Malas Itu Penyakit

Terima kasih kerana siarkan artikel ni.

Artikel ni di tujukan untuk semua lelaki yang bergelar suami dan ayah yang mempunyai anak serta isteri bekerja.

Lepas terbaca satu petikan dari Twitter berkaitan seorang suami yang tak menghargai isteri, rupanya ramai yang menghadapi masalah yang sama.

Sebagai isteri memang takda pilihan. Bercerita kepada keluarga, buka aib suami. Bercerita kepada kawan-kawan, buka aib suami.

Semua masalah perlu di telan sendiri.

Jika melawan di katakan derhaka. Jika senyap di katakan pekak.

Zaman sekarang ni, tak pelik dah kalau suami isteri dua-dua bekerja. Jadi, tolak ansur tu adalah sangat penting. Kalau fikir malas suami, isteri pun ada malasnya.

Kenapa malas tu penyakit?

1. Waktu pagi pergi sama-sama keluar bekerja, tapi isteri yang akan siapkan hal rumah, kain baju, makan minum dan anak pada waktu pagi.

Kejut bangun pagi pun liat, lepas tu kata isteri kejut lambat.

2. Waktu petang, balik kerja isteri yang ambil anak balik ke rumah. Mungkin suami dah sampai rumah dulu. Dah baring berehat.

Kalau tak sampai rumah dulu pun, isteri yang baru sampai tu terus ke dapur tanpa sempat rehat untuk sediakan makan malam.

Dah makan, kena kemas. Anak pulak nak ajak main. Suami? Main la kejap dengan anak. Lepas tu main telefon. Sudahnya anak pun kacau mak yang sibuk kat dapur tu.

3. Weekend? Isteri kalut jugak kemas rumah. Yela dah 5 hari kerja. Mana sempat nak buat semua benda. Suami? Tidur.. bangun tanya makanan je. Anak? Tengok la tv..

4. Bila isteri nak rehat? Baru nak rehat jap dah kena ‘kacau’. Point ni isteri kena tegas. Anak yang ada pun culas nak menjaga, pandai nak buat anak lain?

5. Bulan Ramadan ni lagi double triple letih. Isteri bekerja yang tak memasak pun memang dah sedia penat. Tidur lewat, bangun awal. Tak kena sikit dah kena marah.

6. Jadi, buat yang bergelar suami dan ayah. Please jangan malas. Isteri pun ada malasnya. Tapi fikir dosa, fikir tanggungjawab, fikir anak, fikir malas nak kecoh. Put your effort untuk faham isteri.

7. Alert dengan setiap perubahan isteri. Kalau tak bantu banyak pun, tolong la ada common sense.

8. Terima kasih pun takda tapi maki yang dapat. Please jangan percaya kalau suami suruh berhenti kerja. Dia mampu ke tanggung semua kalau cukup bulan isteri jugak yang hulur duit belanja.

Ok la tu je nak tulis. Geram sangat. Banyak lagi nak tulis. Sorry kalau ayat tak tersusun tunggang langgang.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *