Malasnya Nak Belajar Ya Allah

Bismillahirrahmanirahim. Semoga pengajaran dalam cerita ni boleh diambil bersama. Saya seorang pelajar medik di salah satu universiti awam. Sekarang saya sudah di tahun 4.

Alhamdulillah masih diberi nikmat hidup untuk terus belajar. Pengalaman saya sepanjang di sekolah dulu Alhamdulillah semuanya cemerlang.

Semangat untuk belajar sangat berkobar-kobar dulu untuk dapat pencapaian yang terbaik. Ibu bapa saya juga sangat menggalakkan saya untuk terus sambung pengajian di peringkat universiti.

Dan kemudian saya masuk asasi selama setahun. Alhamdulillah Allah masih memberi nikmat keputusan cemerlang buat saya sehingga melayakkan diri ke ijazah muda perubatan dan pembedahan.

Ibu bapa saya tidak pernah paksa pun untuk mengambil kos ini. Tapi sebab saya pun tiada matlamat dan cita-cita jadi macam biasalah orang kata “we go with the flow’ gitu.

Sepanjang menghadapi tahun pertama dan kedua pengajian, saya rasa agak stress sebab saya susah nak adapt dengan cara pembelajaran di sana.

Sebab dia bukan macam spm yang kita boleh buat banyak latihan untuk mahirkan sesuatu pelajaran. Kite kene pandai bahagi masa nak habiskan study for subtopik yang banyak tu.

But Alhamdulillah still berjaya untuk pass ke clinical years berkat usaha kawan-kawan yang rajin study sama-sama.

Masuk je clinical years, kehidupan saya macam berubah. Kene lebih bijak bahagikan masa sebab mostly jadual pembelajaran saya banyak yang kene belajar sendiri/ ward work di hospital.

Sepanjang menjalani tahun 3 ni saya seperti tiada arah tujuan. Lagi-lagi bila banyak jadual yang kosong. Sedar tak sedar, banyak betul saya habiskan masa dengan perkara tak berfaedah.

Walau begitu teruk saya alpa dengan diri saya yang ade tanggungjawab sebagai student, Alhamdulillah masih juga Allah beri saya kebenaran untuk lepas di tahun 3. Dan kini sudah menjejak kaki di tahun 4.

Memasuki tahun 4, dalam masa tiga posting pertama saya, saya masih lagi leka dengan hal diri. Sepanjang kelas saya sedar banyak benda lagi saya perlu belajar tapi tak tahu kenapa semangat saya tak ada. Target saya untuk pass sahaja setiap posting.

Saya tak pernah aim nak dapat pencapaian terbaik sebab saya rasa saya tak mampu. Lulus je pun sudah cukup bagi saya.

Sehingga lah di peperiksaan first semester saya di tahun 4, saya hampir terduduk dan sangat stress untuk bahagikan masa study untuk 3 posting punya topik.

Allahu. Saya dah expect perkara sebegini akan berlaku. Sebab dah memang salah saya tak pandai bahagi masa dari awal.

Saya cuba tenangkan diri. Selepas habis peperiksaan, saya bercuti dengan rakan-rakan saya. Dan saki baki beberapa hari sebelum masuk semester baru, saya terdetik untuk bermuhasabah diri. Saya renung balik diri saya. Apa matlamat hidup saya sebenarnya.

Dan bila memasuki semester baru, result saya pun keluar. And guess what? Result saya lebih baik dari apa yang saya jangkakan. Subhanallah. Hari keputusan keluar tu saya menangis dalam bilik sebab saya rasa pelik dengan pencapaian saya.

Mestilah saya happy sebab saya lulus tapi di sebalik kecil hati saya macam tertanya-tanya layakkah aku menerima pencapaian sebegini jika dibandingkan dengan usaha saya yang tak seberapa tu. Hmm faham kan.

Jadi apa yang saya boleh belajar di sini, apa pun yang kita buat dalam hidup kene ada matlamat. Saya mula sedar memang tak salah kte nak go with the flow ni. Tapi bila kite dah start memilih itu adelah tanggungjawab yang perlu kita tunaikan.

Macam saya contohnya, tanggungjawab saya adalah belajar. And nak tetapkan matlamat supaya tak goyah satu je caranyaa which is kene niat lillahi Taala.

Yakinlah Allah pasti membantu walau susah macam mana. Dan sentiasa ingat patutkah manusia menyangka mereka adalah seorang yang beriman jika tidak pernah diuji?

Kedua, setiap ujian yang datang pasti ada hikmahnya. Memang manis ayat untuk diungkap tapi pahit bagi yang diduga. Jadi sentiasa refleksi diri. Pahit di dunia ini tidak lain adalah untuk hadiah kemanisan di akhirat kelak.

Jika ujian ini diurus dengan baik dan membuat kita semakin dekat dengan Si Pencipta, Allahu. Dia sahaja yang mampu membalas. Jangan kita harapkan balasan dari yang lain.

Dan yang terakhir, pengajaran dalam hidup kita ni janganlah dinanti sedangkan kita boleh memiliki dengan mencari.

Contoh macam saya, Allah tetap memberi izin untuk saya pass dari tahun ke tahun walaupun effort saya tu tak seberapa. Tapi jika saya tak ambil pengajaran dari sini, mungkin saya akan terus alpa sampai ke tahun 5. Kalau saya ambil iktibar dari sini sebenarnya saya sedang diuji.

Dia memberi saya rezeki dan nikmat di dunia untuk tengok bagaimana saya terus menguruskan tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar. Sebab itu, refleksi diri itu penting.

Tak semestinya kita diberi rezeki dan kurnia yang melimpah ruah itu maknanya kita dah cukup bahagia. Dan tak semestinya kita diduga setiap hari itu bermakna kita tiada harapan untuk gembira. Kerana kebahagiaan yang kekal itu hanyalah di akhirat sana.

Saya takkan rasa nak berubah menjadi seorang yang rajin dan bertanggungjawab kalau saya tak cari pengajaran daripada rezeki berterusan yang Allah limpahkan kepada saya.

Alhamdulillah. Kini saya dalam proses penghijrahan untuk menjadi student yang lebih sistem4tik dan terurus dalam membahagi masa.

Doakan saya untuk menjadi seorang doktor yang mampu merawat pesakit saya dengan baik in shaa Allah dengan izinnya satu hari nanti.

Dan dalam proses peralihan ini, banyak lagi ujian yang datang dalam hidup. Tapi vibe kali ni lain. Lagi kuat semangat untuk mengahadpinya sebab saya percaya kita diuji sebab Allah sayang.

In shaa Allah saya berkongsi hal ini di lain hari. Assalamualaikum.

– SuaraHati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *