Menjawap pada persoalan aku bajet nak tegur workmates doctor when most only think about survival (Melawan Arus Majoriti).
Let me tell you another part of my story.
Aku bukan lah jenis suka tegur orang sana sini. Orang buat salah pun selalu aku simpan je dalam hati. Malas nak ambil kisah. Malas nak jaga tepi kain orang.
Tapi.
Kadang-kadang tetap aku rasa tergerak hati nak tegur.
Especially bila aku teringat hadis Nabi saw, tentang mencegah kemungkaran denga kemampuan kita, dengan tangan, lidah atau hati.
Tambah lagi dengan hakikat amanah yang bakal ditanya Allah diakhirat kelak, sekurang-kurangnya, aku tau apa nak jawap bila ditanya apa yang aku buat bila aku melihat kemungkaran.
Sebahagian mungkin rasa aku rash, denga menegur senior doctors. Bila mana apa yang aku fikirkan pada masa tu bukan sahaja perihal amar makruf nahi mungkar di atas, tapi sebab aku nak tau jugak cara terbaik menyampaikan mesej tentang datang perhimpunan pagi.
Ya, mungkin aku patut mula dengan cara yang lebih lembut. But seriously, cara aku tu dah cukup lembut bagi insan yang jarang lembut seperti aku. Dan aku antara orang yang suka dengan style Saidina Umar membawa diri, dengan ketegasannya memimpin, dengan keputusannya terutama saat beliau memilih untuk membunuh semua tawanan perang, berbanding Nabi saw yang memilih untuk melepaskan tawanan setelah mengajarkan anak-anak Islam membaca. Kalau tak silap Allah lebih menyetujui keputusan Saidina Umar waktu tu. Correct me if I’m wrong. But that is how I remember my Pendidikan Islam’s lesson years ago.
Pada masa sama aku juga belajar Psikologi dan masih belajar memahami tingkah laku manusia. Tetap saja aku memilih untuk bertegas, tetapi cukup sebentar supaya mesej sampai dan things don’t drag too long for the message to be misinterpretted. Sebelum kawan aku tu kacau dan menyebabkan semua orang mula membincangkan tentang teguran aku dan mula melihat pada kesalahan aku berbanding apa yang aku tegurkan.
I’m not trying to change a person, changing people. We don’t change people. People change themselves. Dan sebagaimana Nabi saw hanya menyampaikan dakwah tanpa memaksakan Islam kepada umatnya, aku juga cuma mahu menyampaika mesej, bukan melawan senior memaksa senior berubah.
And yes, survival dan teamwork penting dalam dunia doktor terutama kalau masih intern, HO, MO. Tapi penting juga untuk berusaha membetulkan yang salah. Biarpun hasil akhirnya tiada siapa yang berubah. Sebab Allah tidak melihat pada hasil, tetapi melihat pada usaha yang kita lakukan.
Dan bab kesalahan, selalu kita lihat bila mana ramai orang (majoriti) melakukan suatu kesalahan, pada suatu tahap kesalahan itu diabaikan sehingga dianggap betul, benar. Aku cuma tak suka berada dalam kelompok tersebut.
“Wrong will always be wrong no matter how many people did it. Do the right thing even if no one else did it.”
Aku bukan siapa-siapa. Aku tak kisah apa penghujung perjalanan aku sebagai student doktor. Tapi perjalanan aku, aku tak nak menyesal dengan kata-kata yang tak terluah, dengan perbuatan yang tertahankan, dengan hati yang membiarkan kemungkaran.
Sebagai hamba Allah, apa salahnya kita lebih berharap, yakin dan tawakal dengan Allah. Yang mana selagi kita melakukan sesuai perintahNya, sesuai ajaran Nabi saw, jalan keluar akan selalu ada dengan cara yang tak kita sangka-sangka.
I’m saying this because it happens. Bila mana kau ditimpakan ujian seberat mana pun, tetapi kau tetap bersabar dan tawakal, kau akan terkejut dengan bantuan Allah yang datang dari segala arah.
Dan tak semua perkara akan berakhir seperti yang kita harapkan, tetapi tetaplah yaki dengan aturan Allah yang mengatur apa yang terbaik untuk kita.
“Boleh jadi yang kita Tak Suka itu Lebih Baik untuk kita, tapi kita tidak tahu.”
Sementara aku akan tetap melawan arus. Sepertimana Nabi saw berusaha melawan arus majoriti menyebarkan kebenaran Islam pada ribuan masyarakat Quraisy. Aku juga ingin menjadi sebahagian dari minoriti yang biarpun terasing, tetap memilih untuk melakukan yang benar biarpun mungkin tidak memberikan hasil apa pun.
Maaf andai terkasar bahasa, tersalah bicara. Kerana aku juga seorang Pendosa.
– Co-assistant Doctor
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit