Hai semua. Sudah lama kita tak bersua. Dah berapa tahun saya tak luahkan perasaan dan cerita kat IIUM Confession.
Sejak saya dapat lesen dan berjaya menjadi pelajar ijazah sarjana muda di sebuah universiti, saya tiada kesempatan menulis artikel ataupun luahan disini.
Baiklah, kita mula dari awal. Saya Konica Minolta. Hurmmm.. macam pernah dengar bukan???. Mestilah. Nama mesin photokopi.
Kenapa saya pilih nama tu? Sebab, semasa saya intern sebagai pelajar diploma disebuah syarikat pada tahun 2021 dan tahun tu masih hangat lagi dengan kes Covid-19, syarikat tersebut menggunakan mesin photokopi jenama Konica Minolta.
Masa itu saya pertama kali dengar jenama ini, dan sejak daripada itu, kebanyakan tempat yang saya pergi, saya mesti ternampak mesin photokopi jenama yang sama.
Dan bagi saya nama itu sangat menarik. Hahahahaha.. Jadi saya gunakan nama itu untuk penyamaran. Bijak bukan?. Tak bijak pun sebenarnya..
Apa-apa pun. Saya masih lagi seorang pelajar universiti sarjana muda perniagaan kejuruteraan, tahun akhir sem 5. Yup nak habis dah.
Kembali kepada topik kita, ‘MALAS NAK HAPPY’. Kenapa tajuk artikel or luahan saya ni begitu?. Sebab, korang semua mesti pernah atau selalu mengalami suatu saat yang bila kita pada awalnya happy, mood baik.
Bila petang atau malam, mula la mood tu swing. Terus tak gembira, tak ada mood, sedih. Itulah yang saya selalu alami. Saya selalu pagi tu mood ok, happy. Bila malam, tetiba tak de mood. Mood swing.
Eh.. penat la. Saya sendiri pun penat dengan diri sendiri. Sebab tu la saya malas nak happy gelak huha, sana sini sangat. Sebab nnti menangis. Jadi bila saya kekal kan mood saya biasa-biasa je, bila petang atau malam sedih, menangis atau tak ada mood, tak ada la terasa sangat.
Ya, saya ngaku. Mood saya memang mudah berubah-ubah dan saya pun pelik, perasaan tu datang bukan sebab ada sesuatu buruk berlaku. Tapi kadang-kadang tiba-tiba je. Dan jangan kata petang atau malam, Tiba-tiba tak ada mood, sedih, insecure pun selalu jadi.
Contoh, tadi baru je saya happy delulu semua tengok drama Korea, Jepun dan China. Lepas dah habis tengok tu, bila saya buat kerja, tiba-tiba saya tak ada mood. Tiba-tiba saya rasa sedih, nak pasang lagu sedih, galau semua. Tanpa tahu alasan sebenar kenapa saya rasa seperti itu tiba-tiba.
Kadang-kadang perkara ini jadi, sebab saya teringatkan sesuatu yang terjadi pada saya yang memebuatkan saya sedih, rasa insecure. Maaf lah semua, saya memang kuat insecure. Saya cuba untuk tidak insecure dan yakin pada diri.
Tetapi setiap kali saya cuba, mula-mula ok, tapi bila saya pergi keluar dan sebagainya, ada perkara atau benda yang saya nampak, buat saya insecure kembali. Entah la saya pun penat dengan diri sendiri.
Tentang insecure tu nanti saya cerita kemudian, okay. Buat masa sekarang kita kekal di tajuk kita.
Jadi…yang kerap berlaku adalah, sedih tanpa sebab. Dan kerana itu lah, saya malas nak happy sangat. Mood dan reaction saya biasa-biasa je.. natural je. Sebab nanti saya sedih dan tak ada mood. Saya kadang-kadang rasa nak pergi sahaja jumpa pakar psychiatrist. Serius.
Dan luahan ini baru saja buat saya rasa lega, dan tadi saya sempat scroll Youtube Short yang membuatkn saya rasa teruja. Dan mood saya kembali okay sedikit.
Fuhhh… saya rasa lepas ni kalau tiba-tiba mood swing, kene bukak runningman atau maharaja lawak mega kot, nk bagi happy atau……. bukak something yang buat saya delulu???? HAHAHAHAHA. Sabau je la.
Okay gaisek, kita dah sampai ke penghujung luahan saya pada kali ini. Dan saya rasa happy dapat kembali. YEY!! Terima kasih kepada korang semua yang sudi meluangkan masa korang yang ciput tu, saya tahu semua orang sibuk dengan duniawi ni.. uhukkkk..
Untuk baca dan menghayati luahan saya yang tak berapa nak menarik ni. Uhukkk.. Terima kasih banyak korang. Dan semoga berjumpa lagi.
InsyaAllah, saya akan tulis lagi luahan saya tentang INSECURE. Stay tune. Bye.
– KONICA MINOLTA (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sebagai manusia, it’s normal to have feelings tapi jangan terlalu dibuai dengan perasaan sehingga mendatangkan mudarat. Sekali-sekala it’s okay, we need time to brain, to heal, to feel semua rasa tapi ada limit nya dan kembalilah ke alam nyata, bak kata pepatah semuanya berpada-pada. Back to how you feel, you ni macam my teenage girl, selalu rasa insecure so utk elakkan dia hanyut i selalu bg moral support, encourage dia bina keyakinan diri, jangan selalu biarkan dia sendirian melayan perasaan, pantau time screen dia walaupun dah besar, selalu remind apa yg you tgk, if can affect your behaviour please avoid, benda baik yg you tgk dan dengar, insyaAllah baik utk you dan begitulah sebaliknya. Avoid negativity terutama dlm pergaulan, jgn bandingkan diri dgn org lain because you are good in what you are tp kalau nak berubah utk kebaikan diri, then go ahead, semuanya kerana Allah. Stop being people pleaser if they never appreciate you. Lebih hargai diri sendiri dan motivate yourself everytime you rasa down.
Mood swing ni salah satu simptom bipolar disorder. Makin teruk simptom tu makin mudah untuk rasa depressed. Kalau rasa ada buat impulsive decision/action boleh cuba refer doktor. Tak semestinya terus ke psikiatri, boleh jumpa mo di kk atau any gp. Perjalanan awak masih jauh dik. All da best.