diambil kira. Masalahnya, kita mudah nak dapatkan makanan rapu berbanding makanan yang seimbang. Fast food lah contohnya.
Begitu juga senaman. Bagi saya, masyarakat kita sudah semakin cakna pentingnya bersenam. Alhamdulillah, taman-taman dah ramai orang datang berjoging, briskwalk dan sebagainya. Cuma, kita masih rasa bersenam lambat berkesan. Kita pun pilihlah makan supplemen dan produk kurus. Sebab, produk sebegini, dimomokkan dengan kesan awal. Ye, benar. Kesan kurus yang lebih awal tetapi kesan negatif berpanjangan. Sedangkan bersenam itu murah. Kalau malas sangat, buat je lompat bintang atau 7-minutes-workout tu.
Dari segi penjagaan wajah tidak terkecuali, produk di farmasi atau pakar memang lambat kesannya. Kuncinya; SELAMAT DAN BERKESAN. Berkesan tapi tak selamat buat apa. Perasan tak, kebanyakan produk di farmasi atau kedai pakar dipakejkan dalam kuantiti yang banyak, yang boleh tahan sehingga 3-6 bulan. Sebab, keberkesanan sesuatu produk ambil masa yang lama. Sabar.
Ketika saya berada di Korea, saya perasan orang Korea 99% slim. Mereka sangat mementingkan penjagaan diri. Di restoran, tiada minuman berwarna/manis disediakan, yang ada air kosong atau kopi. Mereka juga rajin berjalan dan bersenam. Orang Korea menjaga wajah mereka sejak remaja. And we all know about their rigid 10 steps skincare. (Sila jangan komen äla-itu-semua-pembedahan-
Tidak lupa juga pada kebersihan kediaman kita. Adakah rumah kita betul-betul bersih. Sampah dibuang dalam tong sampah dan jangan sampai berulat baru nak buang, sapu sampah setiap hari, lap habuk pada kipas dan tingkap, pengudaraan yang cukup, pakaian kita basuh dengan cermat atau tak, habuk kat kipas dan tingkap lap tak dan sebagainya.
Mari, kita usahakan menjadi rakyat Malaysia ubah cara hidup, sihat dan cerdas. Cakna pada pengetahuan semasa, kurangkan membawang, hormati perbezaan dan raikan persamaan…
Selamat Hari Merdeka. Sekian, terima kasih.
– Atashinchi
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit