Malas Terima Tetamu II

Untuk part I, (https://iiumc.com/malas-terima-tetamu/).

Assalamualaikum wbt dan salam lebaran. Aku Leman. Ingat aku lagi tak? Alah, laki Si Aqish tu. Kalau tak ingat tak apa, tapi aku muncul lagi setelah ramai yang request minta update kisah, Malas Terima Tetamu.

Alhamdulillah, ramai yang respon dengan pelbagai cadangan dan info. Aku sangat2 berterima kasih kepada kalian. Walau ada kecaman, aku terima dengan hati terbuka. Jadi, kalian agak adakah aku jadi buat open house, ya? Cuba teka…

Oklah, setelah memperoleh kekuatan daripada kalian, aku cuba cari peluang untuk sebut “kita buat open house je lah”.

Kebetulan dia mengungkit biskut raya berbotol2 lagi tak luak, dia tanya siapa nak habiskan? Saya cakap sesiapa yang datang berayalah nanti.

Terus dia kata, siapa yang nak datang? Kalau nak datang bagi tahu awal2. Saya kata, apa guna tetamu call nak datang tapi kita asyik beri alasan macam2?

Lagi haru kalau ada yang tiba2 muncul depan rumah. Sebab selalu aku tekankan, raya ni memang sukar dijangka tetamu nak datang. Sebab, ada yang main terjah sebab house sana sini, mungkin ada yang try lalu ke area rumah kita kot2 kita ada.

Last2 dia tanya, tak boleh ke sesiapa nak datang tu datang serentak. Eh, dia ni macam tak sedar pula dia cakap apa. Terus aku jawab, “boleh, kita buat open house!” Jelas terbuntang mata dia. Dia setuju? Tentulah tidak.

Aku cuba bagi rasional atas cadangan aku tu. Aku cakap, biarlah kita penat sekali harung saja. Dan kita tak boleh selama2nya mengelak daripada menerima kehadiran tetamu.

Lebih baik penuhi hajat mereka nak datang rumah kami sesegera mungkin daripada berlarutan diungkit dari semasa ke semasa nanti.

Alhamdulillah, dia terima walau hari rasa berat. Aku lega untuk step pertama ni. Kemudian, aku listkan senarai menu yang aku fikir sesuai dijadikan juadah buat tetamu. Dia tak setuju. Dia kata biar dia decide.

Eh, pelik dah aku. Setelah dia murnikan, dia tanya, apa yang perlu dia masak. Saya kata dia tak payah masak. Aku beritahu semuanya diorder jika ikut cadangan asal menu aku.

Tapi, dia bantah. List aku pendek saja. 1 makanan berat, 1 kek, 1 kuih, 1 buah dan 1 air. Dia kata ini bukan open house namanya kalau semua menu 1 jenis.

Iskh, dia ni dah kenapa? Sudahlah berat hati setuju buat open house, menu aku listkan pula dia tak setuju.

Dia berpendapat, menu perlu banyak. Malu kalau tak cukup. Sedangkan aku pula mahu sesimple yang boleh sebab tak mahu susahkan dia selain misi utama adalah eratkan silaturrahim.

Katanya, dia nak provide satu menu utama yang satu2nya menu yang dia pakar setelah secara kebetulan pernah disediakan di kampungnya raya lalu.

Sebenarnya, raya tahun ini adalah pertama kali dia beraya tanpa ibu. Ibu mentua aku baru hujung tahun lalu kembali ke rahmatullah.

Jadi, Abahnya request satu menu yang ibunya biasa buat untuk juadah raya. Abahnya fikir si Aqish ni pandai lah buat sebab dia satu2nya anak perempuan dalam family itu. Abahnya tak mahu order2 atau beli di kedai.

Pendek cerita, bukan saja abahnya, adik beradiknya yang lain pun puji masakannya. Masa tu memang kembang kempis juga hidungnya..Hehe. See dia bukan tak boleh buat, tapi dia mengaku malas. Letih betul aku.

Maka, terus aku setuju melihatkan kesungguhannya. Dia kata, dia akan malu kalau ada tetamu yang datang bertanya juadah mana dia buat. Aku kata, tak da sapa sibuk nal tanya sangat.

Kalau dah jenis paranoid tu, paranoid jugalah dia. Ikut je lah. Akhirnya dapat aku katakan, ada menu yang order, ada yang aku buat dan ada yang dia buat. Aku pun tak percaya boleh pula keputusan ini dia putuskan.

Ada yang respon. Pada thread aku sebelum ni untuk aku tanya apa punca dia enggan terima tetamu di rumah. Jawapannya, dia memang malas.

Untuk yang kata saudara mara kami mulut tiada insurans dan bermata lalang, dia akui saudara mara akui baik2 semua.

Dia memang dah kenal keluarga besar aku yang kuat bondingnya. Tapi dia turut akui, ada antara saudara maranya jenis suka membanding2kan orang. Dia memang trauma tentang ini.

Jadi, jemputan kami untuk open house pertama kali ini adalah saudara mara aku sahaja. Tiada kawan2, tiada jiran2 dan tiada saudara mara dia pun.

Dia tak rasa bersalah pun tak jemput saudara mara dia sebab hubungan mereka tak berapa harmoni walau pun aku lihat tiada apa2 masalah pun.

Kita tunjukkan saja akhlak baik yang mungkin mampu buat sanak saudara dia segan dengan kami yang melawa mereka ke rumah. Dia enggan. Aku pun setuju jelah. Buat apa nak argue keputusan dia tu. Tak merugikan planning aku pun.

Sambung sikit pasal trauma dia, makcik2nya jenis suka banding dia dan adik beradik dengan sepupu2 yang lain dari kecik. Soal belajar, soal penempatan sekolah, soal pengajian di IPT dan berlanjutan kepada soal kerjaya.

Itu belum lagi hal2 berkaitan status ekonomi dan material yang boleh dibanding2kan. Dia akui keluarga ada kekurangan walau pun aku tengok family in law aku tu ok2 saja.

Alhamdulillah, open house berlangsung dengan lancar. Tiada khemah dipacakkan di luar rumah. Hanya di porch saja diletakkan meja selain sepenuhnya guna ruang dalam rumah aras bawah.

Aqish sangat exited buat persediaan. Apa yang dia nak seperti beli barang dan bahan dapur, aku carikan. Yang order pula aku yang bayar.

Satu je aku puji dia, dia jenis berjimat yang amat sebab datang daripada family yang tidak hidup mewah seperti keluarga aku.

Sebab itulah dia mahu aku sediakan side dish yang mudah daripada order semuanya. Yang ini memang aku suka sebab aku memang jenis suka memasak.

Selesai open house, kami buat post mortem. Aku tekankan juga, next time giliran family belah dia pula kami perlu jemput. Malah, untuk jiran dan rakan2 pun.

Apa lagi nak diparanoidkan. Suka sangat fikir bukan. Dia pun bukan introvert sangat pun. Hanya malas sahaja yang aku nampak. Bukan tak boleh buat. Boleh je. Buktinya open house yang baru dibuat ni lancar dan meriah.

Ada yang kata aku dayus sebab tidak bertegas sebelum ni. Aku tak tahu ye atau tidak dayusnya aku.

Tetapi selagi perkara itu tidak melangkau batas agama, aku tidaklah memaksa. Solat sebagai contoh kalau dia lewat2kan, memang aku sound je.

Tapi, hal2 lain, aku berlembut sebab aku jenis berjiwa damai. Tak mahu ada gaduh2 dalam hubungan kami. Tapi tu lah, dia selalu ambil mudah dengan berkata, ‘tak dosa pun buat xxxx’ apa2 yang aku suruh atau minta. Entahlah.

Lepas ni, aku nak pujuk dia untuk lebih terbuka beramah mesra dengan jiran2. Dah dekat 6 bulan duduk sini, jiran2 lebih kenal aku dari dia.

Dia tak habis2 dengan penat dia je.

Ikutkan hati, mahu saja aku daftarkan kelas zumba yang bini jiran depan rumah aku bagi tahu masa aku angkat kain dijemuran sebelum puasa hari tu. Tapi aku tahu, jawapannya malas dan penat juga.

Apa2 pun, aku akhiri confession ini dengan ucapan terima kadih atas semua respon dan saranan yang diberikan. Mungkin ada antara kalian yang menyelitkan doa untuk kami, semoga Allah swt membalas kebaikan kalian.

– Leman (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *